Terdapat beberapa kebenaran tentang alam semesta ini yang tidak dapat kita tolak. Langit di atas. Tiada yang lebih laju daripada cahaya. Graviti ada di mana-mana. Hidup multiselular perlukan oksigen untuk hidup.

Tetapi kita perlu fikirkan semula tentang kenyataan akhir sekali itu.

Saintis baru sahaja menemui sejenis organism yang tidak memerlukan oksigen untuk hidup iaitu sejenis parasit berupa obor-obor. Parasit ini tidak mempunyai genom mitokondrial – organism multiselular pertama yang tiada genom ini.

Ini bermaksud, parasit ini tidak bernafas. Malah, organism ini hidup tanpa bergantung pada oksigen langsung.

Penemuan ini bukan sahaja mengubah pandangan kita tentang bagaimana hidupan di Bumi ini hidup. Ia juga mempunyai implikasi dalam usaha manusia dalam pencarian makhluk di angkasa raya.

Hidupan mula mempunyai kemampuan untuk dimetobalis (metabolized) oksigen – iaitu kemampuan bernafas – sekitar 1.45 bilion tahun yang lalu.

Archaeon yang lebih besar meliputi bacterium yang lebih kecil dan kedua-duanya saling menerima manfaat. Hubungan simbiotik ini menghasilkan organisma baru yang terevolusi iaitu mitokondria.

Setiap sel dalam tubuh kita mempunyai jumlah mitokondria yang tinggi kecuali darah merah. Mitokondria ini sangat penting dalam proses pernafasan (respiration)

Kita tahu terdapat organisma yang mampu beradaptsi dalam keadaan oksigen yang rendah atau dipanggil hiposik (hypoxic). Terdapat perdebatan saintifik tentang organisma yang tidak perlukan oksigen untuk hidup sehinggalah sekumpulan saintis dari Israel yang berjaya menemui spesis ini – sejenis parasit yang dipanggil henneguya salminicola

Parasit ini jadikan ikan salmon sebagai perumahnya. Parasit ini tidak membahayakan dan akan tinggal sepanjang hidupnya pada ikan salmon.

Parasit ini dapat hidup tanpa oksigen pun. Parasit ini tiada genom mitokondria dan ia tidak mempunyai kapasiti untuk bernafas. Tetapi bagaimana parasit ini boleh hidup tanpa oksigen masih lagi misteri. Ia mungkin mempunyai faktor daripada hosnya sendiri. Tetapi hal itu masih belum dapat dipastikan lagi.

Parasit ini mempunyai struktur seperti obor-obor. Tetapi segala jenis genom obor-obor mereka tiada. Dan ia tidak gunakan penyengat untuk menyengat tetapi untuk melekat pada hos.

RUJUKAN:

  1. Yahalomi, D., Atkinson, S. D., Neuhof, M., Chang, E. S., Philippe, H., Cartwright, P., … & Huchon, D. (2020). A cnidarian parasite of salmon (Myxozoa: Henneguya) lacks a mitochondrial genome. Proceedings of the National Academy of Sciences117(10), 5358-5363.
  2. https://www.sciencealert.com/this-is-the-first-known-animal-that-doesn-t-need-oxygen-to-survive

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.