Ramadan tahun ini kita menyaksikan sekali lagi sekatan dan s.eranga.n daripada rejim Zionis yang bertindak untuk menghalang umat Islam daripada melakukan ibadah di akhir-akhir  malam Ramadan .Kali ini, serangan bom pemedih mata dan sekatan yang dilakukan di kawasan Masjidil Aqsa dimana ia menjadi tumpuan rakyat Palestin untuk beribadah .

Tidak hanya menghalang, tindakan mereka yang m.enyeran.g rakyat yang ingin beribadah dan tanpa memegang sebarang senjata juga dilihat sebagai suatu tindakan yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan.

Hal ini bukanlah suatu perkara yang baru, saban tahun kita menyaksikan setiap kali tibanya Ramadan, ada sahaja tindakan-tindakan “gila” yang diambil oleh tentera Zionis bagi menyekat umat Islam untuk beribadah dibulan suci ini. Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh  Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah berkata, perbuatan zalim itu bukan sahaja perlu dikecam sekeras-kerasnya malah Kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

Namun tahukah anda, setiap kali rakyat Palestin ini mendapat tentangan dan sekatan, setiap kali itu jugalah mereka terus bersatu hati untuk bangkit melawan tentera Zionis ini tanpa rasa takut. Sikap mereka ini tidak pernah luntur dan terpadam sejak tanah air mereka dirampas oleh bangsa Zionis pada 1948. Tarikh 14 Mei 1948 telah menjadi suatu mimpi ngeri buat penduduk Palestin  apabila tanah tumpah darah mereka telah diisytiharkan oleh pihak yahudi Zionis sebagai sebuah negara merdeka dengan nama negara “Israel”.

Tentera Zionis telahpun bertindak mengusir penduduk tempatan keluar dari tanah mereka sendiri. Tidak hanya itu, ribuan orang telah dib.unu.h, rumah-rumah mereka telah dirampas dan dirobohkan oleh pengganas-pengganas Zionis ini.Bagi memperingati peristiwa tanah air mereka dijajah ini,maka tarikh 15 Mei setiap tahun telah diwartakan sebagai sambutan Hari Nakhbah.

Nahkbah didalam Bahasa Arab membawa maksud kecelakaan atau bencana. Ia merujuk kepada hari memperingati penc.eroboha.n dan pem.usnah.an lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel. Nyatijah dari tindakan zalim ini telah menyebabkan lebih 700, 000 rakyat Palestin menjadi pelarian di kem-kem sempadan antarabangsa seperti Lubnan dan Syria.

Tahun ini merupakan tahun ke -73 bagi sambutan Hari Nakhbah dan semestinya sambutan kali ini akan disambut  dengan penuh bersemangat oleh rakyat Palestin kerana mereka telahpun menempuh pelbagai sekatan sewaktu Ramadan yang lepas untuk mereka beribadah, tambahan lagi dengan serangan yang bertali arus regim ini keatas Gaza.

Bagi mereka penduduk Palestin, semakin ditekan semakin mereka bangkit menentang demi memastikan semangat mempertahankan Masjidil Aqsa dan tanah air tidak akan luntur. Perlu untuk kita ingat bahawa , tertegaknya negara haram Israel pada 14 Mei 1948 itu adalah hasil daripada pegkhianatan golongan yang ingin menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah, kemudian disusuli dengan Perjanjian Sykes –Picot dan Deklarasi Balfour.

Hasil daripada kedua-dua perjanjian ini telah menyebabkan peta di semenanjung Palestin berubah secara 360 darjah. Kesanya ramai rakyat Palestin yang dihalau keluar.Dicatatkan sehingga kini terdapat lebih kurang 7 juta  rakyat Palestin yang menjadi pelarian, ada diantara mereka dari generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah jejak ke tanah air nenek moyang mereka.

Lebih mendukacitakan, tahun yang sama dimana pengisytiharan Israel sebagai  sebuah negara yang “sah” itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan  Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan ia telah pun disepakati sebagai sebahagian daripada piagam PBB.

Malangnya, deklarasi ini hanyalah sebagai  catatan diatas kertas sahaja sehingga ke hari ini setelah 73 tahun. Rakyat Palestin yang merupakan mangsa pertama pelanggaran hak asasi ini terus diabaikan hingga kini. Malah turut disalahkan juga sebagai punca ataupun penghalang utama untuk mencapai perdamaian dirantau itu dek kerena  tidak mahu mengiktiraf Israel sebagai sebah negara yang sah di tanah air mereka sendiri.

Bertitik tolak dari itu, dengan adanya sambutan Hari Nakhbah ini, ia akan mejadi mesej kepada dunia tentang kezaliman dan penjajahan yang dilakukan oleh bangsa Israel Zionis ini keatas mereka. Dunia perlu melihat bahawa penubuhan negara haram “Israel” inilah punca kepada segala konflik yang tidak berkesudahan di rantau itu.Perbincangan tentang an-Nakbah sebaliknya juga perlu dilihat sebagai suatu bentuk protes kepada tuduhan yang menyatakan penduduk arab Palestin sebagai bangsa yang rasis disebabkan menolak negara haram Israel.

Perdamaian Israel-Palestin tidak akan dapat dicapai tanpa pengiktirafan ke atas an-Nakbah. An-Nakbah tidak lain dan tidak bukan menuntut kita semua mengiktiraf jenayah yang berlaku ke atas rakyat Palestin agar nasib mereka yang dizalimi benar-benar dapat dibela.

An-Nakbah dapat menjelaskan dengan jujur dan komprehensif bentuk ganti-rugi yang berhak mereka peroleh. Sambutan ini juga bukanlah untuk kita bersedih, tetapi sebagai langkah untuk mendaptkan pembelaan dunia dan persediaaan kemenangan yang pasti akan berkunjung tiba .InshaAllah

RUJUKAN:

Hari Ini Dalam Sejarah | 15 Mei 1948 | An-Nakbah: Ma.lapetak.a Besar. https://www.mycare.org.my/hari-ini-dalam-sejarah-15-mei-1948-an-nakbah-malapetaka-besar/

Hari Nakbah perlambangan tuntut dunia hukum Zionis. https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/05/688978/hari-nakbah-perlambangan-tuntut-dunia-hukum-zionis

Mohamad Fikri Bin Mohd Bakri
Mahasiswa Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,UM


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.