Haniwa (埴 轮) Adalah patung tanah liat Terracotta versi Jepun yang telah wujud sekitar Zaman Kofun pada tahun 325 hingga 635 Masihi. Haniwa yang diperbuat daripada tanah liat dicipta untuk kegunaan ritual perkebumian dengan ditanam bersama si mati sebagai objek pengebumian.

Haniwa dicipta mengikut teknik wasumi , dimana timbunan tanah liat bergelung telah dibina sehingga membentuk lapisan demi lapisan . Semasa zaman Kofun, golongan masyarakatnya terdiri daripada bangsawan yang mentadbir negara dengan sistem ketenteraan.

Pasukan tentera berkuda lengkap dengan perisai besi, pedang dan senjata lain. Mereka menggunakan kaedah ketenteraan yang canggih seperti orang-orang Timur Laut Asia.

Kemasyuran dan kekuatan tentera berkuda tersebut diabadikan dalam bentuk patung Haniwa untuk menjaga kawasan perkuburan. Selain daripada bentuk Tentera berkuda, Haniwa juga boleh dilihat dalam pelbagai bentuk lain seperti kuda, ayam , burung, ikan, rumah-rumah , senjata, perisai , bantal, manusia lelaki dan perempuan.

Pada zaman tersebut mereka beranggapan bahawa Haniwa akan melindungi si mati di alam kematian. Haniwa yang ditemui kelihatan seperti barisan tentera tembok penahan seakan melindungi bukit perkuburan ” Kofun”.

Haniwa yang terawal dijumpai sekitar lewat zaman Yayoi (zaman besi) 320 masihi semasa Dinasti Kibi . Kebanyakan patung Haniwa terawal ditemui didalam makam pemimpin atau golongan Di raja. Patung-patung ini dianggap telah digunakan sebagai sebahagian daripada upacara pengebumian pemimpin berpengaruh.

Selain daripada kawasan kerajaan Kibi , Haniwa turut dijumpai disekitar wilayah Izumo itu. Pada asalnya, Haniwa dijumpai ditanam bersama didalam makam namun berlaku perubahan kedudukan Haniwa, ia dilihat diletakan di atas kawasan kubur dan di luar kawasan kubur.

Penyelidik beranggap bahawa mereka mengunakan sebagai Haniwa sebagai penanda sempadan untuk menandakan sempadan makam itu. Terdapat teori bahawa jiwa orang yang mati akan tinggal di dalam patung Haniwa selepas mati. Selain itu juga, terdapat Haniwa yang dilengkapi dengan senjata dan perisai. Perisai dan senjata disertakan bersama Haniwa bertujuan memandu roh jahat dan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply