Haji : Matlamat Agung Orang Melayu

0
2765
views
Gambar sekadar hiasan

Orang Melayu pada zaman dahulu berusaha meraih pendapatan sebanyak mungkin dengan bermatlamatkan pergi Haji. Mereka berniaga, menangkap ikan, bertani, berternak, bertukang dan sebagainya bersungguh-sungguh bersama motivasi untuk naik Haji. Malah adanya sanggup bergolok bergadai semata-mata demi Haji.

Isabella Bird menulis di dalam The Golden Chersonese : Travel in Malaya in 1879, mengenai orang Melayu di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 seperti berikut:-

“Orang-orang Melayu tidak syak lagi mesti digolongkan dalam kalangan orang-orang yang bertamadun. Mereka tinggal dalam rumah-rumah….Mereka memakai pakaian yang baik, masyarakat yang berpenempatan tetap dan bercorak pertanian, sangat mahir dalam sebahagian seni-seni. Golongan atasan sehingga ke satu tahap berpendidikan.

Waqaf Saham

Mereka memiliki sastera dan selama beberapa abad mereka memiliki sistem-sistem pentadbiran, kanun-kanun tanah dan undang-undang laut yang membuktikan mereka mencapai tahap pencerahan ilmu pengetahuan yang besar.

Agama, undang-undang, adat istiadat dan akhlak mereka diikat bersama-sama. Mengerjakan haji ke Mekah adalah matlamat agung dalam cita-cita orang Melayu.

Mereka menjaga puasa Ramadan, memakai tasbih-tasbih yang diperbuat dari manik-manik, memelihara waktu-waktu solat, menyumbang kepada “perkara kebajikan agama” di kampung-kampung mereka, mengkhatankan anak-anak mereka, menyembelih kerbau dalam ibadah korban, membina masjid-masjid di merata tempat, menganggap Mekah sebagai Kota Suci dan menjadikan Al Quran sebagai peraturan iman dan amalan…”

Selamat Menyambut Hari Raya Haji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.