Hatshepsut adalah firaun wanita yang paling lama memegang kuasa. Di bawah pemerintahannya, Mesir mengecapi kegemilangan. Beliau yang dikenali sebagai ‘Raja Wanita’ berjaya membawa ekonomi masyarakat Mesir ke arah lebih baik semasa mentadbir sebagai firaun. Beliau turut menggerakkan pembinaan dan pembaikpulihan sejumlah bangunan, makam, tugu peringatan dan kuil.

Namun selepas beliau m4ngkat, firaun-firaun sesudahnya berusaha untuk mem4dam segala kesan dan jejak Hatshepsut. Walaupun namanya cuba dihapvskan dari rekod sejarah, cubaan-cubaan seperti ini hanya membangkitkan keinginan manusia di zaman moden untuk menggali maklumat perihal Hatshepsut dengan lebih lanjut. Lebih 3000 tahun sesudah kemati4nnya, pencarian tapak persemadian Hatshepsut menjadi tumpuan ahli-ahli arkeologi

Hatshepsut dilahirkan pada tahun 1508SM sebagai satu-satunya zuriat Firaun Thutmose I bersama ratunya, Ahmose. Ketika berusia 12 tahun, Hatshepsut kehilangan bapanya. Beliau kemudian berkahwin dengan saudara tirinya, Thutmose II dan meraih gelaran sebagai ratu firaun sehinggalah Thutmose II mangkat sekitar 15 tahun kemudian, atau ketika Hatshepsut berusia 27 tahun.

Beliau dan Thutmose II dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Neferure. Dalam masa yang sama, Thutmose II juga mempunyai seorang putera bersama dengan seorang gundik, yang diberi nama Thutmose III.

Ketika beliau m4ngkat, Thutmose III masih lagi berusia kecil. Hal ini sekaligus mendorong Hatshepsut untuk menggalas peranan sebagai pemangku, sebelum kemudiannya beliau sendiri menabalkan diri sebagai firaun.

Penabalan ini merupakan suatu perkara yang begitu bercanggah dengan kebiasaan di zaman itu. Menurut kepercayaan masyarakat Mesir, dewa-dewa melarang status firaun disandang oleh wanita. Namun, Hatshepsut enggan menuruti tradisi tersebut dan sekitar tahun 1437SM, beliau menabalkan dirinya sendiri sebagai Firaun Mesir.

Lebih daripada itu, beliau turut menukar namanya daripada Hatshepsut (yang bermaksud Penghulu Wanita Kehormat) kepada Hatshepsu.

Relif Hatshepsut dan suaminya, Thutmose II

Semasa memerintah sebagai firaun, Hatshepsut sering digambarkan seperti lelaki yang memiliki jambang dan bertubuh maskulin serta memakai pengikat pinggang dan mahkota yang menjadi kelaziman para firaun lelaki.

Hal ini bukanlah bertujuan untuk memperdayakan masyarakat agar menganggap Hatshepsut sebagai seorang lelaki, sebaliknya sejarahwan mempercayai bahawa gambaran sedemikian dilakukan lantaran ketiadaan perkataan atau persimbolan untuk diberikan kepada seorang firaun wanita memandangkan situasi tersebut adalah sesuatu yang di luar kebiasaan mereka.

Pada era pemerintahannya, Hatshepsut sempat membangunkan semula laluan-laluan perdagangan yang terjejas akibat pendudukan Hyksos ke atas Mesir pada Zaman Pertengahan Kedua (1650-1550SM). Beliau juga bertanggungjawab ke atas usaha pemindahan pokok asing yang pertama direkodkan, iaitu apabila beliau membawa 31 batang pokok kemenyan atau myrrh dari Punt.

Selain itu, Hatshepsut turut mengusahakan ratusan projek pembinaan di seluruh Mesir Hulu dan Mesir Hilir. Bangunan-bangunan yang dibina pada zaman pemerintahannya dianggap jauh lebih megah berbanding bangunan-bangunan yang dibina oleh para pendahulunya.

Malahan, firaun-firaun yang mewarisinya masing-masing cuba mendakwa bahawa kononnya bangunan tersebut adalah binaan mereka, sebagai bukti betapa gemilangnya era pemerintahan Hatshepsut.

Pencapaian terulung Hatshepsut dalam seni bina adalah pembinaan kompleks permakaman di Deir el-Bahri yang berlokasi di tebing barat Nil. Kompleks permakaman tersebut dianggap sebagai salah satu keajaiban seni bina Mesir Purba.

