Harapan Yahudi Di Sebalik Lagu Hatikva

1,141

Yahudi ataupun dalam bahasa asalnya, Yehudim (יְהוּדִים) merupakan kumpulan agama-bangsa yang berasal daripada Bani Israel dan Ibrani. Hatikva (הַתִּקְוָה) adalah lagu kebangsaan “negara” Israel. Artikel ini membincangkan tentang lagu kebangsaan “negara” yang diisytiharkan merdeka pada hari Jumaat yang bertarikh 14 Mei 1948 serta diiktiraf oleh 149 daripada 195 buah negara di seluruh dunia.

“Hatikva” secara harfiahnya bermaksud “Harapan” ataupun “The Hope” dalam bahasa Inggeris. Senikata lagu kebangsaan “negara” itu diilhamkan daripada sebuah syair yang bernama “Tikvatenu (תקוותנו)”. Tikvatenu yang bermaksud “Harapan Kami” itu telah dikarang pada tahun 1878 oleh Naftali Herz Imber (1856-1908) iaitu seorang penyair kelahiran Złoczów, Galicia sebelum berada di bawah kekuasaan Empayar Austria-Hungary (1867-1918). Dua daripada sepuluh rangkap syair tersebut telah diambil dan diubahsuai untuk dijadikan sebagai senikata Hatikva.

Senikata yang terdapat dalam Hatikva adalah “Kol ‘od balevav penimah”. Terjemahan senikata tersebut adalah “Selagi di dalam hati dalaman”. Pada pendapat penulis, senikata tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang isi hati yang sentiasa terpahat dalam pemikiran seseorang. Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), senikata tersebut sepatutnya berbunyi [kol od balevav penima].

Selain itu, “Nefesh Yehudi homiyah” adalah merupakan senikata yang terdapat dalam Hatikva. Terjemahan senikata tersebut adalah “Jiwa Yahudi Rindu”. Pada pendapat penulis, senikata tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang perasaan dalam kalangan kumpulan agama-bangsa itu. Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), senikata tersebut sepatutnya berbunyi [nefeʃ jehudi homija].

Di samping itu, “Ulfa’ate mizrach kadimah” adalah merupakan senikata yang terdapat dalam Hatikva. Terjemahan senikata tersebut adalah “Dan seterusnya, ke arah hujung timur”. Pada pendapat penulis, senikata tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang kemahuan memiliki tempat yang terletak di sekitar kawasan terbitnya matahari. Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), senikata tersebut sepatutnya berbunyi [ulfaʔate mizʁaχ kadima]

Kemudian, “‘Ayin leTziyon tzofiyah” adalah merupakan senikata yang terdapat dalam Hatikva. Terjemahan senikata tersebut adalah “Mata masih menatap ke arah Zion”. Pada pendapat penulis, senikata tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang kemahuan memiliki Zion iaitu nama sebuah bukit yang terletak di Baitulmuqaddis. Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), senikata tersebut sepatutnya berbunyi [ajin let͡sijon t͡sofija].

“‘Od lo avdah tikvatenu” adalah merupakan senikata yang terdapat dalam Hatikva. Terjemahan senikata tersebut adalah “Harapan Kami Belum Lagi Hilang”. Pada pendapat penulis, senikata tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang sikap mereka yang tidak berputus asa dalam mendapatkan sesuatu. Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), senikata tersebut sepatutnya berbunyi [od lo avda tikvatenu].

“Hatikvah bat shnot ’alpayim” adalah merupakan senikata yang terdapat dalam Hatikva. Terjemahan senikata tersebut adalah “Harapan Berusia Dua Ribu Tahun”. Pada pendapat penulis, senikata tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang impian mereka yang tersimpan dalam masa yang teramat panjang. Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), senikata tersebut sepatutnya berbunyi [hatikva bat ʃnot alpajim].

Kemudian, “Lihyot ‘am chofshi be’artzenu” adalah merupakan senikata yang terdapat dalam Hatikva. Terjemahan senikata tersebut adalah “Untuk menjadi negara yang bebas di tanah kita”. Pada pendapat penulis, senikata tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang keinginan dalam memiliki sesuatu tempat lalu membebaskannya menjadi kepunyaan mereka. Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), senikata tersebut sepatutnya berbunyi [lihjot am χofʃi beʔaʁt͡senu].

Akhir sekali, “’Eretz-Tziyon virushalayim” adalah merupakan senikata yang terdapat dalam Hatikva. Terjemahan senikata tersebut adalah “Tanah Zion dan Jerusalem”. Pada pendapat penulis, senikata tersebut secara kasarnya mengisahkan tentang pemilikan tempat yang dimaksudkan dalam senikata terdahulu iaitu Zion dan Jerusalem. Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), senikata tersebut sepatutnya berbunyi [eʁet͡s t͡sijon viʁuʃalajim].

Kesimpulannya, itu adalah Harapan Yahudi di sebalik Hatikva. Zion dan Jerusalem disebut dalam lagu kebangsaan berkenaan kerana Zion merupakan kubu pertahanan yang telah ditawan oleh Nabi Daud AS manakala Jerusalem merupakan tempat suci mereka. Untuk pengetahuan semua, Sarit Hadad dengan Shiri Maimon adalah antara penyanyi yang telah menyanyikan lagu tersebut dengan caranya yang tersendiri.

RUJUKAN:

Teapacks – HaTikva (ft. Sarit Hadad). Retrieved September 7, 2019 from https://www.youtube.com/watch?v=qFs2ecvwmt8

Shiri Maimon ‘Hativa’. Retrieved September 7, 2019 from https://www.youtube.com/watch?v=ian_NCV4aCM

David Becomes King Over Israel. Retrieved September 7, 2019 from https://www.biblegateway.com/passage/?search=2+Samuel+5-7&version=NIV

The History of Hatikva and Its Author. Retrieved September 7, 2019 from https://thetorah.com/tikvatenu-the-poem-that-inspired-israels-national-anthem-hatikva/

How many Countries are there in the World?. Retrieved September 7, 2019 from https://www.worldometers.info/geography/how-many-countries-are-there-in-the-world/

Israel International Relations: International Recognition of Israel. Retrieved September 7, 2019 from https://www.jewishvirtuallibrary.org/international-recognition-of-israel

Hatikvah, the National Anthem of Israel. Retrieved September 7, 2019 from https://www.myjewishlearning.com/article/national-anthem-of-israel/

Hebrew (People). Retrieved September 7. 2019 from https://www.britannica.com/topic/Hebrew

Jewish Survival: The Identity Problem at the Close of the Twentieth Century. Retrieved Septrember 7, 2019 from https://books.google.com.my/books?id=dnxv-Mlz0JIC&pg=PA90&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false

International Relations: A Concise Introduction.. Retrieved September 7, 2019 from https://books.google.com.my/books?id=HvI8DAAAQBAJ&pg=PA19&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.