Kita semua kenal apakah itu habuk. Debu-debu yang sentiasa terselit di mana-mana celah perabot dan juga muncul di beberapa tempat yang telah lama tidak disentuh. Habuk juga adalah musuh bagi golongan yang sensitif dengan kehalusan partikel-partikel debu ini. Adalah kewajiban untuk kita membersihkan habuk yang merupakan gumpalan bendasing ini.

Tapi pembaca tahu tak apakah bendasing dalam habuk ini? Ramai antara kita mengetahui bahawa bendasing itu ialah cebisan-cebisan asing dari luar atau dalam rumah, seperti cebisan kayu, helaian rambut, cebisan dari hakisan dinding, bebenang labah-labah, malah bangkai serangga, berkumpul di ruangan kecil sehingga membentuk habuk.

Namun, adakah pembaca tahu bahawa habuk ini kebanyakkannya terdiri dari kulit manusia yang telah mati? Kalau helaian rambut nampak logik juga. Tapi, kulit manusia? Ugh… Saya pun geli bila dengan dua suku kata ini dan mengetahui ia ada dalam habuk.

 

Habuk dalam rumah banyak kulit manusia? (Sumber: Wilkins Linen)

Apakah benar kulit manusia yang mati menjadi punca hadirnya habuk?

Sebenarnya, menurut kajian dari Kanada, habuk yang terdiri dari kulit manusia yang mati hanyalah khabar angin saja. Kulit manusia memang hadir namun tidaklah mempunyai kuantiti yang banyak sebab habuk sendiri terdiri dari bermacam jenis bendasing seperti apa yang saya nyatakan.

Kajian bernama Canadian Dust Study ini dilaksanakan oleh jabatan kesihatan Kanada atau Health Canada. Pada mulanya, para pengkaji mengumpulkan sampel habuk dari 1,025 buah rumah di Kanada. Bermacam-macam jenis rumah menjadi sasaran pengkaji untuk kumpulkannya. Seperti rumah yang baru dibina, akan banyak habuk yang terdiri dari cebisan-cebisan kayu dari kerja pertukangan. Rumah yang lokasinya di tepi jalan biasanya mempunyai habuk yang terdiri dari partikel-partikel asap dan jalan raya.

Melalui pemerhatian, rumah lama mempunyai kuantiti partikel plumbum yang banyak dalam habuk rumah tersebut. Ini menunjukkan bahawa rumah lama ini dibina pada tahun 1970-an. Pada waktu itu cat rumah dan minyak pelita yang bercampur dengan serbuk plumbum digunapakai.

Orang AS percaya bahawa 70% dan 80% dari habuk rumah terdiri dari kulit manusia yang mati. Tetapi kajian pada tahun 2009 di negara tersebut menunjukkan bahawa 60% bahan dari habuk ialah bendasing dari dalam rumah dan bendasing ini adalah campuran cebisan organik seperti kulit seranggan dan cebisan dinding. Kulit manusia hanya dalam kuantiti yang sedikit.

 

Kulit manusia menghasilkan sel kulit mati sebanyak 500 juta sel dalam sehari. (Sumber: The What If Show)

 

Manusia secara semula jadi menghasilkan sel kulit manusia yang telah mati pada setiap detik. Menurut kajian dari American Chemical Society, purata kulit dewasa hasilkan sel kulit yang mati adalah sebanyak 500 juta sel pada setiap hari. Berat sel kulit mati pula hanya seberat 0.03 hingga 0.09 gram setiap jam. Dengan kuantiti sel kulit mati ini, adalah mustahil kulit manusia yang mati menjadi penyebab kehadiran habuk. Walau bagaimanapun, sel kulit mati biasanya tercabut dari badan manusia ketika mandi atau menukar pakaian, namun hanya dalam kuantiti sedikit saja.

Jadi, tak perlulah merasa geli kalau ada kulit manusia dalam habuk. Sapu saja habuk keluarkan dari rumah. Memang habuk dah jadi sebahagian dari kekotoran dalam rumah. Tapi kita kena rajin bersihkan rumah kalau nak hilangkan habuk dari celah-celah almari.

RUJUKAN:

Pappas, Stephanie. 27 May 2022. Is house dust mostly dead skin? Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply