Hantu Jepun Dan Hantu Melayu

202

Selain Jepun, aku rasa bangsa yang paling “sophisticated” dari segi cerita-cerita hantu ialah bangsa Melayu.

Dalam budaya Jepun ada macam-macam cerita hantu atau cerita mistik (怪談, “kaidan”) tentang makhluk halus seperti “yokai”, “yurei” dan “kappa”. Macam-macam jenis hantu diorang ada, dan punyalah detail peranan setiap hantu ni.

Ada “tenjo-name” (hantu penjilat papan siling), “himamushi-nyudo” (hantu penjilat minyak yang curi minyak lampu waktu malam), “nurikabe” (hantu dinding yang menhalang jalan orang), “tōfu-kozō” (hantu berupa budak kecil yang jual tofu… what?). Then ada beberapa jenis hantu yang mirip dengan hantu Melayu seperti “nukekubi” (penanggal).

Dalam budaya Melayu pula, ada hantu air, hantu raya, hantu kopek, toyol, pontianak, langsuir, penanggal, pocong, polong, pelesit, jembalang, jerangkung, puaka. Macam-macam. Sila tambah kalau ada yang tertinggal.

Selain hantu ada penunggu, semangat, orang bunian dan jin. Apa bezanya? Hah, bacalah buku Naim Tamdjis ini untuk keterangan lanjut.

Orang biasa akan memandang benda-benda macam ini sekadar cerita karut. Tapi orang putih minat dengan benda-benda macam ini. Dekat universiti diorang siap ada jabatan yang kaji cerita-cerita mistik, atau mereka panggil sebagai “Folklore and Mythology”.

Apabila orang Eropah tiba di Nusantara, diorang bukan saja mengkaji bahasa, agama, adat, politik, ekonomi orang Melayu malah diorang kaji sekali mitologi orang Melayu. Antara pengkaji mitologi Melayu yang terkenal ialah R.O. Winstedt yang akan dikupas dalam buku ini.

Buku Mistik Alam Melayu ini diterbitkan untuk memberi pengantar kepada mitologi Melayu, dalam bentuk genre “ilmiah pop”. Selain hantu, buku ini juga akan cerita secara mendalam tentang mitos dan lagenda seperti badang, Puteri Gunung Ledang, Naga Tasik Cini dan juga mitos peribumi lain macam penghuni Gunung Kinabalu.

Jadi, semua benda boleh ada nilai ilmiahnya. Tak semestinya kena cerita benda top-top pembangunan negara politik ekonomi baru boleh ilmiah; kaji hantu pun boleh jadi ilmiah. Dan benda-benda ini ialah khazanah bangsa yang kita patut jaga dan pelihara. Bila orang kita sendiri tak minat nak kaji benda macam ni, orang luar yang akan menguasai ilmu ini.

Berminat nak dapatkan buku terbaru kami MISTIK ALAM MELAYU? Buat pembelian di pautan di bawah. 

http://bit.ly/mistikalammelayu <- Klik untuk pembelian
http://bit.ly/mistikalammelayu <- Klik untuk pembelian
http://bit.ly/mistikalammelayu <– klik untuk pembelian.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.