Tahu tak 9 Februari lepas merupakan Hari Bahasa Yunani Sedunia? Ya, Tarikh itulah warga Greece menyambut hari bahasa kebangsaan mereka. Sebenarnya sejak 2017 warga Greece telah menyambut hari bersejarah ini setelah diiktiraf oleh Menteri Pendidikan itu sendiri iaitu Georgios Babiniotis.

Pada mulanya, sekitar tahun 2014, komuniti warga Greek dan Itali mengusulkan tentang sambutan antarabangsa untuk Bahasa Yunani. Kemudian apabila kerajaan Greek bersidang di parlimen, wakil rakyat membentangkan usul ini dan seluruh ahli parlimen bersetuju untuk mewujudkan Hari Bahasa Yunani Sedunia.

Maka, 9 Februari diambil sebagai tarikh sambutan, sempena meraikan dan menghormati jasa penulis lirik lagu kebangsaan Greek bernama Dionysios Solomos yang mencipta lagu bernama ‘Hymm to Liberty’.

Bagi warga Greek dan Itali, sambutan hari Bahasa Yunani penting untuk mereka kerana Bahasa ini telah berabad-abad lamanya membentuk tamadun Barat pertama dunia ini, iaitu Tamadun Yunani Kuno. Bahasa ini juga melahirkan dunia sastera, falsafah, dan budaya Eropah yang menjadi rujukan untuk bangsa lain membina ketamadunan mereka.

Sehingga kini, kita tidak sedar bahawa kita sendiri sentiasa menyebut kata-kata dari bahasa Yunani. Contoh paling kita kerap sebut adalah: psikologi, teater, demokrasi, demografi, dan sebagainya.

Bahasa ini juga digunakan dalam bidang sains alam bagi mencipta nama saintifik bagi setiap flora dan fauna. Contohnya adalah kucing domestik, nama saintifik diberi adalah Felis Catus.

Video berkenaan kata-kata bahasa Yunani yang diamalkan oleh warga seluruh dunia:

Menurut Menteri Pendidikan Greek, bahasa Yunani telah diamalkan selama 40 abad tanpa sebarang percampuran dari bahasa asing. Tulisan alphabet juga tidak berubah selama 28 abad. Pengekalan bahasa ini menjadikan ia sebagai bahasa yang mampu menyebar budaya Yunani ke seluruh dunia. Jadi, hari bahasa Yunani patut diraih bagi seluruh warga yang berbahasa bahasa ini sebagai memperingati jasanya.

Sekarang, pengamal bahasa Yunani seramai 13 juta orang. Kita sebenarnya tidak termasuk sebagai pengamal bahasa Yunani kerana banyak kata-kata berasal dari bahasa tersebut telah biasa kita sebut dalam perbualan harian.

Sempena sambutan Hari Bahasa Yunani Sedunia, negara Greek dan Itali meraikannya kerana kedua-dua negara ini berkongsi tamadun yang sama, termasuk Naples di selatan Itali.

Seramai lebih seribu orang pelajar sekolah tinggi meraikan hari bahasa mereka dengan persembahan teater, tarian, konsert musik, serta mengadakan lawatan ke bangunan-bangunan tamadun Yunani Kuno. Tambahan lagi, seminar ditubuhkan serta aktiviti lain dijalankan untuk memperingati jasa budaya Yunani.

Selain Eropah, negeri Florida, Amerika Syarikat juga menyambut Hari Bahasa Yunani Sedunia, di mana banyak sekolah tinggi mengambil budaya Yunani sebagai subjek kurikulum dalam institute pengajian mereka. Bahasa Yunani juga menjadi subjek pembelajaran kepada pelajar sekolah tinggi.

Video berkenaan sekolah pelajar tinggi bernama Archimedean Academy, antara sekolah tinggi yang mengambil budaya Yunani sebagai subjek pendidikan.

Afrika juga ada masyarakatnya mengamalkan bahasa dan budaya Yunani, di mana para paderi Orthodox Yunani tidak sekadar menyebarkan dakwah Kristian Orthodox mereka, malah bahasa Yunani juga mereka sebarkan kepada para penganut, termasuklah sejarah dan hubungan Greek kepada kemanusiaan.

Di Uganda saja, terdapat 80 orang paderi Orthodox Yunani bersama 40 buah komuniti, sekolah, dan hospital Yunani Orthodox. Malah, para paderi berbangga dengan pengamalan bahasa Yunani mereka walaupun bukan berbangsa Yunani.

Tambahan lagi, di Panama terdapat institute Pendidikan bernama ‘Atenea Institute’, satu-satunya sekolah yang amalkan budaya Yunani di Amerika Latin. Bahasa Yunani diajar kepada pelajar sekolah rendah sehingga peringkat sekolah tinggi.

Bukan sekadar bahasa, sejarah, falsafah, dan sains Yunani juga diajar kepada pelajar Amerika Latin ini. Pengamal-pengamal budaya Yunani luar Eropah ini juga meraihkan Hari Bahasa Yunani Sedunia.

Lihatlah betapa nasionalisnya warga-warga Greek dan Itali sehingga menjadikan bahasa tertua mereka mempunyai hari sambutan bahasa sedunia.

Mungkin suatu hari nanti, jika persaudaraan negara-negara yang mengamalkan bahasa Melayu selain Malaysia seperti Indonesia atau Brunei semakin rapat, tidak mustahil kita boleh usulkan sambutan hari bahasa Melayu kepada organisasi seperti ASEAN, kemudian kita mampu sambut hari bahasa kita sendiri. Boleh jadi kan?

RUJUKAN:

Kampouris. N (6 Feb 2020). Greek Language Day: The Mother of All Western Languages. Greece Greek Reporter. Retrieved from 20 February 2020. https://greece.greekreporter.com/2020/02/06/greek-language-day-the-mother-of-all-western-languages/

Vodouris T (9 Feb 2020). Celebrating International Greek Language Day. Greece High Definition, Retrieved from 20 February 2020. https://www.greecehighdefinition.com/blog/2020/2/9/celebrating-international-greek-language-day-february-9-did-you-know-you-speak-greek?fbclid=IwAR0Ee5nLl5nR7i7l9ULUtanQXuD3KIXzIO2mP8x2XofmmjE2uLC62m0yeUU

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.