Hantu-Hantu Tandas Dalam Kebudayaan Seluruh Dunia

851

Pra-tempah hanya di Shopee

Setiap tempat dalam dunia ini mempunyai kisah mitos dan lagenda yang tersendiri. Ini termasuk kepercayaan terhadap dewa-dewi, hantu syaitan dan semangat yang menghantui lokasi tertentu. Tidak terkecuali – Tandas. Terdapat pelbagai jenis makhluk mitos yang dipercayai menjadi penghuni ruang kecil dalam rumah bernama Tandas.

  • Akaname

Akaname ialah makhluk mitos dari Jepun. Bermaksud “penjilat k0toran, makhluk ini ditulis dalam catatan Toriyama Sekien pada tahun 1776. Dikatakan penampilan makhluk ini bertubuh kecil dan berkaki seperti katak. Ia juga mempunyai lidah yang panjang dan beracvn.

Sesuai dengan namanya, makhluk ini akan menyelinap masuk ke dalam tandas pada waktu malam kemudian menjilat kekot0ran yang ada di dalam tandas. Sekiranya tandas ditinggalkan dalam keadaan kot0r dan menjadi bersih pada kemudian hari, dipercayai Akaname telah melakukan kerjanya. Masyarakat juga percaya sekiranya terdengar bunyi bising atau bunyi asing di dalam tandas pada waktu malam, biarkan sahaja kerana Akaname hanya melakukan kerjanya dan tidak mengganggu penghuni rumah.

  • Aka Manto

Aka Manto juga makhluk mitos dari Jepun yang bermaksud “Jubah Merah”. Ia juga dikenali dengan nama Akai-Kami-Aoi-Kami iaitu bermaksud “kertas merah, kertas biru”. Makhluk mitos ini menghantui tandas awam atau tandas sekolah terutamanya tandas perempuan. Makhluk ini juga boleh diseru oleh orang yang menggunakan tandas awam yang paling hujung.

Dikatakan makhluk ini pada asalnya seorang lelaki yang sangat kacak. Dia meningg4l dunia di dalam tandas semasa menyembunyikan diri daripada peminatnya. Selepas kemat1annya, dia kembali menghantui tandas-tandas sekolah dan menjanjikan kemat1an yang brutal kepada sesiapa yang gagal menjawab soalannya.

Makhluk ini akan bertanya pada orang yang dijumpai di dalam tandas satu soalan. Soalan itu berbunyi :

“Kertas merah atau kertas biru? (Akai-Kami-Aoi-Kami)”

Sekiranya menjawab kertas merah, m4ngsa akan diced3rakan sehingga tubuh m4ngsa tenggelam dalam d4rah. Sekiranya menjawab kertas biru, m4ngsa akan dicek1k sehingga membiru dan m4ti. Satu versi jawapan lain ialah kertas kuning, dan m4ngsa akan diselamkan ke dalam mangkuk tandas sehingga m4ti. Kalau m4ngsa memilih warna lain selain dari merah dan biru, lantai akan meretak dan muncul tangan-tangan yang akan menarik m4ngsa ke bawah tanah.

Dikatakan jawapan yang selamat ialah tidak mahu kertas dan makhluk ini akan melepaskan m4ngsanya. Namun, m4ngsa akan terperangkap di dalam tandas kerana tidak menjumpai pintu keluar.

  • Bannik

Makhluk bernama Bannik ini ialah semangat yang menghantui bilik mandian (Banya) dalam kisah mitologi Slavik. Banya merujuk kepada tempat/bilik mandian sauna awam tradisional di Rusia. Ianya dibina dengan menggunakan kayu, mempunyai bilik-bilik kecil dan mempunyai kolam air. Ia juga digunakan sebagai tempat perempuan melahirkan anak.

Dikatakan orang tidak akan menggunakan bilik ketiga dalam Banya kerana dikhaskan untuk Bannik. Makhluk ini juga boleh memanggil hantu dan semangat lain untuk mandi dengannya.

Dilarang menggantung ikon terkait agama di dalam Banya seperti Lukisan atau Potret. Orang yang masuk ke dalam Banya juga dilarang untuk membawa salib. Ini kerana boleh menggangu tetamu Bannik (semangat atau hantu yang dijemput oleh Bannik) dan menyebabkan Bannik mar4h.

Sekiranya berlaku, ada kemungkinan Bannik akan mencurahkan air panas atau mencek1k sehingga m4ti orang tersebut. Bannik juga boleh menyer4ng manusia dengan kukunya yang taj4m.

Tidak digalakkan untuk menggunakan Banya bersendirian kerana takut gangguan Bannik. Bayi yang baru dilahirkan juga boleh diculik oleh Bannik sekiranya tidak berwaspada.

  • Belphegor

Dalam mitologi Kristian, iblis Belphegor digambarkan sebagai iblis berjanggut bertandvk dengan kuku taj4m dan mulut yang selalu terbuka. Namun ia juga boleh menyerupai seorang perempuan yang cantik. Makhluk ini dipecayai sangat malas dan hanya duduk sendirian di dalam tandas dan memakan najis manusia.

Akan tetapi, makhluk ini juga mempunyai tugas untuk menggoda manusia. Ia juga dikatakan membantu manusia dalam rekaan atau penemuan baru yang membolehkan manusia itu kaya atau terkenal.

  • Zi-Gu

Menurut kisah mitologi China, Zi-Gu ialah isteri kepada seorang pekerja istana yang hidup semasa era Dinasti Tang. Dia menjadi m4ngsa kejah4tan seorang pegawai istana. Pegawai itu menaruh perasaan pada Zi-Gu lalu membunvh suami Zi-Gu kemudian menculiknya. Zi-Gu dijadikan gundik.

Atas sebab cemburu, isteri pegawai itu telah membunvh Zi-Gu di dalam sebuah tandas. Roh Zi-Gu yag tidak tenang kemudian menghantui sesiapa yang menggunakan tandas itu. Bunyi ratapan, tangisan dan jeritan kesak1tan akan menakutkan sesiapa yang mendengar.

Untuk mengelakkan daripada terus dihantui oleh semangat Zi-Gu, maharaja menaik taraf panggilan Zi-Gu daripada syaitan kepada dewi tandas (sebagai tanda menghormati semangat Zi-Gu). Semangat Zi-Gu juga dipuja pada Festival Tanglung untuk memastikan tiada gangguan di tandas rumah mereka.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.