Peristiwa Bukit Kepong ialah kejadian serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong ketika era Darurat di Persekutuan Tanah Melayu. Dalam serangan berkenaan, balai polis itu diserang segerombolan 180 komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Serangan tersebut menyaksikan 25 anggota polis berjuang habis-habisan sehingga ke titisan darah terakhir. Dua isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terbunuh dan mereka terus bertempur bersama anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian itu, 17 anggota polis dan hampir 40 komunis telah terkorban.

Alamo versi Tanah Melayu

Pertempuran itu berlaku di kawasan sekeliling Balai Polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang dibina daripada kayu itu terletak di tebing Sungai Muar sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor.

Insiden tragis ini bermula sebelum Subuh apabila pengganas komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis itu. Tujuannya ialah menjadikan ia sebagai contoh kepada sesiapa sahaja yang berani menentang, maka bersedialah menanggung bahananya.

Selain itu, keyakinan mereka menawan balai polis berkenaan didorong oleh beberapa faktor. Pertama, kedudukan balai yang agak terpencil. Kedua, kekuatan anggota polis dan bilangan senjata yang dimiliki. Akhir sekali, ia merupakan antara kawasan pergerakan mereka yang aktif pada ketika itu.

Sebelum itu, Balai Polis Bukit Kepong diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey. Menjelang insiden tragis itu, Sarjan Dancey telah berpindah dan digantikan oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.

Selain itu, terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabel polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal. Ini sekaligus menjadikan kekuatan pasukan polis seramai 22 anggota.

Buku ini ditulis seorang wira negara kita yang bercerita pasal pertempuran melawan komunis. Kami terbitkan untuk bantu korang tahu apa yang berlaku. Dah ada di Shopee: https://bit.ly/PertempuranHutan

Manakala 13 isteri dan anak-anak anggota polis lain tinggal di berek kelamin di belakang balai. Sistem perhubungan yang sukar merupakan sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ. Malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong ialah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Menurut keterangan saksi, 200 orang pengganas komunis dari Kompeni Bebas Ke-4 menyerang balai berkenaan diketuai seorang komunis Melayu yang terkenal bernama Muhammad Indera atau Mat Indera.

Sebelum menyertai gerakan Bintang Tiga, dia merupakan seorang guru agama dan melihat penentangan bersenjata sebagai kaedah terbaik melawan penjajahan British. Mat Indera juga menolak idea perjuangan berasaskan diplomasi yang dipilih tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar sebagai membuang masa dan merugikan rakyat.

Menurut rancangan asal, dia dimaklumkan serangan tersebut hanya bertindak sebagai amaran sahaja. Bagaimanapun, serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi. Walau apa keterangan yang diberi sekalipun, darah polis, wanita dan kanak-kanak yang terbunuh berada di tangannya.

Mereka mengepung balai dengan separuh berada di bahagian hadapan manakala bakinya mengelilingi balai polis itu. Pertempuran bermula sekitar jam 4.15 pagi apabila Konstabel Jaffar Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai itu.

Pengganas komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut terutama dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan tersebut dapat mengejutkan pihak polis. Tetapi apa yang diharap meleset sama sekali.

Kali ini, gerombolan komunis yang dipimpin Mat Indera dan Peng Tun ditentang hebat oleh polis terutama dari dua kedudukan submesingan Bren terletak di dalam kubu di bawah bilik kawalan. Walaupun bilangan mereka sedikit, anggota polis yang diketuai Sarjan Jamil terus berjuang bak pepatah biar putih tulang, jangan putih mata di sebalik seruan untuk mereka menyerah diri.

Satu persatu anggota polis gugur apabila pertempuran berterusan. Dua isteri anggota polis yang bertahan bersama turut sama berjuang apabila mendapati suami mereka gugur dalam pertempuran berkenaan.

Sekitar jam 5.00 pagi, pasukan Polis Bantuan dan sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa. Kumpulan ini dipimpin oleh penghulu Ali Mustaffa dan bergerak untuk membantu.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Malangnya, kumpulan ini diserang hendap oleh pengg4nas k0munis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan luar sampai ke balai berkenaan. S3rangan tersebut menyaksikan beberapa orang kampung dan pengganas k0munis turut terbvnvh.

Namun, pertempuran sengit antara penduduk kampung dan polis bantuan dengan gerombolan komunis ini sedikit sebanyak meredakan tekanan kepada polis yang bertahan di Balai Polis Bukit Kepong. Dan ini juga turut menjelaskan mengapa komunis mengambil masa lama menawan balai berkenaan dan berundur menjelang pagi.

Pada ketika itu juga, kedua-dua kedudukan submesingan Sten turut dimusnahkan komunis. Sekitar jam 7.00 pagi, pengganas komunis menawan seorang wanita bernama Mariam Ibrahim iaitu isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar.

Mengikut kisah penduduk tempatan, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah. Namun, Sarjan Jamil enggan melayan tuntutan mereka kerana tahu jika mereka berbuat demikian, mereka akan tetap dibunuh.

Pada masa sama, Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa membuat perkara sama seperti Mariam. Tetapi Sarjan Jamil dan anggota polis yang masih berjuang enggan berbuat demikian.

Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan manakala Fatimah dibunuh dengan kejam. Suaminya, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di Sungai Muar turut berjuang menentang gerombolan komunis itu dari botnya sehingga mengalami kecederaan di dada dan tangan

Kerana terdesak, gerombolan komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Ketika itu, hanya tiga anggota polis dan seorang pengawal kampung masih hidup.

Mereka mengambil keputusan meluru keluar dari balai yang terb4kar dan merempuh kedudukan k0munis. S3rangan terakhir itu membvnuh sekurang-kurangnya tiga pengg4nas k0munis yg cuba menghalang mereka. Mana yang cuba melepaskan diri dit3mbak oleh gerombolan berkenaan.

Berita s3rangan Bukit Kepong itu diketahui oleh perkampungan sekitar. Penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat segera menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan itu. Selepas lima jam bert3mpur, barulah gerombolan k0munis berjaya menawan balai polis yang hangus terbakar itu.

Sebelum berundur, mereka turut melemparkan mana-mana individu yang hidup tetapi cedera dan mayat mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong. Antara yang menjadi mangsa ialah Hassan Abu Bakar, anak kepada Konstabel Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Seramai 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, empat pengawal kampung, tiga polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (salah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian itu sekaligus menjadikan jumlah kematian seramai 25 orang.

Manakala mereka yg terselamat dalam pertempuran maut itu ialah empat anggota polis dan sembilan ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Ketika serangan itu, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema ke beberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yg diketuai Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan – Auxiliary Police/Pengawal Kampung – Home Guard).

Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar 500 meter dari Balai Polis Bukit Kepong. Jika dibandingkan dengan gerombolan k0munis yang bersenjatakan s3njata automatik, kumpulan ini hanya dilengkapi dengan raifal dan senapang patah.

Namun, itu tidak menghalang mereka dari terus berjuang. Malah, tekanan yang diberi mereka memaksa pihak k0munis melewatkan usaha menawan balai dan berundur pada waktu pagi selepas membakar beberapa pejabat dan merompak beberapa kedai.

Pada masa sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Tetapi dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh pengganas komunis.

Hanya separuh daripada tujuh penduduk dalam kumpulan itu terselamat yang boleh meneruskan perjalanan ke Lenga. Mereka sampai di sana pada jam 10.00 pagi dan menceritakan apa yang berlaku.

Apabila pengawal kampung memasuki Bukit Kepong, mereka dapat melihat skala kemusnahan akibat serangan kejam itu. Ketua kampung mengambil alih pentadbiran pos luar itu sehingga digantikan oleh sepasukan polis yang datang dari Muar.

Pertempuran Bukit Kepong merupakan satu peristiwa yang tragis. Tetapi ia mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi ancaman k0munis. Kisah sepasukan kecil individu berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang k0munis.

Mereka yang terselamat

Anggota Polis:

Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);

Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);

Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);

Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)

Ahli keluarga anggota

Mariam Ibrahim – balu Konstabel Muhamad Jaafar

Zainun Muhamad – anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar

Abu Samah Muhammad – anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar

Zaleha – anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar

Jamilah – anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud

Hussain – anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud

Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa – isteri Konstabel Hassan Osman

Pon Khalid – isteri Konstabel Marin Awang Ali

Fatimah Tuani – isteri Konstabel Hamzah Ahmad

Edmund Ross Williams Hunt – orang asli bertugas sebagai pemandu arah

Mereka yang gugur dalam pertempuran

Anggota Polis

Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)

Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)

Lans Koperal 7168 Jidin Omar

Konstabel 9136 Hassan Osman

Konstabel 3933 Hamzah Ahmad

Konstabel 8600 Jaafar Hassan

Konstabel 7493 Muhamad Jaafar

Konstabel 5674 Abu Mohd Ali

Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh

Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam

Konstabel Marin 68 Awang Ali

Konstabel Marin 181 Basiron Adam

Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim

Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad

Polis Bantuan

Ins. Kudarina Naknok

AP 2130 Samad Yatim

AP Mahmood Saat

AP 1925 Ali Akop

AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota

Allahyarhammah Fatimah Yaaba – isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud

Hassan Abu Bakar – anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud

Allahyarhammah Saadiah – isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali

Allahyarhammah Simah Abu – anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terk0rban dalam pertempuran diluar balai polis

AP Redzuan Alias

Embong Lazim

Mendiang Koh Ah Cheng

Legasi

Kisah Bukit Kepong diabadikan dalam filem Bukit Kepong yang mendapat sentuhan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin. Filem yang ditayangkan pada tahun 1981 itu menggondol beberapa anugerah utama Festival Filem Malaysia Ketiga termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

RUJUKAN:

Mastika. (2009). LIHAT ALMARHUM MAT INDERA DARI SUDUT LAIN.

Sulam, Muhaimin. (2019). Silapnya Mat Indera. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/columns/462724

VAT 69 – Perjuangan Semalam. (2012). Sejarah dan Peristiwa Bukit Kepong. https://web.facebook.com/403142033068693/photos/sejarah-dan-peristiwa-bukit-kepongperistiwa-balai-polis-bukit-kepong-adalah-keja/427926463923583/?_rdc=1&_rdr


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.