Hantu Holyrood: Kisah Berhantu Istana Singgah Ratu British

1,188

Bagi yang pernah berkunjung ke Edinburgh, Scotland, pasti sudah biasa dengan Istana Holyrood. Istana ini merupakan residen monarki British di Scotland untuk Queen Elizzabeth II. Dari luar, ia kelihatan indah dan penuh dengan prestij bersejarah berikutan kaitannya dengan keluarga diraja Britain. Tetapi tahukah anda, ia merupakan antara tempat paling berhantu di United Kingdom?

Berdasarkan kajian pakar arkeologi, mereka berpandangan sudah wujud petempatan di atas tapak istana ini sekitar 850 Masihi sebelum sebuah istana didirikan oleh Raja David I dari Scotland pada abad ke-12. Istana tersebut kemudiannya dibesarkan pada abad ke-14 bagi membolehkan ia sesuai dengan status raja dan permaisuri England dan Scotland.

Kemudian istana tersebut ditukar peranannya sebagai berek t3ntera pada abad ke-17. Dengan sejarah sebegini, tidak hairanlah ia melihat pelbagai peristiwa berd4r4h sama ada kem4tian, pembvnvhan atau tragedi yang berlaku pada setiap abad. Dan menariknya, terdapat banyak kisah hantu menyeramkan membabitkan Holyrood.

  • Banduan Najis

Jika anda berkesempatan ke Holyrood, pasti anda akan merasa kecut perut melihat ruang p3njara bawah tanah istana berkenaan. Ruang ini didakwa dihantui oleh roh-roh bekas b4nduan yang pernah dip3njarakan atau m4ti semasa dalam tahanan. Jadi bagi kumpulan-kumpulan penyiasat paranormal, tak sah jika mereka melihat kelibat bola berwarna atau kabus pelik dalam gambar-gambar mereka.

Satu kisah menyedihkan dalam ruang ini ialah kisah seorang b4nduan yang cuba melepaskan diri dari tahanan dengan memasuki kereta sorong membawa tong-tong tahi. Sangkanya, kereta sorong itu akan dibawa keluar dari istana dan menuju ke tempat lain.

Malangnya, pekerja-pekerja istana mengosongkan tong bukan di tempat lain tetapi dengan menuangkan seluruh kandungannya ke dalam gaung mengakibatkan b4nduan tersebut m4ti. Sejak itu, pelawat Holyrood mendakwa merasakan mereka cuba ditolak sesuatu untuk jatuh ke dalam gaung dan tercium bau busuk tahi walaupun ianya tidak kelihatan.

  • Budak peniup beg paip

Beberapa abad lalu, pekerja-pekerja istana menemui pelbagai terowong yang menuju ke arah Holyrood dari Royal Mile yang terletak di bawah. Mereka merasa ingin tahu ke mana arah terowong ini tetapi malangnya, ia hanya boleh dimasuki oleh individu bersaiz kanak-kanak.

Lalu, seorang budak dipanggil dan dihantar masuk ke terowong. Sambil dia memasuki terowong, dia diarah meniup beg paipnya semasa berjalan. Justeru, muzik yang dimainkan itu digunakan mereka bukan saja untuk mengesan budak berkenaan tetapi mengukur panjang terowong dan ke mana terowong tersebut berakhir.

Malangnya, mereka tidak lagi mendengar bunyi beg paip di satu kawasan berhampiran Tron Kirk, sebuah gereja yang menjadi mercu tanda Royal Mile. Satu usaha mencari dan menyelamat dilancarkan tetapi tidak berhasil kerana kanak-kanak tersebut seolah-olah ghaib dari pandangan.

Jadi, jika anda berada di situ pada waktu tengah malam dan terdengar bunyi halus beg paip, maka anda tahu siapa yang bermain…

  • Budak pemain dram tanpa kepala

Kisah ini diketahui penduduk Edinburgh sejak abad ke-17 lagi atau lebih tepat 1650. Menurut cerita penduduk tempatan, hantu budak bermain dram tanpa kepala ini dikesan bersiar-siar sekitar tembok istana dan bermain irama dram yang menyeramkan sesiapa yang mendengarnya.

Tetapi ramai melihat hantu ini seolah-olah berperanan sebagai amaran bahawa istana berada dalam bahaya. Dan menariknya, hantu ini muncul tidak lama sebelum s3rangan pasukan pro-Oliver Cromwell ke atas Edinburgh pada tahun 1650.

Tiada siapa pun tahu identiti budak pemain dram tersebut. Melihat kepada penampilannya, ramai beranggapan kanak-kanak tersebut dihukum p4ncung tetapi tiada rekod sejarah yang mengesahkan perkara tersebut.

  • Janet Douglas

Janet Douglas ialah kisah tragis seorang wanita yang menjadi mangsa fitnah Raja James V yang ingin membalas d3ndam terhadap ayahanda tirinya, George Douglas. Douglas berbuat demikian dengan mengahwini bonda baginda, Margaret Tudor sekaligus membolehkannya mengawal negara sambil mengenepikan James V yang dianggap terlalu mentah.

Selepas Douglas dan abang Janet melarikan diri dari Scotland, beliau dipanggil menghadap ke istana dan dituduh berhubung dengan abangnya yang kini dalam buangan. Tetapi beliau enggan berbuat demikian lalu sebagai tindak balas, James V mengarahkan pihak t3ntera mengepung dan menawan Istana Glamis yang dihuninya.

Janet kemudian dibawa ke Edinburgh dan di hadapan raja, dituduh mengamalkan sihir dan cuba membvnvh baginda melalui r4cun. Beliau enggan melayan tuduhan tersebut dan hanya mengaku bagi meringankan beban derita rakan-rakan dan orang-orang suruhannya selepas mereka dis3ksa oleh orang-orang James V.

Pada 17 Julai 1537, Janet dibakar sampai m4ti di ruang espland istana sambil anaknya yang berusia 16 tahun dipaksa melihat upacara hukuman yang dijalankan. Sejak itu, hantunya yang dikenali sebagai Grey Lady mula muncul di istana. Selain Holyrood, hantu Janet dikatakan menghantui istana lamanya di Glamis.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Jika anda berkunjung ke istana dan mendengar bunyi kayu diketuk, itu sebenarnya bunyi pekerja-pekerja membina platform hukuman untuk Janet. Hantunya juga dilihat berkeliaran di istana dalam keadaan sedang menangis. Apa yang berlaku ke atasnya merupakan sekelumit daripada kisah kejam pemburuan ahli sihir di Scotland dengan kebanyakan mangsanya ialah wanita.

  • David Rizzio

Bagi yang melihat satu ruang berdarah di Istana Holyrood, di sinilah tempat setiausaha sulit Mary, David Rizzio dibvnvh oleh suaminya James Hepburn, 4th Earl of Bothwell pada tahun 1566. Perbuatan kejam itu berlaku berikutan Hepburn merasa cemburu dengan hubungan rapat Rizzio dengan isterinya itu.

Walaupun Mary membantah keras tindakan suaminya itu, Hepburn yang menggila men1kam Rizzio sebanyak 56 kali dan melempar m4yat ke ruang bawah tangga. Ramai mengesyaki salah satu hantu yang menghantui istana tersebut ialah setiausaha sulit baginda.

  • Agnes Sampson

Tidak diketahui identiti sebenar wanita ini tetapi seperti Janet, dia juga merupakan mangsa fitnah bahawa dia seorang ahli sihir. Orang yang menuduhnya tidak lain tidak bukan Gillis Duncan, seorang tokoh yang pernah memfitnah beberapa wanita lain sebagai ahli sihir.

Sampson ditahan pihak berkuasa pada tahun 1590 dan dibawa ke Holyrood untuk disoal siasat. Semasa dalam tahanan, bukan sekali dia dis3ksa pihak berkuasa agar dia mengakui tuduhan yang dikenakan. Selepas teruk mengalami s3ksaan semasa berada dalam tahanan, akhirnya Sampson mengakui semua tuduhan yang dikenakan.

Tetapi bagi pihak berkuasa terutama Raja Scotland ketika itu, James VI tahu wanita tersebut sebenarnya tidak bersalah. Namun, pengakuan tersebut diterima dan semasa Sampson dihukum bvnvh pada 28 Januari 1591, dia bersumpah akan membalas d3ndam sehingga nafas terakhirnya.

Sejak itu, hantunya yang turut dikenali sebagai Bald Agnes menghantui istana berkenaan.

  • Permaisuri Mary

Ramai mengesyaki salah satu hantu yang menghantui Holyrood ialah Mary. Tetapi ini bukan satu-satunya tempat yang dihantui oleh baginda. Selain Holyrood, Mary menghantui Istana Fotheringhay di Northamptonshire kerana inilah kediaman terakhirnya selama 20 tahun sebelum baginda dihukum m4ti oleh sepupunya sendiri, Ratu Elizabeth I.

Fotheringhay dikatakan dihantui baginda kerana di sinilah upacara hukuman dijalankan. Mengikut cerita penduduk tempatan, pertanda yang menjalankan hukuman mengangkat kepalanya sebagai bukti kem4tian Mary. Malangnya semasa mengangkat kepala baginda, kepalanya bergolek jatuh ke tanah sekaligus mendedahkan baginda memakai rambut palsu semasa upacara dijalankan.

Jadi, jika anda ke Holyrood, mana satu hantu Mary yang anda lihat? Hantu yang membawa kepalanya atau hantu yang menangis kerana kehilangan rakan baiknya yang dibvnvh oleh Hepburn?

Jika anda tetap hendak melawat Holyrood selepas mendengar cerita ini, maka anda perlu mematuhi arahan Dana Koleksi Diraja yang menguruskan hartanah milik keluarga diraja British ini.

Berikutan pandemik Covid-19, pihak dana menutup ruang istana di mana penjarakan sosial sukar dibuat dan mengehadkan bilangan pengunjung yang akan mengunjungi Holyrood sekiranya diberi kebenaran membuka semula operasi.

RUJUKAN:

Smith, Joe. (2020). Palace of Holyrood is due to reopen – but there are new rules to follow. Edinburgh Live. https://www.edinburghlive.co.uk/news/edinburgh-news/holyroodhouse-palace-open-covid-19-18581523

Minister, Josh. (2019). Four spine-tingling tales of the Edinburgh Castle ghosts that will keep you up at night. Ediburgh Live. https://www.edinburghlive.co.uk/news/edinburgh-news/four-spine-tingling-tales-edinburgh-17188223

Klimczak, Natalia. (2020). Holyrood Palace: Royal Residence and Haunted House. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-europe/dark-history-hangs-over-royal-residence-haunted-halls-holyrood-palace-007463

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.