Hari ini adalah ulang tahun ke-70 permulaan P3rang Korea antara Korea Utara dan Korea Selatan (25/06/1950 – 27/07/1953) yang meng0rbankan hampir 5 juta nyawa. P3rang Korea sebenarnya belum tamat. Kedua-dua negara hanya bergencat senjata tapi belum berdamai.

Sebab tu Korea Selatan mewajibkan lelaki berumur 18-28 tahun masuk tentera, tak kira lah kau Baekhyun ke Chanyeol ke Jin ke Jungkook ke, kena sentiasa bersedia. Nasib lah kalau berlaku p3rang masa kau punya turn.

P3rang Korea berpunca daripada percubaan Korea Utara di bawah kepimpinan Kim Il-sung (atuk Kim Jong-un) untuk “menyatukan” Semenanjung Korea yang berpecah kepada dua negara.

Rambut sama stylo macam cucunya.

P3rang Dunia Kedua tamat pada 15 Ogos 1945 & Jepun melepaskan semua j4jahannya termasuk Korea.

Kalau ikutkan orang Korea nak dirikan semula negara Korea yang merangkumi seluruh Semenanjung Korea macam di zaman Goryeo (918-1392), Joseon (1392-1897) & Daehan Jeguk (1897-1910).

Tapi dua kuasa pemenang iaitu US & USSR tak bagi. Geografi Korea terlalu strategik.

Macam Jerman yang dipecahkan kepada Jerman Barat (kem US) & Jerman Timur (kem USSR) sebab berada di tengah2 negara sekutu US & USSR , Korea pun berada di antara zon pengaruh US (Jepun) & USSR.

USSR syokong Kim Il-sung mendirikan negara komunis “Joseon Minjuui Inmin Gonghwaguk (Democratic People ‘s Republic of Korea / DPRK) di Pyongyang. US sokong Syngman Rhee mendirikan negara kapitalis “Daehan Minguk” (Republic of Korea / ROK) di Seoul, dipisahkan oleh 38th Parallel.

DPRK dikenali sebagai Korea Utara, ROK dikenali sebagai Korea Selatan. Tapi dua2 negara ni tak iktiraf satu sama lain, masing2 melihat diri sebagai “the one true Korea”. Korea Utara gelar Korea Selatan sebagai anjing US, Korea Selatan pun gelar Korea Utara anjing komunis.

Jadi Korea Utara mengorak langkah dahulu dengan menyerang Korea Selatan. Korea Utara belasah Korea Selatan habis-habisan. Dalam masa 3 bulan Korea Selatan hilang semua kawasannya, tinggal Busan dan Daegu.

US tengok alamak cannot be, maka memohon UN untuk bercampur tangan.

Dan UN pun bersetuju dengan penubuhan pasukan UN Command yang terdiri daripada 16 negara, diketuai oleh US untuk stop pencerobohan Korea Utara.

Sehingga hari ini P3rang Korea adalah satu-satunya p3rang di mana UN terlibat secara langsung sebagai combatant.

Tanah perkuburan tentera UN Command ni ada di Busan.

16 negara ni termasuk Turki. Tentera Turki kebanyakannya settle down kat Itaewon. Sebab tu kat Itaewon banyak restoran Turki. Diorang membentuk komuniti Muslim pertama di Korea. Masjid pertama Korea pun dibina di Itaewon.

Dengan campur tangan US, Korea Utara pula kena belasah.

Tapi US tamak, s3rang sampai ke sempadan China. China cuak lah sebab dia anggap Korea Utara sebagai negara penghalang kuasa kapitalis. Maka China pun join p3rang dan bantu Korea Utara belasah pakatan US balik.

Ding-dong ding-dong akhirnya kedua-dua pihak menandatangani gencatan senjata pada 27 Julai 1953. Sempadan tidak berubah, masih 38th Parallel. Cuma sebelum p3rang sempadan straight, lepas p3rang jadi zig zag sikit.

Jadi P3rang Korea boleh dikatakan sebagai p3rang yang sia-sia. Tak membawa perubahan tapi menyebabkan ramai nyawa melayang malah banyak keluarga dipisahkan buat selama-lamanya. Macam Jin-tae dan Jin-seok dalam cerita Taegukgi.

Keluarga yang terpisah ni kena tunggu sampai tahun 2000 baru dapat bertemu kembali, selepas perjumpaan bersejarah antara Kim Jong-il (anak Kim Il-sung, ayah Kim Jong-un) dan Kim Dae-jung (presiden haluan centre-left pertama di Korea Selatan).

