Hantu “The Man Who Sold The World”

1
8324
views

Anda yang berumur lingkungan 20an-30an pastinya biasa mendengar lagu The Man Who Sold The World nyanyian Nirvana semasa program televisyen MTV Unplugged pada tahun 1993. Semasa penulis masih di bangku sekolah menengah, ramai rakan-rakan penulis yang mengalunkan lagu ini dari tembok di tepi padang sehinggalah ke studio jamming. Namun tidak ramai yang mengetahui asal-usul gubahannya serta maksud tersirat pada setiap bait-bait liriknya.

Lagu ini asalnya dicipta dan dirakam oleh David Bowie di Trident and Advision Studios, London sekitar 18 April – 22 Mei 1970 bergenre psychedelic rock/folk rock. Dengan durasi selama 3 minit 55 saat, lagu ini dikeluarkan oleh syarikat rakaman Mercury Records. Ia juga dipopularkan oleh beberapa artis lain seperti Lulu (1974), Midge Ugre (1982) dan Richard Barone (1987).

Jika kita menghayati setiap bait liriknya, persona di dalam lagu ini mengalami sindrom ‘doppelganger’. Doppelganger (double-goer:Inggeris) merupakan perkataan Jerman mendefinisikan seorang individu yang membawa karakter atau perlakuan orang lain di dalam tubuh badan yang sama. Ia juga dikaitkan dengan fenomena paranormal dan juga mengenali doppelganger itu sebagai ‘kembar yang jahat’.

Di dalam perenggan pertama lirik lagu ini, David Bowie terinspirasi dengan puisi “Antigonish”, mengenai entiti yang merayau di sebuah rumah berhantu.

Yesterday, upon the stair,
I met a man who wasn’t there.
He wasn’t there again today,
I wish, I wish he’d go away…

Mengikut konteks lagu ini, ia menceritakan Bowie berbicara dengan ‘counterpart’ dalamannya yang mana dia fikirkan telah lama hilang. Dalam baris ini, Bowie terkejut apabila dapat bercakap dengan ‘counterpart’ dirinya (secara metaforikalnya telah lama mati) dan ketakutan apabila melihat ia ingin kembali menjadi sebahagian daripada dirinya. Anda boleh dapati ayat puisi di atas hampir sama dengan liriknya seperti di bawah.

We passed upon the stair, we spoke of was and when
Although I wasn’t there, he said I was his friend
Which came as some surprise I spoke into his eyes
I thought you died alone, a long-long time ago”

Di dalam perenggan kedua, protagonis menjelaskan kepada mantan dirinya bahawa mereka masih mengingati siapa mereka sebenarnya. Tetapi dia berpura-pura tidak mendengar segala yang diperkatakan oleh lelaki itu dan apabila lelaki itu berkata “you’re face to face with the man who sold the world” dia ketawa tetapi jauh di sudut hatinya mula ketakutan lalu bersalam dan meninggalkannya.

Oh no, not me
I never lost control 
You’re face to face
With The Man Who Sold The World”

Selepas mengabaikan dirinya yang lama itu dia meneruskan perjalanan dan kehidupannya sebagai dirinya yang baru, kemudian menyedari yang dia telah kehilangan sesuatu di dalam perjalanan tersebut. Dia mendapati sesuatu yang hilang tersebut merupakan dirinya yang lama. Bagaimanapun, refleksi diri ini telah memberikannya pengertian dan membuatkan dia menyedari bahawa semua orang melalui perjalanan yang sama dan mencari sebahagian diri mereka yang telah hilang.

I laughed and shook his hand, and made my way back home
I searched for form and land, for years and years I roamed
I gazed a gazely stare at all the millions here
We must have died alone, a long long time ago”

Di dalam baris ini, telah berubah daripada “I never lost control” kepada “We never lost control”, membayangkan bahawa protagonis dan “The man who sold the world” merupakan individu yang sama.

Who knows? Not me
We never lost control
You’re face to face
With the Man who Sold the World

Oleh kerana lagu ini tidak mempunyai muzik video yang rasmi bagi memperincikan dengan lebih jelas jalan ceritanya, maka penulis sertakan gambar ‘Snake’ aka ‘Big Boss’, karakter utama daripada game Metal Gear Solid V: The, Phantom Pain. Lagu ini yang dirakamkan semula oleh Midge Ugre telah dijadikan salah satu soundtrack bagi menceritakan tentang perjalanan karakter utama di dalam game tersebut.

Comments

comments

1 COMMENT

  1. Lagu ini juga mempunyai maksud yang tersirat dalam kehidupan Kurt Cobain. Beliau sering berhalusinasi. Perkataan Boddah yang ditulis oleh Kurt sebelum beliau mati juga mungkin merujuk kepada rakan halusinansinya itu. That why Kurt cover lagu ni. Just my 2 cents. 🙂

    Allahualam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here