Harga minyak mentah sedunia naik mendadak dari $60 ke $70 susulan serangan drone ke atas loji minyak Abqaiq dan Khurais milik syarikat Saudi Aramco di Arab Saudi pada Sabtu lepas.

Militan Houthi di Yaman dah klaim bertanggungjawab ke atas serangan tersebut. Houthi berperang dengan Saudi sejak tahun 2015 lagi, jadi logiklah diorang nak serang infrastruktur milik Saudi. Tapi Saudi dan sekutunya US kata laa, ni mesti kerja Iran sebab kalau ikutkan geografi, payah nak melancarkan serangan dari Yaman ke timur Saudi, lebih logik serangan dari sebelah Teluk Parsi yang dikawal Iran.

Houthi yang terdiri daripada penganut Syiah 5 Imam selama ni didakwa bersekutu dengan Iran yang Syiah 12 Imam, dan itu juga menjadi sebab Saudi berperang di Yaman untuk menghalang Iran menguasai Teluk Aden.

Serangan ni menyebabkan Saudi terpaksa tutup operasi 2 loji minyak tersebut yang menyumbang kepada 60% hasil minyak mentah Saudi atau 5% hasil minyak mentah dunia. Jadi pasaran react menurut hukum supply-and-demand: pengurangan supply atau “supply shock” menolak harga minyak jadi lebih tinggi.

Tapi tu harga minyak mentah, ia ambil masa untuk diterjemahkan ke dalam harga petrol. Korang jangan buat hal pulak pergi beratur panjang kat stesen petrol malam ni. In fact syarikat minyak lebih suka kalau harga minyak naik. $50-60 terlalu rendah, $70-80 barulah harga minyak yang sewajarnya. Tapi sejak tahun 2015 dunia tidak lagi menyaksikan harga minyak $80 setong. Negara pengeluar minyak macam kita ni terimalah kesannya.

Supply shock kali ni dijangkakan hanya bersifat sementara. Once Saudi punya operasi kembali normal (mungkin 4 hari, mungkin 4 minggu), maka harga pun akan kembali ke paras $50-60 yang dah jadi “new normal”. Dulu harga minyak normal $80, malah $100, tapi thanks to Obama punya “shale oil revolution”, melambak minyak sedunia, US pun potong Saudi jadi pengeluar minyak terbesar. Malah Trump dah kata US akan release dia punya “strategic petroleum reserve” (simpanan minyak untuk menghindari kesan supply shock) ke dalam pasaran untuk menstabilkan harga.

Cuma orang musykil, takkanlah Saudi cap ayam sangat, beli berbilion-bilion senjata dari US dan Eropah tapi sistem pertahanan udara tak dapat mengesan drone? Jadi ada orang suspek ni satu sandiwara untuk justify tindakan US-Saudi seterusnya (mengisytiharkan perang terhadap Iran). Tapi teori ni bercanggah dengan pengakuan Houthi.

Jadi andaian yang lebih logik ialah: betul, ia memang serangan Houthi dengan kerjasama Iran. Pertahanan udara Saudi memang cap ayam, lagi-lagi yang disasarkan bukan infrastruktur ketenteraan, jadi cuai. Penafian Iran konsisten dengan pendiriannya selama ni (tak beri sokongan terbuka kepada Houthi).

US pulak macam mana? Baru-baru ni Bolton kena pecat, orang expect Trump dan Pompeo (menteri luar) akan jadi lebih lembut. Sebenarnya tak. Pendekatan “maximal preasure” Trump terhadap Iran tetap diteruskan. Dan serangan Houthi kali ni memberi peluang kepada Trump untuk gertak Iran dengan ayat Tweet berbunyi “locked and loaded”.

Tapi perang full-fledged antara US dan Iran tak akan berlaku, not now. Paling-paling pun Trump akan lancarkan serangan udara bersasar one-time macam dia pernah buat kat Syria pada tahun 2017 dan 2018. Berperang dengan Iran adalah idea yang extremely unpopular di US dan tak akan membantu populariti Trump untuk PRU 2020.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.