Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan sebuah ‘Government Linked Investment Company’ (GLIC) yang ditubuh pada 17 Mac 1978 untuk meningkatkan peluang kaum Bumiputera dalam merebut pengagihan kekayaan di Malaysia. PNB ditubuhkan merupakan asas kepada objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera.

Antara langkah-langkah yang dilakukan oleh PNB untuk meningkat pegangan ekuiti Bumiputera adalah dengan memastikan aktiviti-aktiviti ekonomi yang diceburi oleh kaum ini seperti perladangan dikawal sepenuhnya. Namun, selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Aktiviti perladangan masih dikawal oleh entiti British.

Guthrie Corporation merupakan salah satu syarikat milik British yang disenaraikan dalam ‘London Stock Exchange’. Rancangan rapi untuk mengambil alih Guthrie Corporation oleh PNB telah disusun dengan sangat rapi oleh Tun Ismail Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Untuk rekod, Tun Ismail Ali ketika itu merupakan Pengerusi PNB dan juga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia. Selain itu, Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan pengurus pelaburan PNB dan pernah bekerja dengan syarikat Barings yang merupakan penasihat kewangan kepada Guthrie Corporation.

Pada seawal tahun 1980, PNB memiliki lebih kurang suku pegangan ekuiti dalam Guthrie. PNB memiliki 5% manakala salah satu syarikat miliki PNB iaitu Sime Darby memiliki pegangan sebanyak 27.6%. Selain itu, syarikat-syarikat seperti Permodalan Bumiputera Sabah, Bank Simpanan Nasional, Oversea Chinese Banking Corporation (OCBC) Group, Sports Toto, Kuala Lumpur-Kepong (KPK) dan Genting juga mempunyai pegangan dalam Guthrie Corporation.

Syarikat-syarikat yang disebut sebelum ini dan PNB mempunyai jumlah pegangan kira-kira 37 peratus. Syarikat-syarikat ini diharap dapat membantu Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tun Ismail Ali dalam rancangan mereka untuk mengambil alih Guthrie Corporation. Ini kerana, kesemua syarikat-syarikat ini terletak di Asia Tenggara dan memudahkan PNB berunding untuk membeli saham-saham mereka.

Disamping itu, syarikat-syarikat seperti M&G, The Andersons dan syarikat milik British yang lain sedar akan rancangan PNB untuk mengambil alih Guthrie Corporation. Ini kerana, Sime Darby pernah mempunyai rancangan yang sama untuk mengambil alih Guthrie Corporation pada Disember 1980. Tetapi, rancangan ini gagal kerana M&G menolak tawaran Sime Darby.

Namun kali ini, rancangan pengambilalihan Guthrie Corporation diteliti dan disusun dengan sangat teliti oleh Tun Ismail Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka berdua mempunyai kod rahsia seperti ‘helang’ dan ‘merpati’ untuk mengelakkan rancangan ini bocor. Isteri Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha Tun Ismail Ali juga tidak mengetahui rancangan ini. Sungguh displin mereka dalam merancang pelan ini supaya tidak diketahui oleh orang walaupun kenalan rapat.

Setelah itu, Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan Tun Ismail Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Dalam mesyuarat tersebut membincangkan mengenai rancangan pengambilalihan Guthrie Corporation oleh PNB. Tan Sri Khalid Ibrahim memerlukan wang sebanyak US$ 1 billion. Selepas perbincangan mengenai rancangan tersebut, Tun Mahathir menanyakan soalan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim ‘Boleh buat tak?’. Tan Sri Khalid Ibrahim membalas ‘boleh’.

Kerajaan Malaysia membantu dengan menyediakan peruntukkan tersebut dengan menukar duit Ringgit Malaysia ke Pound Sterling. Syarikat PETRONAS yang memiliki rizab yang banyak dalam pelbagai jenis matawang telah diarah untuk membantu PNB dalam mendapatkan duit dalam matawang Pound Sterling. Selain itu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga membantu dalam penukaran matawang asing. Aktiviti ini telah menyusutkan nilai matawang Ringgit Malaysia sebanyak 15% hingga 20% kerana Pound Sterling telah ditarik ke dalam Malaysia manakala Ringgit Malaysia keluar kepada tangan asing.