Kuil Hatshepsut di Deir el-Bahri

Setelah memerintah sebagai firaun selama 22 tahun, Hatshepsut m4ngkat sekitar tahun 1458SM pada usia lewat 40an. Beliau disemadikan di sebuah makam yang terletak di Lembah Raja-Raja, di perbukitan belakang Deir el-Bahri. Sebelum itu, beliau sempat memindahkan sarcophagus bapanya ke makam itu supaya mereka dapat bersemadi bersama. Berikutan kem4ngkatannya, Thutmose III, anak tiri Hatshepsut pun ditabalkan sebagai firaun dan memerintah selama 30 tahun.

Thutmose III adalah firaun yang memerintahkan agar kesan-kesan pemerintahan Hatshepsut dihapvskan. Beliau turut menitahkan agar imej-imej Hapshepsut sebagai firaun dipadam dari mana-mana kuil dan monumen. Sejarahwan berpendapat bahawa beliau mahu membvang sebarang bukti yang dapat menunjukkan bahawa masyarakat Mesir pernah diperintah oleh seorang firaun wanita yang berkuasa dan berpengaruh.

Atas sebab itulah sejarahwan sebelum tahun 1822 kurang mengetahui tentang Hapshepsut. Firaun wanita itu menggamit minat ilmuwan hanya setelah tulisan-tulisan hieroglif pada dinding-dinding Deir el-Bahri berjaya difahami.

Thutmose III cuba untuk memadam segala kesan pemerintahan Hatshepsut

Setelah kewujudan Hatshepsut mula diketahui, timbul pelbagai spekulasi dan persoalan tentang lokasi persemadiannya. Pada tahun 1902, seorang ahli arkeologi yang bernama Howard Carter berjaya menemukan sarcophagus milik Hatshepsut. Namun, ianya ditemui dalam keadaan kosong. Bertahun-tahun kemudian, Dr. Zahi Hawass pula menggerakkan usaha pencarian mvmia Hatshepsut.

Pada mulanya, pencarian beliau ditumpukan pada makam Hatshepsut di Lembah Raja-Raja, yang dikenali sebagai KV20. Makam inilah yang diselidiki oleh Howard Carter. Setelah puas melakukan pencarian tanpa sebarang hasil, Dr. Zahi Hawass berpindah pula ke makam lain yang terletak di Deir el-Bahri, berhampiran kompleks permakaman binaan Hatshepsut yang masyhur. Makam tersebut dikenali sebagai DB320.

Walaupun ahli arkeologi mendapati bahawa usia makam tersebut tidak sezaman dengan era pemerintahan Hatshepsut, makam itu merupakan lokasi di mana kebanyakan mvmia kerabat diraja dikebumikan semula setelah makam asal mereka digeledah pada zaman Dinasti ke-21 dan 22. Apapun, ahli arkeologi hanya berjaya menemukan mvmia milik Thutmose I, II dan III.

Lantaran itu, Dr. Hawass memindahkan lokasi pencarian ke sebuah makam di Lembah Raja-Raja, yang dikenali sebagai KV60. Di makam inilah Howard Carter menemukan dua mvmia. Namun, ujian dan imbasan yang berkali-kali dilakukan tidak menemukan sebarang jawapan dalam usaha mengenalpasti identiti mvmia-mvmia tersebut.

Dr. Zahi Hawass kemudiannya menjalankan imbasan ke atas sebuah kotak kecil yang diperkirakan mengandungi 0rgan dalaman yang sudah reput. Hasilnya, mereka menemukan 0rgan berserta sebatang gigi.

Setelah itu, para penyelidik melakukan penelitian semula terhadap imbasan-imbasan yang dilakukan ke atas mvmia-mvmia wanita dimakam itu. Dapatan yang diperoleh menemukan bahawa salah satu mvmia di situ mempunyai soket gigi yang kosong dan gigi yang ditemui tadi sepadan dengan soket tersebut.

Ujian lanjut dijalankan dan menerusi keupayaan sains forensik moden, pada tahun 2007, mvmia itu dikenal pasti secara positif sebagai Hatshepsut.

Jasad Firaun Wanita Hatshepsut dikenalpasti menerusi ujian DNA ke atas sebatang gigi

Pengenalpastian mvmia Hatshepsut merupakan salah satu kejayaan arkeologi yang paling besar. Walaupun puteranya, Thutmose III berusaha sedaya upaya untuk mem4dam nama Hatshepsut dari lembaran sejarah, sains moden berjaya memastikan yang keadaan sebegitu tidak berlaku.

TERJEMAHAN

M R Reese. (8 Oktober 2014). Hatshepsut: The Queen who became King. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/hatshepsut-queen-who-became-king-002181


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.