Okapi (nama saintifik: Okapia johnstoni ) atau nama lainnya iaitu zirafah hutan, zirafah Congo, atau zirafah zebra adalah haiwan mamalia berkaki empat yang hidup di barat laut negara Democratic Republic of the Congo, Afrika Tengah. Haiwan ini berkeluarga dengan zirafah dalam keluarga Giraffidae.

Rupa okapi ini seperti zirafah bertubuh zebra, berketinggian 1.5 meter dan seberat dari 200 hingga 350 kg. Kulit haiwan ini perang dan kadang-kala warna merah keperangan, tambahan lagi bahagian kakinya berbelang hitam putih. Okapi hidup bersendirian dan hanya hidup berkumpulan apabila tiba musim mengawan.

Lokasi habitat okapi yang berada di negara Republic of the Congo, Afrika Tengah.

Diet okapi adalah herbivor,memakan daun pokok, rumput, lumut, buah-buahan, dan kulat. Habitat haiwan ini adalah Kawasan hutan dengan altitude 500 hinggan 1,500 meter dan ia hanya ditemui di negara Democratic Republic of the Congo, bermaksud haiwan ini adalah haiwan endemik.

Sejarah haiwan okapi ini agak menarik untuk dibincangkan dan sekaligus dikenali sebagai haiwan paling jarang ditemui di dunia. Mengikut sejarah Ethiopia, pada abad ke-5 SM, okapi pernah dijadikan sebagai hadiah dari raja Ethiopia kepada kerajaan Parsi Achaemenid. Semasa zaman penjelajahan Eropah berlaku, di mana koloni British menetap di Afrika, para koloni pernah mendengar kisah haiwan ‘Unikorn Afrika’. Kisah ini kemudian menarik seorang peneroka Afrika Tengah bernama Henry Morton Stanley untuk mencari kewujudan haiwan itu di hutan Congo.

Tahun 1887, Stanley menemui haiwan seakan-akan keldai yang penghuni Congo namakan sebagai atti. Haiwan itu dikatakan mempunyai belang hitam putih di bahagian belakang dan bersembunyi di semak-samun apabila bertembung dengan manusia. Maka, penampakan ini membawa spekulasi dari Stanley bahawa haiwan tersebut adalah zebra hutan.

Ahli botani dan peneroka British di Uganda bernama Sir Harry Johnston, menemui sekumpulan puak Pygmy yang ditahan dan menjadi hamba pameran di zoo. Johnston kemudian membebaskan puak tersebut dan berjanji bahawa mereka bakal tiba di kampung halaman mereka.

Tapi Johnston inginkan pengetahuan puak tersebut akan kewujudan ‘Unikorn Afrika’ ini. Mereka membawa Johnston menjejak tapak kaki okapi tapi beliau ragu-ragu kerana tapak kaki tersebut seakan-akan tapak kaki kuda.

Akhirnya Johnston tidak menemui okapi seperti beliau harapkan namun dia temui kulit berbelang bersama tengkoraknya sekali. Melalui pemerhatian terhadap tengkorak tersebut, Johnston mengkelaskan ia mempunyai hubungkait dengan haiwan zirafah. Pada tahun 1901, haiwan itu dinamakan sebagai Okapia johnstoni, dalam bentuk nama saintifik.

Kulit dan bulu okapi yang Johnston temui ini adalah bukti utama kewujudan haiwan ‘Unikorn Afrika’ di muka bumi.

Tahun yang sama juga ahli zoologi bernama Philip Lutley Sclater melukis bentuk haiwan okapi dan menghantar lukisan tersebut untuk pengesahan dari organisasi sains Zoological Society of London.

Tapi lukisan tersebut menimbulkan keraguan kerana bagi Johnston okapi adalah generasi terkini dari moyang zirafah yang telah pupus. Tapi bagi Sclater, okapi berkait dengan sepsis kuda melalui penceritaan kaum Pgymy. Perdebatan penentuan sepsis ini berakhir pada 1986, di mana okapi tergolong sebagai spesis berkait dengan genus Giraffa, bermaksud ia sekeluarga dengan zirafah.

Kekurangan sumber berkaitan dengan okapi dalam sejarah tamadun dan kesukaran menemui haiwan ini sehingga zaman penjelajahan Eropah menunjukkan okapi sememangnya memperoleh gelaran sebagai haiwan paling jarang ditemui. Tambahan lagi, sifat bersendirian dan pemalu dengan sensitivity akan kehadiran manusia juga mencapai faktor yang sama.

Illustrasi okapi yang dilukis oleh Sclater.

Status konservasi okapi adalah terancam. Ia memperoleh perlindungan oleh undang-undang Congo. Sebab terancamnya haiwan ini adalah pembalakan haram yang tidak terkawal, penempatan manusia yang semakin luas, dan pemburuan haram.

Beberapa organisasi konservatif serta penempatan muncul untuk memulihara populasi okapi. Tahun 1987, projek pemuliharaan Afrika bernama Okapi Conservative Project diwujudkan untuk tujuan konservatif okapi. Zoo juga mengambil peranan sama seperti Association of Zoos and Aquariums, AS yang mempunyai 100 ekor okapi untuk dipelihara.

Berikut adalah dokumen berbentuk PDF tentang Okapi Conservation Project yang berlangsung setiap tahun:
https://www.the-okapi.org/wp-content/uploads/2018/10/2017-Annual-Report-Web-Version.pdf

Bayngkan jika tiada peneroka British menemui haiwan unik ini, mungkin sampai sekarang okapi hanyalah mitos dalam pemikiran masyarakat ini.

RUJUKAN:

Kingdon, Jonathan (1979). East African Mammals: An Atlas of Evolution in Africa, Volume 3, Part B. Chicago: University of Chicago Press. p. 339.

Lindsey, Susan Lyndaker; Green, Mary Neel; Bennett, Cynthia L. (1999), The Okapi: Mysterious Animal of Congo-Zaire, University of Texas Press, pp. 4–8

Sclater, Philip Lutley (1901). “On an Apparently New Species of Zebra from the Semliki Forest”. Proceedings of the Zoological Society of London. v.1: 50–52 – via Biodiversity Heritage Library.

Shaw, Albert (1918). “The African okapi, a beast unknown to the zoos”. The American Review of Reviews. 57: 544.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.