Dalam rancangan ini, PNB telah dibantu oleh Sir Evelyn De Rothschild untuk memberi nasihat kepada PNB dalam menentukan harga-harga saham yang ingin dibeli. Beliau antara tokoh kewangan yang sangat dihormati oleh ahli-ahli politik dan korporat di Malaysia dan dunia.

Sebelum serangan korporat terhadap Guthrie bermula, Tan Sri Khalid Ibrahim telah melantik Rowe & Pitman yang merupakan sebuah syarikat broker untuk London Stock Exchange. Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu, sekurang-kurangnya 50 hingga 60 orang broker diperlukan untuk membeli saham-saham minoriti yang ada dalam London Stock Exchange.

Setelah semua rancangan telah disusun dengan rapi. Akhirnya serangan korporat oleh PNB bermula.

Pada seawal pagi 7 September 1981, kesemua broker-broker yang bekerja dengan syarikat Rowe & Pitman dikerah untuk membeli saham-saham minoriti yang ada. Akhirnya, sebanyak 1.6 juta atau 5% saham Guthrie telah dirampas oleh PNB. Kesannya, pegangan ekuiti PNB meningkat lebih kurang 30%. Setelah itu, 12% saham lagi telah diambilalih oleh PNB daripada syarikat-syarikat yang terletak di Asia Tenggara. Sekali lagi, pegangan ekuiti PNB meningkat sebanyak 42%.

Namun, pelan yang dirancang tidak berjalan dengan lancar kerana syarikat OCBC Group yang terletak di Singapura menolak untuk menjual pegangan mereka sebanyak 3% hingga 4% kepada PNB. Keputusan ini diketahui oleh Tun Ismail Ali setelah perjumpaannya dengan pemilik OCBC iaitu Tan Chin Tuan pada pagi tersebut. Tun Ismail Ali menelefon Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau gagal menyakinkan OCBC Group untuk menjual pegangan mereka kepada PNB.

Tetapi, Tan Sri Khalid Ibrahim mempunyai rancangan sampingan dengan menghubungi Kuwait Investment Office untuk menjual 5% pegangan mereka kepada PNB. Dalam perbualan antara Tan Sri Khalid Ibrahim dengan pegawai kewangan Kuwait Investment Office, beliau sangat berterima kasih kepada pegawai tersebut dan berjanji akan bertemu beliau sambil menikmati teh.

PNB sangat berterima kasih kepada Kuwait Investment Office kerana menjual pegangan mereka dalam Guthrie Corporation. Akhir sekali, PNB berjaya memiliki 7,995 juta saham atau 50.4% menjadikan PNB pemegang terbesar dalam Guthrie. Serangan korporat ini berlaku lebih kurang 3 hingga 4 jam bermula pada pagi 7 September 1981. Selang beberapa hari kemudian, syarikat-syarikat British seperti M&G, The Anderson dan lain-lain terpaksa akur dengan menjual semua pegangan mereka kepada PNB. Akhirnya PNB berjaya memiliki Guthrie Corporation secara penuh.

Segala aktiviti perladangan seperti minyak sawit yang dijalankan oleh Guthrie Corporation berjaya dibawa pulang dalam genggaman orang Malaysia yang sebelum ini dimiliki oleh syarikat-syarikat British. Peristiwa ini membantu PNB dalam mengembalikan agihan kekayaan kepada Bumiputera terutamanya dalam sektor perladangan.

Sememamgnya kebijaksanaan Tun Ismail Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim sangat berharga kepada PNB dalam mengambilalih Guthrie Corporation yang dimiliki oleh syarikat British. Kesannya, kaum Bumiputera mendapat manfaat yang lebih luas dengan kembalinya Guthrie Corporation ke tangan Bumiputera Malaysia.

Rujukan:
Nicholas J. White. (2018). In Trust A History of PNB. m/s 181-203.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang berlatarbelakangkan kejuruteraan awam. Cenderung kepada bidang ekonomi politik, kewangan, sains dan teknologi. 'Metallica or Megadeth, Megadeth is better'

Comments are closed.