Baru-baru ini, pelakon francais filem Harry Potter Emma Watson memuatnaik imej protes pro-Palestin di halaman Instagram miliknya. Gambar protes di mana peserta membawa kain rentang berbunyi “Perpaduan Ialah Satu Perkataan” (Solidarity Is A Verb) turut disertakan dengan kata-kata seorang figura gerakan kewanitaan bernama Sara Ahmed. Begitupun, ia mengundang rasa kurang senang rejim Israel sehingga melabel pelakon filem The Circle itu sebagai anti-Semitik.

Rajah 1: Tangkap skrin hantaran Instagram Emma Watson yang pro-Palestin.

Sebaik saja disiarkan di Instagram, ia mendapat reaksi positif aktivis dan penyokong pro-Palestin. Bagaimanapun, pihak rejim menyifatkan hantaran Watson itu bersifat menghina agama Yahudi.

Antara figura yang mengecam keras pelakon filem Beauty and the Beast itu ialah Danny Danon, bekas duta rejim ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Dalam ciapannya di Twitter, beliau secara sinis memberi 10 markah kepada Gryffindor (rumah yang diwakili watak Watson dalam siri Harry Potter) kerana bersikap anti-Semitik. Selain merupakan duta Israel ke PBB, Danon juga pernah berkhidmat sebagai menteri sains dalam kabinet bekas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Rajah 2: Ciapan Danny Danon yang bersifat kebudak-budakan susulan hantaran Instagram pro-Palestin Emma Watson mendapat reaksi positif pengguna laman media sosial.

Pengganti Danon, Gilad Erdan turut berkongsi nada sama di Twitter. Beliau melabel siri Harry Potter sebagai siri fiksyen yang tidak berpijak di bumi nyata. Sekiranya magis wujud sekalipun, beliau hanya berharap ia digunakan untuk menghapuskan Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) bagi menjamin keamanan serantau.

Tetapi selepas mereka memuatnaik komen masing-masing, komen kedua-dua individu ini dikecam keras ramai pihak. Bagi pengacara dan wartawan Mehdi Hassan, beliau menganggap kenyataan Danon dan Erdan sebagai satu parodi yang melucukan.

Sementara pengarah eksekutif bersama Indivisible Project Leah Greenberg menyifatkan penggunaan label anti-Semitic terhadap mesej Watson sebagai dangkal, tidak bertanggungjawab dan cuba menutup suara-suara yang menyokong isu Palestin. Manakala Baroness Sayeeda Warsi menggelar kenyataan-kenyataan ini sebagai cuba menyekat suara pro-Palestin dari dibangkitkan. Baginya, ia sesuatu yang memalukan dan patut dihentikan.

Watson bukan asing dalam dunia aktivis. Disebabkan kelantangannya bersuara dalam memperjuangkan hak wanita, beliau pernah dilantik sebagai duta muhibah wanita PBB pada 2014 dan ahli badan penasihat G7 untuk hak asasi wanita pada 2019. Malah, semasa persidangan Cop26 (persidangan perubahan iklim PBB) pada November lepas, Watson turut membenarkan akaun Instagramnya digunakan untuk mempromosi kandungan yang memberi kesedaran berkenaan perubahan iklim.

Imej protes yang dimuatnaik beliau ialah imej protes yang dianjurkan oleh Bad Activist Collective sebagai tindak balas kepada aktiviti keganasan rejim di Semenanjung Gaza pada Syawal tahun lepas. Apabila rejim memperhebatkan serangan, ia dibantah sekeras-kerasnya oleh ramai pihak termasuk figura terkenal dunia hiburan. Antara yang menyertai protes pro-Palestin ketika itu ialah model terkenal Bella Hadid dan pelakon berkaliber Susan Sarandon.

RUJUKAN

Khomami, N. (2022, 4 Januari). Emma Watson pro-Palestinian post sparks antisemitism row. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply