Alam semulajadi ini memang indah kalau diteliti. Setiap jenis haiwan mempunyai perbezaan yang sangat unik. Dalam kalangan haiwan sendiri, ada sejenis yang dinamakan endotherm. Mereka ini mampu mengekalkan suhu badan sendiri tanpa memerlukan sebarang haba dari luar. Jadi apabila musim salji bermula, mereka hanya perlu tempat yang selamat.

Musim salji ialah masalah besar untuk haiwan. Mereka pun seolah-olah tahu yang musim salji semakin menghampiri setiap tahun. Jadi ada yang mengumpulkan makanan dalam bentuk timbunan.

Memerang misalnya ialah haiwan comel yang boleh membina empangan untuk takungan air. Datang saja salji, hanya permukaan takungan saja akan beku. Air dibawah lapisan ais tersebut kekal sejuk, menjadi peti ais untuk makanan memerang (Ontario Parks, 2020).

Sarang memerang

Namun bukan semua haiwan mampu membuat begini. Memerang mempunyai lapisan kulit kalis air dan boleh bertahan dalam air sejuk. Jadi haiwan-haiwan lain telah berevolusi dengan cara menangani musim salji sendiri. Apabila tiba masanya, haiwan endotermik akan berhibernasi untuk mengekalkan suhu badan. Antaranya ialah rodent (1,500 spesis berbeza seperti tikus dan tupai) dan beruang, dengan cara tersendiri.

Marmot ialah satu spesis tupai yang berhibernasi sepenuhnya sepanjang musim salji. Jantung mereka akan perlahan daripada 80 denyutan seminit ke lima sahaja.

Marmot

Apabila terjaga beberapa bulan kemudian, marmot perlu menambahkan berat badan yang menyusut sebanyak 25 peratus. Chipmunk pula akan bangun setiap beberapa hari untuk menjamah kacang yang dikumpulkan sepanjang musim luruh.

Beruang pun mempunyai cara sendiri. Mereka akan mencari sarang yang sesuai untuk berhibernasi. Pokok berongga antaranya amat diminati beruang, selain daripada gua atau sarang yang dibina beruang lain. Ada yang bersedia dari awal; ada yang tunggu saat akhir. Tetapi semua beruang akan mengumpulkan dahan dan daun untuk dijadikan tempat tidur (Science World, 2016).

Seekor beruang hitam yang comel dipintu gua

Tidur mereka pun panjang juga, iaitu lebih daripada 100 hari tanpa makan minum atau berkumuh pun. Badan mereka mampu membuat satu keajaiban yang tidak disangka semua.

Manusia biasa perlu kencing setiap masa. Beruang pula boleh menukarkan kencing mereka menjadi protein dalam satu proses urea secara semulajadi (NPS, 2019).

Jadi persoalannya, haiwan apa yang pertama berhibernasi?

Menggunakan kaedah pengkajian fosil, saintis menemui suatu jawapan. Rangka seekor haiwan bersaiz sebesar babi pernah ditemui pakar arkeologi. Haiwan ini dikenali sebagai Lystrosaurus, hidup sekitar 250 juta tahun dahulu. Dan haiwan ini juga berhibernasi.

Setakat ini 10 ekor Lystrosaurus telah digunakan sebagai bahan kajian. Saintis menemui bahawa gading Lystrosaurus tumbuh pada kadar yang agak pelik (Nield, 2020). Ada masa ia tumbuh, ada masa pula ia berhenti tumbesaran.

Gading ini tidak langsung seperti gajah – atau lingkaran pada dahan yang menentukan usia pokok.

Penemuan ini memulakan teori menarik, bahawasanya dinosaur pun berhibernasi juga. Jika beruang dan rodent boleh berkongsi teknik berhibernasi, semestinya dinosaur lain pun begitu juga. Padahal beruang dan rodent hanya sama dari segi sifat mamalia sahaja.

Lystrosaurus pernah hidup di Afrika Selatan Antartika, China, Eropah, India dan Mongolia, dengan perbezaan spesis seperti haiwan hari ini.

Kaki hadapannya lebih kuat daripada kaki belakang, dipercayai digunakan untuk menggali. Maksud nama yang diberikan iaitu Lystrosaurus bermakna “cicak cangkul”, satu lagi petunjuk bahawa ia mampu berhibernasi (bahawa ia boleh mengorek tanah untuk tidur dalam suhu yang bersesuaian).

RUJUKAN:

Nield, D. (2020). This Weird Creature Is the First We Know of That Hibernated – 250 Million Years Ago. Science Alert. Retrieved from https://www.sciencealert.com/fossil-evidence-shows-animals-have-been-hibernating-for-250-million-years

NPS. (2019). Denning and Hibernation Behavior. Retrieved from https://www.nps.gov/yell/learn/nature/denning.htm

Ontario Parks. (2020). The beaver in winter. Retrieved from https://www.ontarioparks.com/parksblog/the-beaver-in-winter/

Science World. (2016). Do bears actually hibernate? Retrieved from https://www.scienceworld.ca/stories/do-bears-actually-hibernate/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.