Umum mengetahui, Harry Potter merupakan sebuah novel bersiri tentang pengembaraan seorang yatim piatu dari kecil hingga dewasa karya J.K Rowling.

Tahun 2001, satu filem dari novel bersiri pertamanya, Harry Potter and Philosopher Stone (Amerika mengolahnya ke Harry Potter and Sorcerer Stone) telah ditayangkan dan berjaya menarik hati orang ramai.

Tanpa anda sedar, sebenarnya filem itu hanya menunjukkan kurang dari 50% daripada novel asal. Secara logiknya, memang perlu diringkaskan kerana jikalau terlalu detail, nanti tidak pasal-pasal dari 2 jam 39 minit ke berjam-jam lamanya.

Jadi, saya ingin memberitahu beberapa scene dalam novel yang tidak ditayangkan dan mungkin diolah oleh Chris Columbus (director filem ini) ke versi lebih menjimatkan masa dan kos dalam filem Harry Potter and Sorcerer Stone.

Kekejaman Dursley

Di dalam filem, memaparkan Dudley melompat di atas tangga sehingga debu jatuh bertaburan dan menolak Harry yang ingin keluar dari bilik kecilnya. Petunia pula menyuruhnya masak sarapannya sendiri.

Versi novel diceritakan dengan lebih teliti. Dudley Dursley dan Harry Potter bersekolah di Grogory’s Primary School. Harry sering menjadi sasaran tumbukan dan buli bagi geng Dudley kerana pada mereka saiz Harry yang kecil dan kurus sesuai dijadikan punching bag.

Petunia pernah dengan sengaja membotakkan rambut Harry dan membiarkan bahagian rambut di hadapan untuk menutup parut milik Harry.

Bertemu Draco Malfoy

Di dalam filem, Harry menemui Draco di hadapan dewan makan Hogwart sebelum memasukinya. Draco sempat mengutuk dan merendah-rendahkan kredibiliti keluarga Weasly.

Oleh hal yang demikian, Harry berasa kurang senang dan berpendapat bahawa berkawan dengan Ron adalah lebih baik daripada Draco.

Di dalam buku, Harry menemui Draco pertama kali di sebuah kedai bernama ‘Madam Malkin’s Robes For All Occasions’ yang terletak di Diagon Alley. Draco tidak sempat mengenali Harry di situ.

Namun, sebenarnya daripada situ lagi Harry tidak menyukai Draco atas sebab merendah-rendahkan Hagrid. Dia mengatakan Hagrid kurang bijak.

Peeves Si Poltergeist

Poltergeist ialah entiti halimunan seperti hantu namun mempunyai keupayaan menyentuh objek, menghempas pintu dan mencipta gerakan, bunyi-bunyian dan gangguan.

Peeves langsung tidak muncul di dalam filem.

Di dalam buku, dia suka menganggu dan mengenakan para pelajar. Antaranya dengan menjatuhkan bakul sampah atas pelajar, menarik permaidani yang sedang dipijak dan melontar cebisan kapur.

Peeves tidak takut pada sesiapa kecuali pada Albus Dumbledore (kerana takut diusir) dan Bloody Baron, hantu rumah Slytherin yang baran dan bengis.

Halangan Memasuki Kamar Bawah Tanah (Underground Chamber)

Di dalam filem, sebelum bertemu Professor Quiness Quirell di kamar bawah tanah, Harry melalui beberapa halangan seperti Fluffy, jerat Devil Snare, kunci terbang dan catur sihir.

Di dalam buku pula, dia perlu melalui satu lagi halangan yang tidak dipaparkan iaitu teka teki posyen. Jika mereka berjaya meminum posyen yang tepat, mereka boleh tiba ke Kamar Bawah Tanah. Jikalau tidak, padah menanti.

Setiap satu halangan direka seorang guru.

Fluffy – Rubeus Hagrid

Jerat Devil Snare – Profesor Sprout

Kunci terbang – Profesor Flitwick

Catur sihir – Profesor McGonagall

Teka-teki posyen – Profesor Snape

Sebenarnya ada banyak lagi seperti adegan Charlie Weasly, bagaimana Gryffindor boleh kehilangan ratusan markah dan sebagainya. Kalau nak taip pun, panjang sungguh.

Jadi, scene apa yang korang rasa perlu masuk?

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.