Semalam, twitter hampir sahaja meletup apabila sekali lagi Artikel 153 dalam perlembagaan dipertikaikan oleh anak-anak muda mentah yang tidak kenal langsung sejarah, bahkan melaungkan bahawa hak tersebut bersifat perkauman dan hanya wujud di Malaysia. Lantas, ramai pun mengutuk negara dan perlembagaan yang merupakan tiang berdirinya Malaysia. Lebih malang terdapat politikus tidak mummaiyiz yang turut mempertikaikan artikel 153 di twitter.

Keratan twitter yang menjadi perbualan di Twitter. Bacaan Lanjut: https://twitter.com/Shiihaoo/status/864382408241446913

Apa yang dimiliki oleh kita orang Melayu dan seluruh kaum bumiputera di Malaysia ialah perjanjian yang terjalin antara tiga suku kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India ketika merdekanya Tanah Melayu. Kemudian ketika penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak, hak ini diperluaskan pula kaum pribumi di Sabah dan Sarawak, yang merangkumi pribumi Borneo yang pelbagai itu.

Seperti mana yang kita tahu antara sebab orang Melayu menentang Malayan Union adalah pemberian kerakyatan kepada golongan bukan Melayu yang bermukim di semua jajahan British dan Tanah Takluknya akan mendapat kerakyatan secara jus soli. Jadi, ketika kerakyatan mahu diberikan kepada yang bukan Melayu, maka harga yang perlu mereka bayar ketika itu ialah hak keistimewaan pribumi dijaga.

Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

Kalau ada yang beranggapan bahawa hak ini eklusif di Malaysia sahaja, saya mahu perbetulkan kenyataan anda itu bahawa sesungguhnya anda adalah tersangat-sangat silap. Izikan saya menggariskan negara-negara yang turut mengamalkannya dalam sejarah.

Afrika Selatan

Kaum kulit hitam ditekankan oleh dasar Apartheid yang betul-betul bersifat perkauman. Ketika dasar arpatheid, orang kulit hitam langsung tidak berpeluang untuk menghuni jawatan-jawatan tertinggi di dalam kerajaan. Mereka tidak diberikan pendidikan yang secukupnya seperti mana yang dimiliki oleh golongan kulit putih. Kerja-kerja yang diserahkan kepada mereka kulit hitam ini adalah berkisarkan kerja yang tidak membantu meningkatkan ekonomi individu berkulit hitam. Kerja-kerja seperti buruh kasar dan perlombongan diisi oleh golongan kulit hitam.

Apabila dasar perkauman ini dihapuskan maka, terdapat keseimbangan yang maha dasyat berlaku melibatkan kaum kulit putih dan kulit hitam. Untuk mengatasi masalah ini, maka kerajaan baru yang dipilih selepas rejim lama digulingkan terus mengamalkan dasar yang dipanggil sebagai Black Economic Empowerment.

Afrika Selatan pula sedang berhadapan dengan jurang ekonomi yang sangat besar antara kulit putih dan kulit hitam, Taraf ekonomi kulit hitam harus dibantu untuk memastikan mereka berdiri sama tinggi dengan kulit putih. Dasar baru ini melibatkan tindakan memastikan kulit hitam memilik keistimewaan ekonomi yang sebelum ini tidak dimiliki oleh mereka ketika era Apartheid.

Situasi yang sama boleh kita lihat pada Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak selepas tragedi 13 Mei yang saya percaya, selepas dikaji dengan sangat mendalam, punca utamanya yang membawa kepada tragedi perkauman seperti ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana jurang ekonomi yang berlaku melibatkan orang Melayu dan Cina. Jurang ekonomi yang dalam wujud akibat Dasar Pecah Dan Perintah British cuba ditampung dengan Dasar Ekonomi Baru.

New Zealand

Di New Zealand, bagi suku Maori dan suku-suku lain dalam rumpun Polynesia yang lain diberikan hak keistimewaan yang agak serupa seperti mana dalam Artikel 153 dalam perlembagaan yang memperuntukkan hak-hak keistimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu dan pribumi lain. Hak keistimewaan yang dimiliki oleh suku Maori ini menjaminkan mereka hak seperti kemasukan ke univerisiti, biasiswa-biasiswa, pemilikan tanah, dan sebagainya.

China

Di negara China, kita dapat melihat bagaimana polisi yang serupa seperti hak keistimewaan diberikan kepada beberapa etnik tertentu yang merupakan minoriti di China diberikan keistimewaan tertentu. Sebagai contoh, antara hak keistimewaan yang diberikan kepada etnik minoriti di sana ialah  terdapat beberapa cukai di bawah wilayah minoriti tidak memerlukan untuk diberikan kepada kerajaan pusat, sebaliknya pentadbir tempatan boleh menggunakannya untuk membangunkan kawasan etnik minoriti di China.

Bahkan, China turut memberikan keistimewaan kepada mana-mana etnik minoriti yang memilih untuk memasuki ujian Gaokao (National Higher Education Entrance Examination) di China. Mereka akan menerima mata bonus. Etnik-etnik minoriti memiliki keistimewaan berbanding etnik Han. Kalau etnik Han hanya boleh memiliki seorang anak, tetapi bagi minoriti, mereka dibenarkan untuk mempunyai dua orang anak..

