Mari kita berkenalan dengan spesis kucing besar ini sementara sambutan Hari Kebangsaan Malaysia masih hangat di kala kita berada dalam fasa PKPP. Harimau Malaya atau Malayan Tiger adalah subspesis (kumpulan kecil dari spesis asal) dari spesis Panthera tigris yang habitatnya di Semenanjung Malaysia.
Populasi harimau ini bertumpu di kawasan tengah semenanjung hingga ke Thailand. Dahulu Singapura mempunyai populasi harimau namun telah diisytiharkan pupus pada 1950-an.
Harimau Malaya sangat sinonim dalam masyarakat Malaysia. Bukti yang ketara adalah meletakkan simbol harimau pada jata dan logo seperti Jata Malaysia, logo PDRM, Maybank, Proton, dan Football Association of Malaysia (FAM).
Simbol Harimau Malaya adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan dan keberanian bagi warga Malaysia itu sendiri. Nama pasukan bola sepak negara juga adalah ‘Harimau Malaya’. Dalam kisah dongeng Sang Kancil, Pak Belang merujuk kepada harimau yang sentiasa ditipu oleh kebijaksanaan Sang Kancil.
Pada tahun 1758, Carl Linnaeus iaitu Bapa Pengkelasan Flora dan Fauna menamakan harimau di Asia Tenggara sebagai Felis tigris. Kemudian Vratislav Mazák, ahli biologi berbangsa Czech menukar nama saintifik asal harimau ini dengan nama Panthera tigris corbetti pada 1968.
Masuk tahun 2004, nama saintifik Harimau Malaya sekali lagi ditukar kepada Panthera tigris jacksoni bagi membezakan harimau ini dengan subspesis harimau lain yang bertaburan di Indochina dan Asia mengikut kajian genetik.
Pada tahun yang sama, pengarah Malaysian Association of Zoos, Parks and Aquaria menamakan Harimau Malaya dengan nama Panthera tigris malayensis kerana nama ini bertepatan dengan kawasan habitat kucing besar ini menetap.
Namun, sesetengah pengkaji ingin kekalkan nama saintifik Panthera tigris jacksoni atas peringatan kepada Peter Jackson, ahli konservasi harimau yang banyak berjasa. Maka, kedua-dua nama ini kekal digunapakai sehingga sekarang walaupun nama jacksoni menjadi nama saintifik Harimau Malaya yang sah.
Harimau Malaya biasa memburu rusa, khinzir hutan, beruang matahari, anak gajah, dan anak badak sumbu. Terdapat juga rekod menyatakan harimau ini pernah memburu seladang dn tapir. Dalam sistem ekologi, harimau ada peranannya di sebalik pemburuan m4ngsanya.
Khinzir hutan menjadi parasite kepada kerosakan tanaman jika kawasan habitatnya dekat dengan perkampungan. Kehadiran Harimau Malaya mampu mengurangkan populasi khinzir hutan dengan pengamalan hubungan pem4ngsa-m4ngsa (prey-predator relationship). Jika populasi harimau berkurang, populasi khinzir hutan tidak terkawal dan akan berb4haya kepada tanaman dan ladang.
Namun, ini tidak bermaksud kehadiran khinzir hutan ini tidak baik walaupun haiwan ini adalah ‘arkitek hutan’ yang mampu suburkan tanah dengan gondolannya dan penyebaran biji benih tumbuhan. Keseimbangan antara alam dan manusia adalah diperlukan bagi menjamin kesejahteraan semua, maka harimau diperlukan bagi mengimbangi populasi khinzir hutan ini.
Sekitar tahun 2010-2013, dua buah organisasi konservasi telah membuat pantauan di tiga buah habitat menggunakan kamera perangkap. Keputusannya, hanya 250 hingga 340 ekor harimau saja yang tinggal. Maka, Harimau Malaya dikelaskan sebagai ‘critically end4ngered’ (terancam dan kritikal) oleh IUCN pada tahun 2015 kerana populasi haiwan ini menurun sejak masuk abad ke-21.
Pembahagian habitat (habitat fragmentation) akibat projek pembangunan dan pertanian adalah factor utama pengurangan populasi Harimau Malaya. Sehingga 2012, sebanyak 13,500 km persegi hutan telah hilang di Semenanjung Malaysia. Tambahan pula, sebanyak 64,800 km persegi hutan telah menjadi ladang industry yang besar. Hanya hutan dengan keluasan 8,300 km per segi saja tempat harimau ini menetap.
Pemburuan haram tidak terkawal juga menjadi penyumbang besar kepada anc4man harimau ini. Awal tahun 2000, permintaan daging harimau dan tulang sangat tinggi dalam pasaran gelap. Sekitar 2001 dan 2012, bahagian tubuh dari 100 ekor harimau yang m4ti diburu telah dirampas.
Permintaan bahagian tubuh harimau untuk perubatan cina amat tinggi dari Vietnam, Thailand, dan Kemboja. Maka, pemburuan haram tidak terkawal adalah caranya bagi memuaskan permintaan dari luar negara, sehingga pengurangan populasi harimau secara mendadak. Untuk melakukan kerja pemuliharaan terhadap Harimau Malaya, persekutuan antara organisasi NGO ditubuhkan iaitu Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT) untuk menggerakan pemuliharaan ini dengan mengetatkan pemburuan dan peningkatan populasi harimau.
Ada antara Harimau Malaya dijaga dalam zoo sebagai cara pemuliharaan spesis ini. Cincinnati Zoo adalah zoo pertama di AS yang memulakan program pembiakan spesis harimau ini pada tahun 1990 dan 1992. Zoo Johor, Zoo Negara, dan Zoo Taiping juga menjadi tempat pemuliharaan Harimau Malaya sehingga kini.
RUJUKAN:
Heing, N. (2013). “Nature lovers trail after poachers in bid to deter illegal hunting”. The Star.
Khan, M.K.M. (1986). “Tigers in Malaysia”. The Journal of Wildlife and Parks. V: 1–23.
Kawanishi, K.; Sunquist, M. E. (2004). “Conservation status of tigers in a primary rainforest of Peninsular Malaysia”. Biological Conservation. 120: 329–344
Kawanishi, K.; Yatim, S. H.; Abu Hashim, A. K.; Topani, R. (2003). “Distribution and potential population size of the tiger in Peninsular Malaysia”. Journal of Wildlife Parks (Malaysia). 21: 29–50.
Schirmer, E. M. (2012). “4: When There Were Tigers In Singapore”. When There were Tigers in Singapore: A family saga of the Japanese occupation. Singapore: Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. p. 50.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.