Moving Forward As One

Hak-Hak Kaum Minoriti Bukan Islam Di Bawah Uthmaniyah

819

PayLater by Grab

Sama seperti kerajaan-kerajaan Muslim sebelumnya, Uthmaniyah menerapkan dasar toleransi dan penerimaan terbuka terhadap masyarakat bukan Islam yang besar di dalam pemerintahan mereka. Ini berdasarkan undang-undang Islam yang ada mengenai status orang bukan Islam mengikut kategori tertentu seperti Dzimmi, mereka dilindungi, diberi kebebasan beragama, dan bebas dari pengan.iay.aan menurut Syariah.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Salah satu contoh terawal dari dasar ini boleh dilihat dalam Perjanjian Umar bin al-Khattab, di mana Umar r.a. menjamin akan keselamatan dan kebebasan beragama sepenuhnya kepada penduduk Kristian di Baitulmaqdis.

Sekumpulan perwakilan Yahudi sedang menemui pegawai Uthmaniyah

Sistem Millet

Contoh terawal bila mana Empayar Uthmaniyah perlu memerintah sejumlah besar orang Kristian adalah selepas penak.lu.kan Konstantinopel oleh Sultan Mehmed II pada tahun 1453. Konstantinopel secara bersejarahnya merupakan pusat Kristian Ortodoks sedunia, dan masih mempunyai populasi masyarakat Kristian yang besar hingga ke hari ini.

Apabila empayar berkembang ke Eropah, semakin ramai penduduk bukan Islam berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah. Contohnya, pada tahun 1530-an, lebih 80 peratus penduduk di Eropah Uthmaniyah adalah bukan beragama Islam. Untuk mengawal subjek Uthmaniyah yang terbaru ini, Sultan Mehmed II menerapkan satu sistem baharu, yang berabad kemudiannya akan dikenali sebagai sistem millet.

Di bawah sistem ini, setiap kumpulan agama disusun menjadi millet. Millet berasal dari istilah Arab yang bermaksud “negara”, yang menunjukkan bahawa Uthmaniyah seperti memainkan peranan mereka sebagai pelindung bagi pelbagai negara bangsa.

John Sigismund dari Hungary ketika menghadap Sultan Suleiman I.

Setiap kumpulan agama dianggap sebagai millet itu sendiri, dengan beberapa millet wujud di dalam empayar. Sebagai contoh, semua orang Kristian Ortodoks di Empayar Uthmaniyah dianggap sebagai sebuah millet, sementara semua orang Yahudi membentuk millet yang lain.

Setiap millet dibenarkan memilih tokoh keagamaan masing-masing untuk memimpin mereka. Dalam kes Gereja Ortodoks (Gereja terbesar di Empayar Uthmaniyah), Patriark Ortodoks yang juga merupakan Uskup Agung Konstantinopel adalah pemimpin millet yang terpilih. Para pemimpin millet dibenarkan untuk mengendalikan peraturan agama mereka sendiri terhadap rakyatnya. Undang-undang Islam (Syariah) tidak memiliki bidang kuasa ke atas orang bukan Islam di Empayar Uthmaniyah.

Dalam kes je.naya.h, pesalah akan dihu.ku.m mengikut peraturan agama mereka sendiri, bukan peraturan Islam atau peraturan agama lain. Contohnya, jika seorang Kristian didapati bersalah kerana mencuri, dia akan dihu.kum menurut undang-undang Kristian berkaitan kesalahan mencuri. Sekiranya seorang Yahudi mencuri, dia harus dihuk.u.m menurut undang-undang Yahudi, dan lain-lain.

Satu-satunya waktu bila mana undang-undang Islam akan diambil kira ialah jika penjena.yah itu adalah seorang Muslim, atau ketika ada kes yang melibatkan dua orang dari berbagai millet. Dalam kes itu, seorang hakim Muslim akan mengetuai perbicaraan kes tersebut dan mengadili sesuai dengan penilaiannya dan berdasarkan undang-undang sivil.

Selain undang-undang agama, millet diberi kebebasan untuk menggunakan bahasa mereka sendiri, membangunkan institusi mereka sendiri (gereja, sekolah, dll), dan memungut cukai. Sultan Uthmaniyah hanya memiliki kawalan ke atas millet melalui pemimpin mereka.

Namun, pemimpin millet tetap perlu melaporkan perkembangan semasa kepada sultan, dan jika ada masalah dengan millet, sultan akan berunding dengan pemimpin millet tersebut. Secara teorinya, populasi Muslim di Empayar Uthmaniyah juga adalah sebuah millet sendiri dengan sultan Uthmaniyah sendiri sebagai pemimpin millet Islam tanpa mengira apa bangsa mereka.

Pecahan organisasi millet. Foto dari The University of Utrecht April 2 nd, 2007 The Minority Concept in Ottoman Empire and Turkey by Baskin Oran

Legasi

Empayar Uthmaniyah memerintah dari tahun 1300 sehingga 1922 (Khalifah hanya dikekalkan sehingga 1924). Dalam sebahagian besar sejarah mereka, hampir keseluruhan waktu wujudnya pemerintahan Uthmaniyah ini, sistem millet telah menyediakan satu budaya yang menganjurkan keharmonian beragama dan millet-millet ini berada dibawah kuasa mutlak empayar walaupun mereka mentadbir sendiri, kecuali, di saat kejatuhan Empayar Uthmaniyah.

Semakin luas empayar berkembang, semakin banyak millet distruktur. Millet yang berasingan diwujudkan untuk orang Kristian Armenia, Katolik, dan Ortodoks, misalnya, dengan setiap mazhab dan sekte dibahagikan lebih jauh menjadi lebih spesifik.

Sistem millet gagal bertahan sehingga penghujung usia Empayar Uthmaniyah. Ketika empayar mula lemah pada tahun 1700-an dan 1800-an, campur tangan Eropah di Uthmaniyah semakin rancak. Apabila Reformasi Tanzimat dilaksanakan pada tahun 1800-an, sistem millet dihapuskan, Uthmaniyah mula cenderung kepada gaya pemerintahan sekularis yang dipengaruhi dari Eropah. Uthmaniyah terlalu lewat melaksanakan modenisasi.

Uthmaniyah dipaksa untuk menjamin “hak” yang kabur kepada minoriti agama, yang sebenarnya membataskan kebebasan mereka.  Kaum minoriti yang pada awalnya dibiarkan mentadbir sendiri mengikut peraturan mereka sendiri, akhirnya semua kelompok agama dipaksa untuk mengikuti undang-undang sekular yang sama.


Bermula dari reformasi Tanzimat, ia turut merebak hingga mempengaruhi masyarakat untuk melancarkan Rev.o.lus.i Turki Muda

Ini akhirnya menyebabkan ketegangan agama tercetus di dalam empayar, selain turut membongkar sesetengah kegiatan rekrut bersen.ja.ta di kalangan bekas-bekas millet yang berhasrat melancarkan pember.on.takan, disusuli dengan pengkhia.na.tan berterusan kaum minoriti yang mungkin menjadi salah satu penyebab peristiwa pemb.an.t.aian orang Armenia semasa Pe.r.ang Dunia Pertama pada zaman Empayar Uthmaniyah.

Ini menunjukkan sistem millet adalah kaedah penyelesaian yang unik dan kreatif untuk memerintah sebuah empayar dengan pelbagai etnik dan agama. Hak dan kebebasan yang diberikannya kepada minoriti agama melangkau jauh lebih awal dari zaman mereka.

Di saat Eropah masih bergelut dengan penin.dasan agama-agama tertentu hingga tahun 1900-an, Uthmaniyah mewujudkan sistem pluralistik agama yang harmoni dan stabil yang menjamin kebebasan beragama selama beratus-ratus tahun.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Namun di sebalik kesempurnaan pasti ada jua keca.ca.tan, Uthmaniyah gagal menjangka pengkh.iana.tan yang sebenarnya telah berlaku sejak awal lagi apabila kaum minoriti yang secara tiba tiba bangkit memberon.t.ak apabila dipaksa akur kepada perubahan.

Ini menandakan, umat Islam perlu terus bertoleransi sesuai dengan tuntutan Islam selaku penguasa yang memerintah sebuah kerajaan, tidak ada kompromi mengenai itu, tetapi perlu lebih berhati-hati dan sentiasa peka akan perkembangan kaum minoriti sekiranya mereka diberikan kebebasan mentadbir sendiri.

RUJUKAN:

Alkhateeb, Firas. (2017). Rights of the non-Muslim in the Ottoman Empire. Lost Islamic History: Reclaiming Muslim Civilisation from the Past. Hurst.

Ruangan komen telah ditutup.