Mel Gibson menggarap Hacksaw Ridge dengan penuh berhati-hati. Beliau sedar akan pilihannya tidak banyak; saksi sebenar sudah lama tiada, dokumentasi perang di pasifik yang tidak memberi cukup maklumat, terutama perincian sebenar di Hacksaw Ridge, dan orang di sekeliling Desmond Doss yang juga telah lama tiada.

Walaubagaimanapun, pengalaman Mel Gibson berlakon dalam filem-filem seumpamanya seperti The Patriot dan We Were Soldiers digunakan sebaiknya di dalam filem arahannya ini.

Pertempuran Ia Drang dalam We Were Soldiers sebiji betul dengan koreografi pertempuran bersenjata dan jarak dekat Hacksaw Ridge. Latarbelakang lokasi pertempuran di sekitar Hacksaw Ridge, sama di Ia Drang kecuali belukar-belukarnya. Hacksaw Ridge telah botak dan berlubang-lubang akibat dibom terlebih dahulu oleh Angkatan Laut Amerika setiap kali sebelum infranti cuba menawannya.

Filem menggabungkan menggabungkan kisah kecamuk emosi dan prinsip tentera Amerika semasa Perang Dunia Kedua tetapi tidak seperti The Thin Red Line, paparan aksi pertempuran di Pasifik yang baik tetapi tidaklah sampai seperti shot hebat di dalam Saving Private Ryan.

Mujur permainan emosi dan cintanya tidak seteruk Pearl Habour dan aksi perangnya tidak over the top dan tidak seklise seperti Windtalkers hingga lari dari pengkisahan sebenar yang cuba dicanang.

Sememangnya begitulah. Filem biografi yang baik, seharusnya ada cela yang menggambarkan sebaik mungkin akan latarbelakang sebenar filem, juga paparan subjek yang hampir menyamai personaliti sebenar.

Nilai filem Hollywood, seringkali ditentukan oleh pengarahnya, dan Mel Gibson kali ini boleh dikatakan bijak dalam keputusannya. Beliau mempertaruhkan reputasinya dengan perincian filem biografi berasaskan kisah sebenar. Namun arahannya untuk Braveheart tetap mendepani senarai filem-filem arahannya yang lain.

Pengarah lagak ngerinya ialah Mic Rodgers, double Mel Gibson sejak sekian lama dan koordinator lagak ngeri kesayangan filem2 Mel Gibson. Hasil kerjanya sangat digemari hingga sejak Braveheart, Lethal Weapon dan Apocalyptico, Mel Gibson masih menggunakan khidmatnya kali ini.

Jika di dalam filem, Hacksaw Ridge berjaya ditawan hanya selepas 8 kali cubaan, Mel Gibson masih cuba menawan, untuk mendapatkan identiti dan air tangan unik pengarahannya tersendiri. Namun hingga setakat ini, ia berjaya.

Jadi begitulah, Hacksaw Ridge. Selamat menonton!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Leave A Reply