Pada 17 Februari 2003, seluruh rakyat Malaysia yang menonton perlawanan akhir edisi All England ketika itu merasa terkejut tetapi gembira. Yalah, buat pertama kali sejak kemenangan Tan Aik Huang, Malaysia berjaya menjulang kejuaraan perseorangan All England menerusi Muhammad Hafiz Hashim. Kejayaan tersebut lebih manis apabila Hafiz berjaya mengalahkan pemain perseorangan nombor satu dunia ketika itu, Chen Hong (China).

Selepas kemenangan terakhir Tan Aik Huang pada tahun 1966, bukan sekali negara mencuba menjadi juara All England. Antara yang pernah mencuba tetapi gagal ialah Datuk Punch Gunalan (1974), mentor Hafiz, Datuk Misbun Sidek (1986), Foo Kok Keong (1991), Rashid Sidek (1996) dan Ong Ewe Hock (1998).

Tidak ramai tahu sebelum kontinjen Malaysia bertolak ke England pada awal tahun 2003, Hafiz sebenarnya diberi cabaran oleh jurulatihnya Datuk Misbun untuk meningkatkan pencapaiannya di Birmingham Arena. Walaupun bergelar pemenang pingat emas Sukan Komanwel setahun sebelumnya, itu dilihat belum memadai kerana temasya itu tidak disertai pemain dari China, Indonesia dan Denmark.

Hafiz bercerita, “Ini merupakan penampilan keempat saya di All England, pada tahun itu fokus saya tertumpu kepada kejohanan ini tapi saya memang tak sasar menang kejuaraan walaupun prestasi tengah baik kerana saya ketika itu berada di kedudukan ke-33 dunia.”

Perjalanannya ke pentas final boleh dianggap sukar. Selepas berjaya mengenepikan cabaran Sony Dwi Kuncoro (Indonesia) dan Shoji Sato (Jepun) pada pusingan sebelumnya, Hafiz perlu berdepan dengan pemain veteran Denmark, Anders Boesen. Tetapi tiada siapa pun menjangkakan pemain kelahiran Kelantan itu mengalahkan lawannya secara mengejut dan mara ke peringkat suku akhir.

“Pada awalnya, saya sedikit bimbang selepas melihat undian pusingan pertama dan bertemu Sony Dwi Kuncoro bukan mudah, tapi saya cakap kepada diri sendiri bahawa ia bukan siapa yang akan saya jumpa. Ia adalah mengenai diri saya, jika saya dapat mengawal cara bermain, saya akan dapat serlahkan potensi sebenar dan dapat lebih keyakinan,” ujarnya.

Selepas berjaya mengenepikan cabaran rakan senegara Yong Hock Kin di peringkat suku akhir, kemaraannya diiringi oleh abangnya Roslin Hashim. Di peringkat separuh akhir, sekiranya mereka berjaya mengenepikan lawan masing-masing, mereka bakal menempa nama sebagai pemain adik-beradik pertama beraksi di pentas final.

Malangnya, cabaran yang menanti juga bukan calang-calang dalam bentuk dua pemain China, Chen Yu dan Chen Hong. Dalam kes Roslin, walaupun bersaing sengit dengan lawannya yang bertaraf nombor satu dunia itu, itu masih tidak mencukupi untuk membawanya ke pentas final. Selepas berjaya mengatasi Chen Yu, sandaran negara untuk menjulang kejohanan berprestij itu terletak di bahu Hafiz.

“Dalam aksi final, saya tahu harapan yang diletakkan seluruh rakyat Malaysia ke atas saya cukup tinggi apatah lagi saya pernah tewaskan Chen Hong ketika itu. Saya tenang dan turun tanpa tekanan kerana saya sedar saya pemain bukan pilihan, jadi tiada apa nak rugi. Cuma saya tetap tanam tekad nak lakukan sesuatu dan balas d3ndam untuk abang,” katanya.

Pada set pertama, pada awalnya Chen Hong mendahului permainan. Tetapi bagaikan diberi kekuatan psikologi luar biasa, Hafiz berjaya bangkit mengejar dan menang set pertama 17-14. Beliau menambah, “Memang luar biasa untuk saya bangkit pada set pertama, ia dibantu keinginan saya sendiri.

“Seperti mana saya kata jika saya boleh kawal cara bermain, saya akan dapat keyakinan. Percaya kepada diri sendiri, jangan takut untuk kalah dan saya berjaya melakukannya. Semasa set kedua, saya dapat rasakan Chen Hong gugup dan mungkin tertekan, saya lebihkan permainan meny3rang dan memaksa dia membuat kesilapan.” Hafiz menang set kedua 15-10.

Amat manis sekiranya kejayaan bersejarah Hafiz dapat disaksikan abangnya itu. Bagaimanapun, beliau tidak dapat berbuat demikian kerana semasa perlawanan, Roslin mengejar penerbangan pulang ke Malaysia. Kejayaan anak kelahiran Kampung Sireh itu meniti di bibir orang ramai termasuk Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kejayaan Hafiz dalam All England menyaksikan beliau menerima pelbagai insentif daripada ramai pihak termasuk insentif kemenangan RM5,000 daripada kerajaan negeri Kelantan.

RUJUKAN:

Labola Malaya. (2020). Kisah Hafiz Hashim, Satu-satunya Anak Melayu Yang Tawan All England. https://labolamalaya.com/kisah-hafiz-hashim-satu-satunya-anak-melayu-yang-tawan-all-england/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.