Kecomelan seekor haiwan banyak faktor boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Tetapi mereka tetap dipanggil comel. Beberapa akhbar luar negara dan juga beberapa laman sesawang yang rasmi membuat carta kedudukan haiwan liar yang comel. Untuk kali ini pula, mari kita kenali haiwan apakah yang masih dikategorikan sebagai comel?

Berikut adalah haiwan-haiwan liar yang comel boleh disenaraikan : –

Sea Otter
Sea Otter atau dalam bahasa melayu dipanggil memerang. Mereka dikategorikan seekor mamalia comel kerana perwatakan dan rupa mereka. Perwatakan mereka terutama bagi seekor ibu memerang yang baru melahirkan anak mereka, mereka perlu berenang dalam keadaan terbalik sambil memeluk anak mereka. Ini kerana, seekor memerang mampu berenang setelah mereka berusia sebulan. Fakta menarik tentang mereka adalah mereka dikatakan sebagai haiwan yang gemar bersosial. Di dalam kalangan keluarga memerang, mereka akan berkumpul bersama tidak kira keluarga mereka sendiri atau bukan. Mereka lebih mengutamakan kebersamaan dalam kalangan mereka. Selain itu, memerang gemar untuk mengapungkan diri mereka tidak kira sama ada sedang rehat ataupun tidur.

Giant Panda

Giant Panda atau dikenali dalam nama saintifiknya Ailuropoda melanoleuca yang dikatakan sebagai haiwan purba bagi China. Mereka mampu hidup selama 26 tahun dan mampu mencecah usia 30 tahun. Mereka juga adalah haiwan dalam pemerhatian of World Wildlife Fund kerana dikategorikan sebagai haiwan terancam. Fakta menarik tentang mereka ialah mereka mempunyai lebihan jari dipanggil sebagai the panda thumb kerana mempu untuk genggam erat ketika memanjat. Menurut World Wildlife Fund, mereka menghabiskan masa selama 14 jam untuk makan dan mereka juga mampu memakan buluh seberat 38 kg.

Red Panda

Red Panda atau nama saintifiknya ialah Ailurus fulgens. Populasi mereka dijumpai sekitar pergunungan Himalaya di antara 2,200 dan 4,800 meter ketinggian di Utara Burma, Nepal dan juga sempandan Barat Sichuan dan Yunnan di China. Tubuh mereka lebih kecil daripada Panda sebenar tetapi masih dikolompok Giant Panda. Fakta menarik mengenai mereka adalah mereka merupakan maskot bagi Firefox Web Broswer, menurut kepada Mozilla.


Penguin
Penguin satu-satunya spesies haiwan liar yang tidak boleh terbang di antara 40 spesies burung yang boleh terbang. Penguin juga dianggarkan 17 hingga 19 jenis spesies dan antara 13 spesies tersebut dikategorikan sebagai haiwan terancam. Mereka mampu berenang selaju 24 km/j dan mereka umpama bertebangan di dalam lautan. Mereka diklasifikasikan sebagai burung yang sangat bersosial malah mereka juga berenang dalam kumpulan apabila memburu. Fakta menarik ialah mereka mampu menahan nafas mereka selama 10 hingga 15 minit. Mereka tidak mempunyai keupayaan untuk bernafas dalam air. Mereka juga gemar untuk menggelungsurkan diri mereka di atas permukaan berais dengan menggunakan perut mereka. Menurut pakar penyelidik, mereka percaya dengan perbuatan menggelungsur dapat mempercepatkan masa mereka untuk bergerak.

Beruang Kutub

Polar Bear atau disebut dalam bahasa melayu sebagai Beruang Kutub. Mereka diklasifikasikan sebagai mamalia laut kerana mereka banyak menghabiskan masa mereka laut Artik yang berais. Berdasarkan The World Conservation Union (IUCN) menganggarkan populasi beruang kutub di antara 20,000 hingga 25,000 di dalam dunia. Beruang kutub adalah haiwan liar yang dilindungi oleh World Wildlife Fund (WWF) kerana populasi mereka semakin berkurang akibat daripada perubahan iklim yang mendapat impak di kawasan kutub. Fakta menarik mengenai beruang kutub ialah mereka mampu menhidu kehadiran anjing laut sejauh 32 kilometer. Selain itu, tahukah kalian, disebalik bulu mereka yang putih, mereka mempunyai kulit yang hitam supaya mereka dapat menyerap haba lebih mudah.

Wombat

Wombat mempunyai tiga spesies iaitu Common wombat (Vombatus ursinus), Northern hairy-nosed wombat (Lasiorhinus krefftii) dan Southern hairy-nosed wombat (Lasiorhinus latifrons). Habitat wombat hanya di Australia kerana mereka biasa dengan kawasan pergunungan. Fakta menarik mengenai Wombat ialah mereka mampu bergerak dengan kelajuan 40 km/j walaupun dengan tubuh badan mereka agak gempal dan kaki mereka yang pendek. Selain itu, mereka juga mempunyai kantung seperti Kangaroo tetapi kedudukan kantung mereka dalam keadaan terbalik. Ini kerana mereka ingin melingdungi anak mereka  daripada terkena kotoran ketika menggali lubang.

Rakun (Racoon)

Raccoon atau dalam bahasa melayu dipanggil Rakun. Nama saintifiknya pula ialah Procyon lotor. Habitat Rakun tidaklah seperti memerang laut kerana sifatnya kurang bersosial. Apabila tiba musim sejuk, mereka lebih gemar tidur tetapi tidak melakukan hibernasi seperti haiwan-haiwan liar yang lain. Disebabkan metabolismanya yang tinggi, mereka dapat mengimbangi suhu badan mereka. Fakta menarik berdasarkan Animal Diversty Web, rakun mempunyai sepasang tangan seperti manusia malah tangan mereka juga mampu menjadi deria rasa yang sangat sensitif. Dengan menggunakan tangan mereka, mereka dapat mengangkat makanan dan menyuap ke dalam mulut mereka seperti manusia sendiri. Di negara-negara barat, mereka mejadikan rakun ini sebagai haiwan peliharaan ketika mereka masih kecil. Walau bagaimanapun, rakun boleh dikatakan boleh menjadi punca kerosakan tidak kira di dalam rumah ataupun di luar rumah.

Namun begitu, masih banyak lagi haiwan liar yang dikateogrikan sebagai comel. Contohnya seperti Meerkat, Slow Loris, dsb.

-MAF-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama penuh : Muhd Ammerul Faizal, Nama pena : MAF, Negeri kelahiran : Johor, Sedang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mengambil jurusan IT dalam bidang Pembangunan perisian, Minat ke arah Zoologist (Haiwan purba dan Haiwan Istimewa).

Leave A Reply