Hamba Paling Berjaya Dalam Sejarah India

0
2304
views

Malik kafur Hazardinari ” Chand Ram ” 1000 Dinar Malik (Dinasti Khilji)

Beliau hidup ketika pada zaman Dinasti Khilji (dinasti Islam asal keturunan turki) pada tahun 1310an iaitu pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Khilji, seorang Sultan terkenal yang menakluk separuh negara India serta mengusir bangsa Mongol dari India dengan angkatan perang gajah.

Tidak banyak diketahui tentang kisah masa lalu Malik Kafur sebelum beliau diangkat oleh Sultan Alauddin Khilji kecuali beliau merupakan orang Gujarat yang ditawan oleh Sultan Alauddin Khilji sewaktu menakluk Khambhat ketika kempen penaklukan India utara pada tahun 1297.

Kisahnya bermula apabila Sultan Alauddin Khilji sangat terpesona dengan ketampanan Chand Ram (nama asal Malik Kafur) dan dengan segera Sultan Alauddin Khilji Mengebirikan Chand Ram, menjadikannya seorang Nam / Kasim (Hamba) peribadi di Istana seterusnya mengislamkan Chand Ram dan menukar nama ke Malik Kafur.

Selama penaklukan Sultan Alauddin Khilji di Gujarat, panglimanya telah membawa barang rampasan yang sangat besar dari sana termasuk seorang tawanan iaitu permaisuri Raja Karan, Kamla Devi (Kemala Dewi jika dimelayukan) dan hamba tampan Malik Kafur serta merta Sultan Aluddin Khilji jatuh cinta dengan kedua-duanya. Sultan Alauddin Khilji mengislamkan Kamala Devi dan menikahinya, dan menjadikan Malik Kafur sebagai hamba pilihan melantik menjadi Malik Naib (jawatan tertinggi bagi golongan hamba) dan seterusnya dilantik menjadi Panglima tentera yang paling senior, walaupun ini bakal menimbulkan hasad dengki pegawai-pegawai lain yang bukan berketurunan hamba.

Walaupun pada awalnya pelantikan Malik Kafur sebagai panglima diragukan oleh pelbagai pihak, namun Malik Kafur segera membuktikan dirinya sebagai seorang panglima yang hebat, meneruskan tradisi dalam pemerintahan Khilji mempunyai panglima-panglima hebat seperti Zafar Khan dan Ghazi Malik(Zafar Khan merupakan panglima yang pertama kali berjaya mengusir Mongol).

Dua panglima yang memegang peranan penting dalam strategi politik ketenteraan (Blood and Iron), dimana beliau menaklukan sekitar kawasan perbatasan barat laut sampai di utara India yang pada saat itu didiami oleh ramai Raja-raja Hindu dan Islam yang merdeka, ditakluk satu-persatu, proses pengislaman bagi yang beragama hindu ataupun bagi wilayah yang islam dipaksa tunduk pada hegemoni Dinasti Khilji, hal ini dilakukan untuk mempersiapkan ” zon penampan ” dari serangan Mongol.

Dengan strategi (Blood and Iron) iaitu banyak daerah-daerah kecil dari utara India ini akan memberikan penentangan hebat bagi bangsa Mongol dan menjadi batu penampan bagi penakluk Mongol sebelum mereka bertembung dengan angkatan perang Sultan Alauddin Khilji, dari sinilah Zafar khan mendapat reputasi sebagai seorang panglima yang tidak pernah kalah dalam penaklukan di utara India mahupun penaklukan Mongol kemudiannya.

Strategi ini berhasil menghalang penaklukan pertama Mongol digagalkan oleh serangkaian rancangan besar ini sehingga akhirnya Mongol dihancurkan pada tahap akhir oleh Angkatan perang utama Sultan Alauddin Khilji yang dipimpin oleh panglima Zafar khan setelah sebelumnya dihalang oleh kerajaan-kerajaan kecil yang dikuasai oleh Sultan Alauddin Khilji di perbatasan India Utara dan barat.

Sebenarnya Malik Kafur ini adalah salah satu hasil dari strategi (Blood and Iron) tersebut didapatkan Sultan Alauddin Khilji merupakan penakluk kota Khambhat yang terkenal salah satu dari bahagian rangkaian penaklukan untuk menghadapi serangan Mongol tersebut.Malik Kafur segera dilantik menjadi ketua panglima perang menggantikan Zafar Khan yang telah wafat lalu melanjutkan kempen keteraan Zafar khan dalam penaklukan beberapa buah daerah di India.

Pada Pertempuran Amroha, Malik Kafur (salah satu hamba peribadinya) iaitu Malik Ghiyas-ud-Din Tughlug memimpin angkatan perang ke daerah Amroha. Dengan kekuatan kesultanan delhi menawan angkatan perang Mongol dalam perjalanan pulang dan menyebabkan kekalahan teruk bagi pihak Mongol. Kedua-dua panglima Mongol ditawan, bersama dengan 8.000 orang tentera Mongol. Dua panglima Mongol dibawa kembali ke Delhi, di mana mereka dihukum oleh dengan hukuman dipijak sampai mati oleh gajah dalam sepanjang tembok kota-kota di Delhi.

Antara Kempen Peperangan Malik Kafur :-

1. Pada tahun 1305 mengalahkan tentera Mongol pada serangan kedua dalam perang Amroha dan Ravi.

2. Pada tahun 1307 hingga 1309 menakluk Kerajaan Devagiri dan Yadava (Yadawa).

3. Pada tahun 1309 hingga 1312 menakluk Malabar, Kerajaan Vira Pandyan dan Madurai.

4. Menghancurkan Kuil Hoysala dan menjarah Kerajaan Vira Pandyan.

Pada akhir kempen ketenteranya, Malik Kafur membawa pulang harta rampasan perang bernilai 241 ton emas, 20.000 kuda dan 612 gajah sarat dengan harta lainnya seperti berlian, batu permata.Inilah Indikator kejayaan kempen ketenteraan Malik Kafur sehingga beliau digelar Hazrat Dinari Malik (1000 Dinar Malik).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.