2 Ogos 1973 merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia. Pada hari itu, Perdana Menteri yang Malaysia takkan pernah ada, Tun Dr Ismail Abdul Rahman telah pergi buat selama-lamanya. Sepatutnya, beliau berhasrat untuk bersara dari politik, tapi kuasa Tuhan menentukan segalanya, Tuhan telah menjemputnya terlebih dahulu sebelum beliau bersara.

Hasrat Tun Dr Ismail untuk bersara bukanlah baru. Menjelang 60 an, selepas menjalani pembedahan jantung dan berehat selama 10 bulan, Tun Dr Ismail memang berhasrat untuk bersara sepenuhnya dari politik. Kehadiran beliau sebagai delegasi ke Persidangan Perladangan Kumpulan Guthrie di London sepatutnya menjadi tugasan rasmi terakhir buat beliau. Namun, segala jangkaannya meleset.

Sekembalinya beliau pulang ke Malaya, Tun Dr Ismail menghadapi Pilihan Raya Umum 1969. Namun, peristiwa hitam melanda negara menyaksikan khidmat Tun Dr Ismail digunakan sepenuhnya. Kejayaan yang dicipta oleh Tun Dr Ismail menyaksikan beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua.

Menjelang tahun 1973, Tun Dr Ismail bekerja seperti biasa dalam menguruskan pentadbiran negara. Pada Mac 1973, Tun Dr Ismail mengetuai delegasi ke Australia dan New Zealand bagi merundingkan pelaburan Malaysia dan peneutralan Asia Tenggara. Beliau juga sempat melawat anaknya, Taufik di Armidale dan pulang semula ke tempat pengajiannya di Queen’s College.

Beliau juga sempat menghadiri mesyuarat parti di rumah Tun Syed Nasir bagi membincangkan penerimaan semula Dr Mahathir. Beliau dengan tegas menentang idea tersebut tetapi beliau tidak akan menjadi batu penghalang sekiranya Tun Razak hendak berbuat sedemikian,

Pada 27 Julai, Tun Dr Ismail mengucapkan selamat jalan kepada Tun Razak yang akan menghadiri Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel di Ottawa.  Itulah kali terakhir Tun Razak bertemu dengan Tun Dr Ismail.

Pada 1 Ogos, Tun Dr Ismail bermain golf di tempat kegemarannya, Kelab Golf Negara Subang bersama rakannya, Leslie Eu Peng.  Permainannya pada hari itu sungguh luar biasa. Pada hari itu, Tun Dr Ismail mencatatkan 13 di bawah par dan satu pukulan eagle. Beliau berasa amat gembira dan membelanja Leslie minum selepas tamat permainan. Malah, handikapnya telah dicatatkan secara rasmi di Kelab tersebut hinggalah ke hari ini.

Keesokkan harinya, Tun Dr Ismail merasmikan Sambutan Jubli GPMS di Kampung Baru. Setelah selesai upacara tersebut, beliau bergegas ke Hospital Lady Templer, Cheras untuk menziarahi isterinya dan seterusnya pulang ke rumah.

Pada malam itu, selepas menjenguk anak bongsunya di bilik, semasa berehat Tun Dr Ismail tiba tiba dis3rang penyakit jantung, Kebiasannya, beliau akan menghubungi doktor peribadinya, Dr MacPherson. Namun, pada ketika itu, Dr MacPherson mengikuti Tun Razak di Ottawa. Beliau mengarahkan pembantunya untuk menghubungi Setiausahanya dan doktor pengganti, Dr Caterall.

Dr Caterall sampai ke rumahnya beberapa minit kemudian sambil ditemani Dr Pillai, salah seorang doktor perubatan Diraja. Sedang mereka berdua menyelamatkan ny4wa Tun Dr Ismail, ahli-ahli kabinet mula memenuhi ruang bawah rumahnya sambil membincangkan masa depan negara. (Sekiranya Tun Dr Ismail meninggal, negara takkan ada Perdana Menteri dan Timbalan di dalam negara).

Di Ottawa, Tun Razak tersentak apabila menerima berita buruk itu. Beliau mengarahkan supaya Tun Dr Ismail diberi penghormatan tertinggi dan mengarahkan agar dikebumikan di dalam Mak4m Pahlawan dan diberikan penghormatan terakhir di Parlimen. Tun Razak kemudian lantas pulang ke Kuala Lumpur dari Ottawa dan singgah sebentar ke Copenhagen.

Apabila tiba di Kuala Lumpur, Tun Razak amat berang kerana arahannya tidak dipenuhi. Pertama, jena2ah beliau sepatutnya diletakkan di Parlimen untuk rakyat memberikan penghormatan terakhir, namun Tun Sardon mengarahkan supaya diletakkan di perkarangan Masjid Negara.

Kedua, Tun Razak mengarahkan agar Tun Dr Ismail dikebumikan di dalam perkarangan Mak4m Pahlawan. Namun, Tun Sardon tidak mengendahkan arahan beliau dan berhasrat untuk mengebumikan beliau di luar perkarangan kawasan itu. Tun Razak amat berang dan keputusan ini juga turut ditentang oleh Tunku Abdul Rahman sambil berkata bahawa keturunannya semua dikebumikan di bawah bumbung.

Selepas pemergian Tun Dr Ismail, Tun Razak melantik Tun Hussein Onn sebagai penggantinya. Setahun selepas itu, Barisan Nasional juga mencatatkan keputusan yang besar di dalam Pilihanraya Umum 1974. Pemergian Tun Dr Ismail bukan sahaja membuatkan negara kehilangan pemimpin yang tegas, tetapi negara juga kehilangan Perdana Menteri yang negara takkan pernah ada.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.