Romania

Di Romania, etnik Roma diberikan hak keistimewaan tersendiri oleh kerajaan mereka berbanding etnik lain. Hak keistimewaan yang diberikan adalah dari sektor pendidikan, ekonomi dan pekerajaan. Tujuan utama ia diwujudkan adalah untuk membantu etnik Roma dalam negara Romania itu sendiri. Selain itu, mereka turut membahaskan untuk mewujudkan hak keistimewaan bagi etnik Roma yang selalu diangkat ialah kononnya mahu mewujudkan kelompok elitis intelektual yang banyak dalam kalangan etnik Roma itu sendiri.

Jadi, antara langkah terawal yang diambil oleh kerajaan mereka, sebagai contoh seperti dalam 1992 apabila Fakulti Sosiologi dan Kerja Sosial di Universiti Bucharest dikhaskan untuk calon-calon roma, dan kemudian pada tahun 1998, apabila 7 buah universiti di Romania dikhaskan untuk calon etnik Roma. Tahun 2000 pula menyaksikan pula bagaimana daripada perintah 7 universiti ini dipanjangkan kepada sektor lain dalam pendidikan.

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi negara yang mempunyai kontrak sosial yang serupa seperti yang dimiliki oleh orang Melayu, saya hanya kongsikan sebahagian sahaja. Hak keisitimewaan orang Melayu hari ini adalah datang daripada perjanjian nenek moyang kita bukan sahaja wujud di Malaysia sahaja, bahkan kebanyakan kawasan di dunia. Kita agak serupa seperti di Afrika Selatan kerana jurang ekonomi di zaman penjajahan British telah mewujudkan jurang ekonomi yang sangat luas antara bangsa Bumiputera dan non-bumiputera. Kita juga saling tidak tumpah seperti saudara serumpun kita iaitu suku Maori yang meniliki hak keistimewaan mereka atas nama dan sentimen yang mereka merupakan pribumi di New Zealand sendiri.

Adapun dalam bab pendidikan khas di IPTA ini, setahu saya yang mempunyai kuota orang Melayu adalah UiTM sahaja yang dibina khas untuk golongan Bumiputera sahaja. Untuk IPTA lain, saya tidak tahu pulak sama ada kuota khas itu disediakan. Dan untuk kemasukan ke IPTA pun harus diteliti dari segala sudut, sebagai contoh bukan faktor semua A sahaja.

Sebagai contoh, kemahiran berbahasa Melayu dengan fasih, faktor kokorikulum dan sebagainya. Sudah tentu orang Melayu menjadi majoriti di IPTA sebab Bangsa Melayu ialah majoriti di Malaysia. Adalah sesuatu yang tidak munasabah apabila bangsa majoriti di Malaysia tidak menjadi majoriti di Institut Pengajian Awam. Sebagai contoh, dua orang admin kami. Terdapat dua orang mendapat 9A, berbangsa Melayu lagi, memperolehi tawaran ke IPTA, salah seorang tidak memperolehi biasiswa JPA yang dipohonnya kerana terlalu banyak saingan daripada mereka yang lebih hebat. Ini bukti hidup selain daripada UiTM, tawaran untuk ke IPTA dibuka untuk semua bangsa.

Saya akhiri artikel ini dengan memetik ayat salah seorang penulis The Patriots sebagai renungan kita semua.

“Saya tak bersedia nak melepaskan hak keistimewaan bumiputera. Ia adalah satu identiti. Hilangnya keistimewaan bumiputera, di mana lagi hendak kita isi borang yang meminta taraf bangsa kita. Bila tiada semua itu, lama kelamaan identiti bangsa peribumi hilang kerana tiada makna pada label peribumi. Pada masa sekarang, satu-satunya situasi di mana orang kisah mengenai taraf bumiputera dan peribumi adalah bila bercakap mengenai keistimewaan.

Waktu nak beli rumah, waktu nak masuk sekolah, nak mohon biasiswa. Kalau tak ada lagi makna bumiputera pada proses-proses ini, bermakna label dan taraf bumiputera hilang dan dilute begitu sahaja. Apa lagi ertinya menjadi peribumi. Apa lagi ertinya membaca label bumiputera. Bila tiada keperluan untuk identify diri selaku bumiputera, maka apakah makna bumiputera?

 Hilanglah satu jiwa dan sejarah tanah melayu.”

Mira Lyana, ketika perbahasan antara kami admin-admin TP tadi tentang topik “Hak Keistimewaan Melayu Dan Bumiputera.”

Bacaan Lanjut:

Catherine Iorns Magallanes. Application Of Affirmative Action Law In New Zealand, Uncertain Coverage, Definition And Results (Link: https://goo.gl/9tsW9P)

Black economic empowerment. Campbell, Oliver; Hackett, Jodi. Steel Times International; Redhill30.4 (May/Jun 2006): 44

Nicholas D. Kristof. (31 March 1991) The World; Affirmative Action, Chinese Style, Makes Some Progress. The New York Times.

Barry Sautman. (1998) Affirmative Action, Etnic Minorities And China’s Universities. Pacific Rim Law & Policy Association

Bojinca Marian, Munteanu Daniela, Toth Alexandru. (2009) Analysis Of The Impact of Affirmative Action For Roma In High Schools, Vocational Schools And Universities


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

1 Comment

Reply To john Cancel Reply