Kim Dae-jung menamakan dasar berbaik-baik dengan Korea Utara sebagai “Sunshine Policy”. Kiranya kehangatan dan kemesraan (ibarat sinar matahari) Korea Selatan akan dapat mencairkan hati Korea Utara. Bunyi agak idealistik sikit.

Di bawah Sunshine Policy, Korea Selatan melabur di Korea Utara, membina kilang di Kaesong membantu merancakkan ekonomi. Korea Utara pun membenarkan atlet Korea Utara & Korea Selatan menyertai temasya sukan di bawah satu bendera iaitu Unification Flag (통일기 / Tongilgi).

Artis K-Pop macam Sechskies, Fin.KL, Shinhwa dan Baby V.O.X. buat konsert kat Pyongyang. So nampak ada harapan besar untuk dua Korea bersatu semula.

Harapan tinggal harapan. Sunshine Policy m4ti selepas Korea Utara melancarkan ujian nuklear pertama pada Julai 2006. Semua bantuan & wang Korea Selatan bagi diguna untuk menghasilkan senjata nuklear bagi menguatkan lagi kuasa Korea Utara.

Sebab tu hidup jangan idealistik.

Hubungan kembali tegang seakan nak berp3rang semula. Pada tahun 2010, Korea Utara menenggelamkan kapal p3rang Cheonan milik Korea Selatan & mengebom Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan. Tak lama kemudian Kim Jong-il meninggal dunia pada tahun 2011 dan diwarisi oleh Kim Jong-un.

 

Kim Jong-un mula-mula pun agresif, tapi akibat tekanan China (Trump guna trade war untuk tekan China supaya tekan Korea Utara) dia pun berbaik-baik dengan Korea Selatan dan berjumpa dengan Moon Jae-in pada April 2018

Pasukan atlet Korea Utara dan Selatan menyertai Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang di bawah Tongilgi. Artis K-Pop termasuk Red Velvet buat konsert di Pyeongchang.

Tapi hubungan kembali tegang apabila Kim Yo-jong bertindak agresif dengan memusnahkan Pejabat Perhubungan Korea Utara-Selatan di Kaesong yang dibina selepas perjumpaan Kim-Moon.

Tapi tak lama kemudian, Kim Jong-un pula menafikan mahu bertindak keras terhadap Korea Selatan.

Kejap baik, kejap tegang. Masalah unpredictability rejim Kim ni menghalang penyatuan semula Korea.

Tapi kalau tanya US, China dan Jepun pun diorang lebih selesa dengan status quo “dua Korea” berbanding penyatuan Korea.

Kejap baik, kejap tegang. Masalah unpredictability rejim Kim ni menghalang penyatuan semula Korea.

Tapi kalau tanya US, China dan Jepun pun diorang lebih selesa dengan status quo “dua Korea” berbanding penyatuan Korea.

China memerlukan Korea Utara sebagai buffer state, US memerlukan Korea Utara sebagai alasan untuk menempatkan tenteranya di Korea Selatan, Jepun pun takut Korea akan jadi lebih kuat daripadanya. Jadi tak ada usaha untuk mendamaikan dua Korea.

Malah cabaran yang lebih besar sekarang adalah keinginan bersatu yang semakin merosot, terutamanya di kalangan orang muda.

Diorang tak ada memori bersama “saudara” di utara. Bagi diorang idea penyatuan tu terlalu kabur, bukan keutamaan.

Kalau Korea bersatu kembali, akan wujud persoalan seperti adakah peluang pekerjaan mencukupi, adakah perbelanjaan sosial mampu menanggung 24 juta rakyat Korea Utara sedangkan kerajaan Korea Selatan sekarang pun perlu take care 52 juta orang. Belum lagi soal perbezaan nilai.

Jurang sosial dan nilai antara Yemen Utara dan Yemen Selatan (yang bersatu pada tahun 1990) membawa kepada p3rang saudara Yemen pada tahun 1994 dan sejak tahun 2015.

Di Jerman, perasaan didiskriminasi di kalangan rakyat bekas Jerman Timur membolehkan kebangkitan parti AfD yang membawa ideologi far-right yang menggugat demokrasi Jerman.

Jadi selepas 70 tahun, impian penyatuan Korea masih futile.

Malah 70 tahun masih kira singkat kalau berbanding dengan zaman Samguk (313-668) di mana Korea berpecah kepada Goguryeo, Baekje & Silla selama 355 tahun & zaman Nambukguk (698-926) selama 228 tahun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.