Gustave: Buaya Legenda Afrika yang Telah Memb*nuh 300 Orang

2,311

Buaya ialah haiwan pemangsa yang menggerunkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Bagi masyarakat yang tinggal berdekatan sungai sudah tentu kehadiran makhluk yang telah menghuni bumi sejak 100 juta tahun ini menimbulkan ketakutan dan kerisauan lebih-lebih lagi apabila mereka perlu melakukan aktiviti harian seperti mandi dan membasuh pakaian di sungai. 

Jika di Malaysia suatu ketika dahulu terkenal dengan lagenda Bujang Senang iaitu seekor buaya air masin (Crocodylus porosus) yang membaham manusia, di Afrika pula tersohor berita buaya yang serupa kelakuannya sehingga berjaya membuat penduduk setempat hidup dalam kerisauan iaitu seekor buaya pemb*n*h bersiri bernama Gustave.

Buaya Nil, Crocodylus nilocitus
Sumber: www.ecoregistros.org

Pada tahun 2004, sebuah dokumentari bertajuk “Capturing the Killer Croc” memaparkan seorang ahli herpetologi bernama Patrice Faye telah menjadikan Gustave seekor bintang apabila saintis itu berusaha mengumpan haiwan ganas itu ke dalam sangkar lalu menangkap buaya tersebut yang didakwa sudah meng0rb4nkan ratusan nyawa manusia. Gustave merupakan seekor buaya Nil (Crocodylus niloticus) digambarkan mempunyai badan yang sangat besar (910 kg) dan berukuran sepanjang 18 kaki (6 m).

Para saintis berpendapat berdasarkan saiznya yang gergasi dianggarkan ia mungkin telah berumur dalam 65 hingga 100 tahun. Ia dikhabarkan telah membaham seramai 300 orang di Burundi sebuah negara Afrika yang terletak di antara Sungai Ruzizi dengan Tasik Tanganyika.

Sungai Ruzizi
Sumber: Wikipedia

Ramai telah mencuba nasib untuk menamatkan keg4n4san Gustave dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti mengumpan ia dengan kambing hidup dan menembaknya. Di sebalik konflik peperangan yang sedang berlaku di negara ketika itu, Faye obses dengan buaya itu selama 15 tahun sejak pertama kali mendengar kisah mengenai kem4t14n beberapa orang nelayan disebabkan seekor buaya gergasi pada tahun 1998.

Tiga bulan kemudian terdapat lagi laporan sebanyak 17 lagi mangsa terk0rb4n, termasuk seorang remaja lelaki yang dibaham oleh buaya itu di sungai sambil pihak polis melepaskan temb4kan bertubi-tubi ke buaya itu. Malangnya, kulit Gustave terlalu tebal sehinggakan badannya seakan-akan kalis peluru barangkali telah ditembak berkali-kali sebelum itu namun tidak mendatangkan apa-apa kecederaan terhadapnya. Parut-parut akibat terkena peluru juga boleh dilihat dengan jelas di badannya sekaligus mereka dapat mengecam bahawa buaya itu ialah Gustave.

Patrice Faye, seorang ahli herpetologi berbangsa Perancis menghabiskan 15 tahun cuba memerangkap Gustave
Sumber: BBC

Faye meneruskan penyiasatannya mengenai Gustave dan kerajaan memberinya beberapa lagi laporan kem4t14n sejak 1987 dengan saksi mendakwa berpunca daripada serangan buaya gergasi. Hatunginama Audifax, seorang remaja berusia 13 tahun amat bertuah kerana salah seorang daripada mangsa yang telah terselamat setelah diserang oleh buaya terbabit.

Dia mendakwa sewaktu kejadian, dia sedang bermandi-manda bersama rakan-rakannya apabila secara tiba-tiba terasa sesuatu sedang menarik kakinya. Awalnya dia menyangka ia merupakan gurauan seorang rakannya sebelum matanya tertumpu pada kelibat reptilia itu dan merasakan kesakit4n di kakinya. Mujur serangan itu dilihat oleh beberapa orang nelayan yang seterusnya mengalih perhatian buaya itu dengan memukul air lalu memberi kesempatan untuk Hatunginama berenang menuju ke gigi air menyelamatkan diri.

Akibat kecederaan parah, kaki remaja itu terpaksa dipotong namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk bermandi-manda di sungai sekali lagi dengan rakan-rakannya. Dakwanya, ketika di hospital, dia mendengar khabar angin empat orang lagi telah dibaham buaya di kawasan yang sama.

Oleh sebab enduduk tempatan amat bergantung hidup di sungai itu untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian mereka, tiada apa yang boleh mereka lakukan selain cuba berhati-hati meskipun seringkali kejadian serangan buaya yang membaham penduduk termasuk kanak-kanak berlaku. Meraka juga mengatakan ada kalanya Gustave membaham manusia sekadar suka-suka kerana apabila ia melakukan suatu serangan, ia akan menghilangkan diri berbulan-bulan sebelum menghilangkan diri.

Setelah itu, ia akan muncul semula di tempat lain. Puak-puak di Afrika telah menggelar buaya-buaya yang tinggal di sana sebagai “naga-naga terakhir”, dijadikan sebagai objek sembahan mereka kerana dianggap sebagai makhluk mitologi yang memakan kejahatan.

Penduduk di sana amat berharap akan kem4t14n Gustave namun tidak bagi Faye. Obsesi beliau terhadap Gustave membuatkan beliau cuba menangkap haiwan itu untuk melindungi ia daripada amukan penduduk tempatan.

Sebagai saintis, bagi Faye, Gustave merupakan aset bernilai untuk dipulihara demi kemandirian spesies buaya Nil di Afrika. Beliau berharap agar Gustave boleh menyelamatkan spesiesnya yang kini di ambang kepupusan. Jika ia berjaya ditangkap, Faye ingin menempatkannya di Taman Negara Ruzizi.

Kali terakhir Gustave dilihat adalah pada tahun 2015 apabila beberapa penduduk terlihat ia sedang menarik seekor kerbau ke tebing sungai. Sehingga hari ini, tiada lagi laporan mengenai Gustave dilaporkan dan rata-rata membuat kesimpulan bahawa ia telah menemui 4j4lnya. Pada 2007, sebuah filem bertajuk Primeval diterbitkan sebagai adaptasi pengembaraan Faye di Burundi untuk menangkap Gustave.

RUJUKAN

Garcia, E. (n.d.). Gustave, the crocodile that killed 300 men. Retrieved from https://www.animaltia.com/famous-animals-gustave-the-crocodile-that-killed-300-men/

Kenny, R. (2017). Meet Gustave, the Legendary Killer Crocodile of Burundi. Retrieved from https://www.odditycentral.com/animals/meet-gustave-the-legendary-killer-crocodile-of-burundi.html

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.