Kemiskinan, pengangguran dan penyelewengan merupakan kelemahan besar dalam Dunia Arab. Tiga perkara ini mencetuskan Kebangkitan Dunia Arab, yang bermula di Tunisia apabila Mohamed Bouazizi memb4k4r dirinya kerana diani4yai pihak berkuasa tempatan.

Melihat bagaimana arus anti-kerajaan merebak, Libya mengambil langkah-langkah pencegahan. Kerajaan mengurangkan harga makanan dan membebaskan 110 t4h4nan politik dari penj4r4 (St. John, 2012).

Pendekatan “carrot and stick” ini digunakan untuk menenangkan bantahan-bantahan yang semakin rancak kerana pengaruh Facebook dan Twitter.

Malah kerajaan Gaddafi juga cuba mengedarkan 150,000 komputer riba kepada anak-anak muda. Walaupun berjaya menyekat al-Jazeera dari rangkaian televisyen, rakyat masih lagi boleh melayari Internet.

Isu-isu ekonomi yang lama berlarutan dipetik untuk melemahkan pengaruh Gaddafi. Kekurangan rumah mampu milik dan peluang pekerjaan (30 peratus rakyat Libya menganggur) membajakan benih bantahan.

Gaddafi pula mengumumkan bahawa pihak pemb3rontak akan dibvru di “setiap jalan, rumah dan almari” (Kawczynski, 2011).

Kenyataan tersebut telah mem4kan diri Gaddafi sendiri, kerana pihak t3nter4nya mula men3mb4k peserta-peserta bantahan di Benghazi (Adetunji, Beaumont, & Chulov, 2011).

Malah pihak t3nter4 juga menyebabkan kem4t1an 15 orang yang menghadiri sebuah majlis peng3bVmian.

Apa yang berlaku telah meledakkan revolusi di seluruh Libya, disertai pihak NATO pula. Jika Rusia masih berada dibawah Vladimir Putin, Rusia tentu sekali akan menggunakan kuasa veto.

Tetapi Dmitry Medvedev sekadar mengecualikan diri (bagi pihak Rusia), yang menghalalkan operasi NATO.

20 Oktober 2011

Muammar Gaddafi tidak disukai di negeri-negeri miskin di sebelah timur Libya. Kota-kota al-Bayda, Benghazi, Misrata dan Tobruk menjadi pusat kuasa untuk pihak yang memb3r0ntak.

Mereka menubuhkan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) untuk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Gaddafi. Dalam masa beberapa bulan, Gaddafi kehilangan pengaruh di seluruh negara.

Setelah Tripoli jatuh ke tangan pemb3r0ntak, Gaddafi bersetuju untuk menyerahkan kuasa kepada NTC (Smith, 2011). Tetapi NTC mahu beliau menyerahkan diri jika ingin berunding.

Tanpa sebarang persetujuan, NTC meneruskan s3rangan. Kawasan-kawasan Gaddafi sentiasa dib0m, dan Gaddafi sering dipindahkan.

Setiap hari yang berlalu Gaddafi dilaporkan meluangkan masa untuk bersolat dan baca al-Qur’an (Human Rights Watch, 2012).

Pada 20 Oktober 2011, Gaddafi keluar dari Daerah 2 di Sirte dalam sebuah konvoi bersenj4ta untuk ke Lembah Jarref.

Konvoi ini dis3rang pihak NATO, dan Gaddafi dilarikan ke sebuah rumah berdekatan yang sedang dib0m pemb3rontak dari Misrata. Gaddafi terpaksa disembunyikan dalam paip longkang di sebuah tapak pembinaan.

Di situ pihak pengawalnya bertempvr begitu lama untuk melindungi Gaddafi. Tetapi pertempvran sengit itu dimenangi pemb3rontak yang berjaya menc3der4kan kepala Gaddafi dengan sebutir b0m tangan.

Mereka tidak tahu pun bahawa Gaddafi ada di situ, kerana pintasan radio perisikan hanya mengatakan “aset penting” sahaja.

Lubang Longkang Dimana Gaddafi Bersembunyi
(gambar diambil selepas pertempvran)

Apabila dikeluarkan, Gaddafi dilaporkan bertanya: “apa dosa aku pada kamu?” Takbir dilaungkan di sekitar tempat, semasa Gaddafi yang berlvmuran d4r4h dibawa pergi.Ada video menunjukkan seb1lah p1s4u dicucuk dalam dubur Gaddafi semasa beliau merayu supaya tidak diapa-apakan.

Gaddafi men1ngg4l dunia tidak lama kemudian, dijangka kerana sudah dit3mb4k di perut oleh seorang pemuda.

Perdana Menteri NTC mengumumkan kem4t1an Gaddafi tengahari itu, sementara m4y4t Gaddafi disimpan dalam sebuah peti sejuk beku di sebuah pasar basah.

Empat hari m4y4t Gaddafi (yang tidak berbaju) dibiarkan untuk ditatap rakyat Libya.

RUJUKAN:

Adetunji, J., Beaumont, P. & Chulov, M. (2011, Februari 20). Libya protests: More than 100 (ditapiskan) as (ditapiskan) (ditapiskan) on unarmed demonstrators. The Guardian.

Human Rights Watch. (2012). (ditapiskan) of a Dictator: (ditapiskan) Vengeance in Sirte. Halaman 21-22.

Kawczynski, D. (2011). Seeking Gaddafi: Libya, the West and the Arab Spring. London Biteback. Halaman 242-243.

Smith, D. (2011, Ogos 28). Gaddafi offers to negotiate with Libya (ditapiskan) over transfer of power. The Guardian.

St. John, R.B. (2012). Libya: From Colony to Revolution Oxford. Halaman 282-283.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.