Harun Yahya Kena Penjara 1,075 Tahun

3,984

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Harun Yahya (atau nama sebenarnya Adnan Oktar) menimba populariti di seluruh Dunia Islam (dan Barat) melalui penulisan kritikalnya terhadap teori evolusi.

Pada hematnya, teori ini memupuk elemen materialisme dan komunisme sambil menentang konsep ketuhanan dan nilai moral.

Pernah sekali beliau menawarkan ganjaran AS$1.3 trilion bagi sesiapa yang berjaya membuktikan fosil manusia dalam proses evolusi.

Menurut saintis-saintis Barat pula, Oktar mengeluarkan pendapat tanpa menguasai ilmu zoologi dan proses evolusi itu sendiri (Green, 2008).

Dalam kesibukan berlawan hujah dan menentang evolusi, Oktar walau bagaimanapun kerap berdepan dengan masalah undang-undang.

Pada tahun 1986, Oktar mengeluarkan kenyataan yang mengundang pendakwaan mahkamah. “Aku berbangsa Turki daripada tanah air Ibrahim (as)”.

Pemikiran ini bercanggah dengan nilai kebangsaan Turki. Walaupun tidak didapati bersalah, beliau dijatuhkan hµkµman 19 bulan di sebalik tirai besi kerana menggalakkan teokrasi.

Tempoh 32 tahun seterusnya menyaksikan Oktar dalam kandang mahkamah dengan beberapa jenis tuduhan.

Tetapi beliau berjaya mengelak semua pelµrµ undang-undang, sama ada melalui perbicaraan mahkamah atau rayuan.

Ada yang menuduh Oktar membuat µgµtan. Lebih menimbulkan prasangka, Oktar bergelumang dengan dakwaan sek-sµal juga.

Oktar mempunyai sebuah pertubuhan kultus bernama Yayasan Penyelidikan Sains (BAV), yang beliau guna untuk menentang Darwinisme dan Zionisme.

Ramai dalam kalangan ahli BAV berasal daripada keluarga hartawan. Anak-anak muda ini katanya diberikan perempuan untuk kepuasan sendiri.

Tanpa diketahui, hubungan mereka dirakam untuk kegunaan Oktar terkemudian. Video-video ini akan disebarkan jika sesiapa ingin keluar daripada BAV (New Humanist, 2009).

Bagi yang suka dengan kandungan Oktar, mungkin dakwaan ini suatu fitnah untuk menjatuhkan imejnya.

Tetapi ramai dalam kalangan umat Islam seolah-olah pelik melihat Oktar menggunakan platform dakwah sambil membawa gadis-gadis berpakaian terdedah yang dipanggil “anak kucing” (kittens).

Belum lagi campuran jantina yang menari sekali.

Video:

Zaman Kejatuhan

Pengikut-pengikut setia kerap melihat Adnan Oktar sebagai Imam Mahdi yang akan membebaskan dunia daripada belenggu kejahatan. Islam dibawa Oktar mungkin berlainan dengan fikrah arus perdana.

Oktar bernasib baik kerana bebas daripada pertuduhan, seolah-olah beliau kebal undang-undang. Prasangka ini tidak bertahan lama, kerana Turki mendapat perhatian dunia pada 11 Julai 2018.

Pihak polis Turki lama mengesyaki tindak-tanduk Oktar di sebalik tabir. Mereka membuat serb-µan di rumah Oktar yang terletak di Çengelköy, Istanbul.

Pengawal-pengawal dibayar Oktar gagal menghalang siasatan polis pada pagi itu. Seramai 166 orang ditang-kap polis, yang membawa Oktar ke hospital dulu untuk saringan kesihatan (Erkoyun, 2018).

Apabila polis menyiapkan kertas siasatan, Oktar berdepan dengan banyak pertuduhan yang sangat serius:

  • Menganjurkan rangkaian jen-ayah
  • Membuat penipuan kewangan
  • Jen-ayah se-ksµ-al
  • Berseng-gama dengan budak perempuan
  • Meny-iksa orang
  • Mengubah wang haram

Kegiatan sµmb-ang Oktar tidak mengejutkan pihak media, yang gigih melaporkan semua kisah silamnya.

Karier dakwah berpuluh tahun tumbang, kerana Oktar gagal mengambil kesempatan yang diberikan untuk membersihkan namanya. Beliau direman asalnya pada 19 Julai 2018.

Semakin lama ramai keluar membawa tuduhan-tuduhan baru di enam buah negara. Seramai 45 orang mengaku dian-iay-ai Oktar. Dua daripadanya masih kanak-kanak.

Ini bukan sosok tubuh seorang Mahdi. Sebaliknya beliau menggunakan pengaruh Islam untuk mengamalkan kegiatan tidak mesra agama.

Mungkin antara gambar paling sesuai diletakkan.

Selama setahun, Oktar tenggelam di sebalik timbunan media yang melaporkan banyak kes salah laku.

Keputusan Mahkamah Tinggi pada 19 Julai 2019 mengikatkan Oktar dengan semua pertuduhan. Beliau perlu membela diri, tentu sekali satu proses sangat panjang.

Pihak pendakwa raya menghimpit Oktar dengan bukti dan saksi. Beberapa wanita mendakwa dir-ogo-l Oktar.

Huraian mereka begitu tepat dengan dapatan polis, sampai Oktar tidak mampu mengemukakan pembelaan yang baik. Pihak polis menemui 69,000 buah pil pencegah kehamilan di rumah Oktar.

Mang-sa Oktar pula berkata mereka dipaksa menelan pil ini selepas diro-gol. Jawapan Oktar amat menghairankan: pil-pil ini digunakan untuk merawat masalah kulit (WION, 2021).

Setelah mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hµkµman penj-ara selama 1,075 tahun.

RUJUKAN:

Erkoyun, E. (2018, Julai 11). Turkish police (ditapiskan) TV preacher and followers accused of fraud, (ditapiskan) (ditapiskan). Reuters.

Green, T. (2008, September 29). Creationist offers prize for fossil proof of evolution. The Independent.

New Humanist. (2009, September 12). (ditapiskan), Flies and Videotapes: the secret lives of Harun Yahya.

WION. (2021, Januari 11). Turkish religious cult leader Adnan Oktar (ditapiskan) for 1,075 years for (ditapiskan) (ditapiskan).

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.