Mulut orang Amerika zaman dulu memang boleh tahan. Begitu cepat mereka percaya benda bukan-bukan. Masakan sejarah mereka tidak dihitami dengan jenayah zalim terhadap anak-anak gadis yang dituduh penyihir (witch). Dan begitu jugalah perangai mereka terhadap seorang wanita bernama Hetty Green.

Green dilahirkan pada tahun 1834, lama selepas zaman kejahilan “Salem Witch”. Atas sebab selalu berpakaian hitam, mereka menempelak beliau sebagai “witch”. Dan memandangkan beliau kaya-raya, terlekat terus nama “Witch of the Wall Street”. Tapi hakikatnya, Green mempunyai suatu prinsip hidup yang boleh buat kalian semua terkejut.

Green kedekut gila.

Kedekut Green bukan setakat enggan belanja kawan makan. Lebih dari tu. Green punyalah kedekut sampai enggan berbelanja demi diri sendiri. Sebab itu beliau suka pakai baju yang sama. Basuh pula sekali-sekala kerana tidak mahu bazir wang mengupah tukang basuh. Punyalah kedekut sampai satu tahap, beliau hanya membasuh bahagian yang kotor sahaja. Jimat sabun katanya.

Strategi Peram Sampai Masak

Sekitar abad ke-17, seorang pemikir bernama George Fox mula menolak ajaran-ajaran orang agama dan politik. Bersama Margaret Fell, mereka mengasaskan sebuah mazhab Kristian dipanggil Religious Society of Friends – atau pendek kata, Quaker. Hetty Green dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Quaker.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Pernah sekali bapa beliau memberitahu pasal nilai-nilai murni kalau hidup berjimat-cermat. Bapanya pernah menolak sebuah curut mahal, sesuatu tabiat luar biasa pada zaman tersebut. Katanya lebih baik hisap curut empat sen daripada membazir beli mahal-mahal. Dan sudah pasti, Green membentuk suatu pandangan tentang hidup berjimat cermat lebih ekstrim untuk dibandingkan dengan ajaran Quaker dan didikan bapa sendiri.

Namun sikap beliau itu yang sangat menarik. Cuba kalian teliti petikan ini betul-betul: “Beli yang murah dari membazir beli mahal-mahal.” Apa yang kalian nampak?

  1. Daripada nak beli baju RM20, baik beli baju RM2?
  2. Daripada nak bawa kereta Mercedes, baik bawa Viva?
  3. Daripada nak beli rumah kondo, baik duduk rumah tumpang?

Sebenarnya, tidak. Green nampak macam ini:

  1. Daripada beli bon mahal-mahal, baik beli yang murah.

Green melabur wang dengan cara membeli bond perang. Pada zaman tu kan ada Perang Saudara Amerika. Jadi beliau beli bond banyak-banyak untuk dijual pada kemudian hari. Dan ada satu masa, beliau mendapat AS$200,000 sehari.

  1. Daripada berbelanja duit untung, baik labur lagi

Selepas jual bond perang (dan bond hartanah), beliau nampak saham kereta api tengah naik. Beliau juga nampak syarikat kereta api sedang berunding untuk dapat tender daripada kerajaan. Beliau tengok syarikat mana paling relevan. Beliau beli saham syarikat tersebut.

Ada masa beliau tidak jual langsung bond dan saham. Macam matawang greenback, iaitu matawang dolar terdahulu yang dicetak. Beliau simpan greenback punyalah lama, melompat kegembiraan apabila dapat tahu kerajaan Amerika Syarikat tambat greenback pada nilai emas. Selagi emas tengah naik, selagi itulah beliau peram.

Masalah Mental Yang Diharmonikan

Hetty Green membuktikan teori ekonomi “berjimat-cermat bab keperluan takkan membuatkan kita kaya.” Beliau tidak kaya kerana berjimat-cermat. Beliau kaya kerana melabur. Jimat-cermat adalah masalah mental yang marak dan melampau. Anaknya Ned Green menanggung padah yang teruk kerana perangai ibu sendiri.

Kaki Ned terpaksa dipotong kerana lambat pergi klinik. Kenapa lambat? Kerana Hetty Green tidak jumpa klinik percuma. Semua klinik kena dibayar. Sakit dibiar melarat sampai teruk. Akhirnya kena potong.

Hetty Green meninggal dunia pada 3 Julai 1916 selepas organnya pecah kerana bergaduh dengan pembantu rumah. Asetnya dianggarkan mencecah AS$4.98 bilion (nilai sekarang).


Nak berduit tak perlu buat cara Hetty Green. Buat cara yang dicadangkan buku ENAM ANGKA MENJELANG DISEMBER: https://bit.ly/enamangka


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply