Hakikat Sebuah Kejahilan

0
3473
views

Ketika pertandingan Ratu Cantik (Miss Universe) pada tahun 2000, Ratu dari Uruguay, Katja Thomsen Grien pernah tanya,

“Kalau kejahilan adalah kebahagiaan, kenapa kita cari pengetahuan?”

Ingat tak pepatah yang menyebut, “Ignorance is bliss”?

Soalan yang ditimbulkan oleh Grien, atas pepatah itulah.

Kalau kejahilan membahagiakan, kenapa manusia cari pengetahuan untuk memadamkan kejahilan?

Tentu kita memahami maksud kejahilan sebagai istilah bagi kekurangan pengetahuan (lack of knowledge). Orang yang tak tahu. Orang yang tak berilmu. Begitulah makna-makna kejahilan yang mudah difahami.

Sepatutnya, kejahilan bukanlah sebuah kebahagiaan. Yalah, siapa nak jadi jahil dan bodoh?

Tetapi, kadangkala pepatah ‘ignorance is bliss’ juga sering juga digunakan bagi situasi-situasi harian macam, lagi elok kita tak tahu hal orang. Lagi elok kita tak ambil tahu tepi kain orang.

Kadangkala orang gunakan pepetah itu juga untuk benda-benda macam itu. Yalah, rasa bahagia juga tak ambil tahu hal orang. Tak serabut kepala. Kalau tahu macam-macam nanti, kita akan terlibat dengan macam-macam konflik sebab kita tahu informasi tentang orang lain.

Dalam ‘Agnotology: The Making & Unmaking of Ignorance‘ karya Robert Proctor dan Londa Schiebinger menjelaskan maksud kejahilan lebih daripada apa yang kita fahami.

Apa yang kita faham tentang kejahilan tidak sempurna dan tidak tepat sepenuhnya. Kejahilan bukannya semata-mata istilah berlawanan bagi pengetahuan. Jahil bukannya semata-mata lawannya tahu.

Kejahilan juga boleh bermaksud pengetahuan yang salah (false knowledge). Dalam keadaan tertentu, kejahilan juga boleh bagi kita keseronokan dan kebahagiaan. Zaman Jahiliyyah digelar ‘jahiliyyah’ kerana pengetahuan palsu tentang agama dan morality. Bukannya orang Arab tak tahu apa-apa langsung walaupun tamadun mereka agak mundur.

Waqaf Saham

Tamadun mereka yang mundur pun bukanlah kerana kejahilan mereka tetapi kerana semangat kepuakan yang sangat tinggi yang membuatkan mereka tidak mempunyai kerajaan pusat.

Kejahilan dapat diperlihatkan dalam beberapa keadaan.

Antaranya adalah kemunculan sains. Kemunculan sains yang dulunya dikenali sebagai falsafah alamiah adalah disebabkan kejahilan manusia mempercayai mitos-mitos untuk menjelaskan fenomena alam.

Manusia rasa tak selesa apabila rasa jahil kerana tak tahu atapun rasa tahu sikit sangat. Kejahilan ini mendorong manusia untuk buat eksperimen, kumpul data dan sebagainya. Kemudian, jadilah ilmu sains yang bertujuan untuk mengurangkan kejahilan itu.

Tetapi perkembangan sains ini masih tak mampu memadamkan kejahilan. Malah, saintis berpegang, semakin banyak pengetahuan, maka semakin banyak kejahilan yang lahir.

Kemudian, kejahilan juga datang dalam hasil pencarian. Maksudnya, manusia tidak dapat tahu semua perkara. Jadi, manusia hanya memilih kejahilan-kejahilan tertentu untuk dikaji.

Kejahilan lain pula akan dibiarkan dan tidak dikaji kerana batas manusia dalam pencarian mereka seperti hal ghaib macam malaikat, syurga dan neraka. Inilah yang Proctor dan Schiebinger sebut sebagai ‘pengetahuan yang hilang’ (lost knowedge).

Tak semua pengetahuan itu bagus dan tak semua kejahilan itu buruk. Pengetahuan senjata biologi dan nuklear adalah pengetahuan yang sangat berbahaya apabila jatuh ke tangan manusia macam Hitler.

Pengetahuan tentang macam mana nak tipu orang dan macam mana nak rompak bank bukanlah pengetahuan yang bagus. Tetapi kadangkala ia memberikan keseronokan dan kepuasan kepada manusia.

Kejahilan dapat melindungi diri kita juga kalau kita jahil tentang rahsia-rahsia kerajaan dan tentera negara yang memungkinkan pihak musuk memberikan ancaman kepada kita kalau kita ada pengetahuan soalnya.

Kejahilan juga dapat  melindungi kita daripada sebarang konflik dan keserabutan kalau kita tak ada pengetahuan tertentu pasal orang lain.

Kejahilan yang paling tinggi adalah kepalsuan. Informasi palsu, ilmu yang palsu, sains palsu, agama palsu, sejarah palsu dan macam-macam lagi kepalsuan.

Kepalsuan didorong oleh rasa tamak dan ego manusia. Kepalsuan dibuat untuk menjaga kepentingan dan keuntungan.

Kepalsuan dapat dibuat dengan menyemai rasa sangsi. Menyemai fakta-fakta yang kabur dan meletakkan bukti sembarangan. Kemudian, kepalsuan ini dipanjangkan menjadi polemik dan debat yang tak berkesudahan.

Benda ini bukan benda baru. Tengoklah produk-produk sains palsu yang telah menipu ramai orang dengan menyuap pengetahuan-pengetahuan sains palsu. Yang promosi benda ini bukan orang biasa-biasa, tapi orang yang dah ada pengaruh.

Bila yang cerdik pandai cuba nak bagi pencerahan, ia menjadi polemik dan semakin popular.

Inilah orang kata jangan jadikan orang bodoh popular. Dalam hal ini, jangan jadikan benda-benda yang bodoh popular. Sebab akan ada orang yang percaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.