Moving Forward As One

Haiwan Yang Memiliki Keupayaan Sama Macam Makhluk Alien VS Predator

2,611

PayLater by Grab

Kali ni aku nak cerita sikit tentang haiwan-haiwan yang mempunyai ciri-ciri dan kebolehan yang sama seperti Predator & Xenomorph dari francais filem Alien vs Predator.

Yautja atau lebih dikenali sebagai Predator, merupakan spesies makhluk asing yang gemar memburu makhluk yang berbahaya seperti Xenomorph sebagai satu bentuk sukan, kehormatan dan membuktikan kemampuan diri.

Yautja memiliki ciri-ciri seperti haiwan reptilia seperti cicak, biawak dan buaya iaitu kulitnya dilengkapi dengan sisik dan skut.

Walau bagaimanapun, Yautja betina dilengkapi dengan kelenjar mamari. Menandakan makhluk tersebut turut mempunyai ciri-ciri mamalia seperti manusia.

Ciri-ciri Yautja yang paling menonjol adalah mandibelnya yang mirip mandibel artropod. Tidak banyak yang diketahui berkenaan fungsinya. Mungkin ia merupakan struktur vestig, sama seperti tulang koksiks (coccyx) manusia.

Tetapi mandibel tersebut akan dibuka atau digerakkan oleh Yautja untuk menyampaikan emosi, sama ada perasaan marah atau perasaan ingin tahu.

Haiwan yang mempamerkan ciri yang mirip dengan Yautja adalah sejenis cicak yang dikenali sebagai secret toadhead agama atau nama saintifiknya Phrynocephalus mystaceus.

Sejenis haiwan yang bersifat kewilayahan. Sekiranya wilayahnya diceroboh cicak lain atau berasa terancam, cicak ni akan mengembangkan lapisan kulit atau flap di bahagian kiri dan kanan kepalanya serta mendesis-desis.

Selain itu, sejenis labah-labah yang baru ditemui pada tahun 2012 di Brazil telah dinamakan genus Predatoroonops.

Hal ini demikian kerana bahagian mulut labah-labah tersebut yang dikenali sebagai chelicerae, menunjukkan persamaan dengan mandibel Yautja atau Predator.

Menariknya, kesemua 17 spesies dalam genus Predatoroonops telah dinamakan bersempena dengan nama pelakon atau watak-watak dalam filem Predator (1987).

Sebagai contoh, P. schwarzeneggeri dan P. yautja.

Bagaimana dengan Alien pulak?

Xenomorph XX121 atau Xenomorph merupakan spesies hidupan angkasa lepas yang sangat agresif. Matlamat hidupan ini hanya untuk menjamin kemandirian dan penyebaran spesiesnya.

Seperti lebah dan semut yang merupakan hidupan eusosial, Xenomorph hidup dalam satu koloni atau kumpulan yang mempunyai sistem kasta atau hierarki.

Ratu berada di kedudukan atau hierarki paling atas. Tugas utama ratu adalah untuk menghasilkan telur.

Sifat agresif, sukar untuk dib.unh dan ketahanan terhadap persekitaran yang memb.unh dimiliki oleh Xenomorph membuatkan Yautja menghormatinya.

Kerana bagi masyarakat Yautja, memb.nu.h Xenomorph merupakan bukti mengenai kemampuan dan kemahiran memburunya.

Senjata utama yang dimiliki oleh Xenomorph adalah gigi yang tajam dan dua set rahangnya. 1 set dikenali sebagai oral jaw, manakala 1 set lagi pharyngeal jaw, juga mempunyai gigi.

Xenomorph juga mempunyai keupayaan melancarkan pharyngeal jaw tersebut ke hadapan untuk membn.uh musuh. Kekuatannya mampu untuk memecahkan tengkorak dan logam serta helmet atau sut bio yang dipakai oleh Yautja.

Seterusnya, darah Xenomorph juga berasid dan mampu menghakis apa-apa permukaan kecuali rangka luarnya, iaitu mesoskeleton. Malah xenomorph dewasa mampu meludah asid.

Mesoskeleton= mempunyai exoskeleton atau rangka luar seperti serangga & endoskeleton atau rangka dalam seperti vertebrat.

Last but not least, adalah cara Xenomorph membiak.

Oleh sebab xenomorph hidup dalam sistem kasta seperti serangga eusosial, maka tidak salah untuk kita anggap yang xenomorph ni semuanya betina.

Tapi itu lah kan, macam mana pulak ratu nak hasilkan telur kalau sperma takda?

Mungkin jantan itu ada, tetapi seperti serangga eusosial, akan mti sejurus selepas mengawan.

Memandangkan ratu eusosial mempunyai kantung sperma yang dikenali sebagai spermatheca, ratu Xenomorph mungkin mempunyai sperma mencukupi untuk mempersenyawakan telur sepanjang hayatnya.

Tapi tak berhenti setakat itu sahaja.

Hal ini demikian kerana dari telur (ovomorph) yang dihasilkan oleh ratu, larva parasit “facehugger” akan menetas dan mula mencari hos, yakni hidupan lain sama ada manusia atau Yautja.

Setelah larva facehugger memindahkan embrio kepada hos, janin itu akan berkembang di dalam badan hos.

Setelah beberapa jam, “chestburster” akan keluar dari badan, memb.nuh hos serta merta. Tempoh chestburster matang kepada Xenomorph dewasa mengambil masa beberapa jam sahaja.

Haiwan yang mempamerkan ciri yang sama dengan Xenomorph adalah belut moray. Belut moray dilihat mempunyai gigi seakan kaca.

Selain itu, belut moray turut memiliki 2 set rahang, iaitu oral jaw dan pharyngeal jaw yang digunakan untuk memudahkannya menangkap dan memakan mangsa.

Seperti Xenomorph, pharyngeal jaw itu juga boleh dilancarkan ke hadapan menggunakan otot.

Berkenaan cara membiak Xenomorph, haiwan yang sama adalah pelbagai jenis serangga parasitoid. Serangga parasitoid paling common adalah penyengat.

Penyengat parasitoid akan bertelur di dalam, atas atau berhampiran hos/mangsanya. Setelah telur tu menetas, larva akan memakan hos.

Setakat itu sahajalah cerita berkenaan Predator, Xenomorph dan haiwan serta serangga yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengannya.

Bagi aku fisiologi Yautja dan Xenomorph ni sangatlah menarik. Mujurlah depa ni fiksyen je.

Ruangan komen telah ditutup.