Moving Forward As One

Gulag: Sistem Politik Kesatuan Soviet Yang Zalim

1,184

Pernahkah anda mendengar istilah ‘Gulag’? Jika pernah, anda pasti tahu ianya adalah sebuah kem tahanan yang dibina oleh pemerintah di Kesatuan Soviet suatu ketika dahulu. Tetapi mungkin anda belum tahu sejarah tentangnya.

Gulag bukanlah nama khusus untuk satu struktur kem atau pen.jara tunggal, ia adalah istilah untuk sejenis sistem penahanan dam keseluruhan kem-kem buruh paksa yang dibina di pelbagai lokasi pada zaman pemerintahan Joseph Stalin selaku pemerintah diktator Kesatuan Soviet. Perkataan Gulag adalah akronim atau singkatan untuk “Glavnoe Upravlenie Lagere (Главное Управление Лагерей)” yang bermaksud Pentadbiran Kem Utama.

Peta yang menunjukkan lokasi Gulag di seluruh Soviet

Walaupun pada dasarnya maksud dari istilah Gulag ini adalah merujuk sebagai sebuah agensi kerajaan, namun dalam konteks moden ia lebih dikenali sebagai istilah yang merujuk kepada sistem berasaskan pen.jara Soviet dan buruh paksa.

Kem-kem Gulag secara umumnya bertebaran di seluruh pelusuk wilayah Kesatuan Soviet, termasuklah di bahagian Eropah Rusia, Belarus, dan Ukraine. Terdapat juga beberapa buah kem di luar Kesatuan Soviet, seperti di Czechoslovakia, Hungary, Poland, dan Mongolia, yang berada di bawah pentadbiran langsung Gulag.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kem-kem buruh yang terkenal ini telah menahan sekitar 18 juta orang di sepanjang sejarahnya dan beroperasi atas dasar kepentingan politik dari tahun 1920 sehingga tidak lama setelah kema.tian Stalin pada tahun 1953. Kemudian ia beroperasi sebagai sebuah penj.ara biasa sehingga tahun terakhir Kesatuan Soviet. Semasa kemuncaknya, rangkaian Gulag merangkumi ratusan kem buruh yang masing-masing terdiri dari 2,000 hingga 10,000 orang.

Varlam Shalamov, Alexander Solzhenitsyn and Osip Mandelstam, tiga orang penulis terkenal yang menjadi man.gsa Gulag

Kehidupan di dalam Gulag adalah sangat ke.jam. Tahanan yang menjadi buruh paksa dikatakan terpaksa bekerja selama 14 jam sehari di tengah-tengah iklim cuaca yang teruk. Ramai yang ma.ti akibat kelaparan, peny.akit atau keletihan, manakala yang lain hanya dihuku.m bu.nuh. Keke.jaman sistem Gulag telah memberi kesan jangka panjang yang masih mempengaruhi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Rusia hari ini.

Gulag Dari Era Lenin Hingga Stalin

Selepas pemerintahan monarki Empayar Rusia digulingkan melalui Revolusi Rusia 1917, Vladimir Lenin, pengasas Bolshevik dan Parti Komunis Rusia (kemudian Parti Komunis Kesatuan Soviet) mengambil alih pemerintahan melalui penubuhan Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Setelah Lenin meninggal dunia akibat str.ok pada tahun 1924, Joseph Stalin mendaki ke puncak sebagai pemimpin paling berkuasa dan menjadi diktator Soviet.

Joseph Stalin sedang memantau perkembangan proses pembinaan Terusan Moscow yang dibina oleh buruh paksa dari Gulag

Gulag pertama kali ditubuhkan pada tahun 1919, dan pada tahun 1921 sistem Gulag hanya memiliki sebanyak 84 kem. Tetapi sehinggalah tiba masanya Stalin memerintah, jumlah populasi kem buruh itu mula mencapai jumlah yang amat tinggi secara berperingkat.

Dari tahun 1929 hingga kema.tian Stalin, Gulag melalui zaman perkembangan yang pesat.  Stalin menganggap kem itu sebagai kaedah yang berkesan untuk mempertingkatkan kemajuan sektor perindustrian di negara Kesatuan Soviet dan untuk mendapatkan akses terhadap sumber asli yang bernilai tinggi seperti kayu, arang batu dan mineral-mineral lain.

Selain itu, Gulag menjadi destinasi bagi mang.sa-mang.sa ‘Pembersihan Besar-besaran’ (Great Pur.ge) yang dilaksanakan Stalin, iaitu satu kempen yang bertujuan untuk mengha.puskan mana-mana anggota Parti Komunis atau sesiapa sahaja yang cenderung hendak mencabar pemimpin diktator itu.

Tahanan Gulag

Kumpulan tahanan pertama yang ditempatkan di Gulag kebanyakannya adalah penjen.aya.h biasa dan golongan petani kaya, yang dikenali sebagai kulak. Ramai kulak yang ditangkap kerana mereka menentang sistem kolektivisasi, sejenis dasar komunis yang diterapkan oleh pemerintahan Soviet yang menuntut para petani melepaskan tanah ladang masing-masing dan menyertai industri pertanian secara kolektif.

Ketika Stalin melancarkan pembersihan, sejumlah besar buruh, yang dikenali sebagai “tahanan politik,” dibawa ke Gulag. Anggota Parti Komunis yang berbeza pendapat, pegawai tentera dan pegawai kerajaan adalah antara golongan yang terawal menjadi sasaran. Kemudian, Stalin mensasarkan golongan yang berpendidikan dan rakyat biasa, antaranya adalah doktor, penulis, individu intelek, pelajar, seniman, saintis dan agamawan. Mereka semua dihantar ke Gulag.

Ketua dan para pegawai pentadbiran Gulag

Pendek kata, sesiapa sahaja yang ada kaitan hubungan dengan gerakan anti-Stalinis yang tidak setia akan dita.ngkap dan disumbat ke dalam kem tersebut. Malah, kaum wanita dan kanak-kanak lebih banyak menghadapi situasi yang teruk di kem itu. Ramai wanita berdepan ancaman ro.g.ol atau dise.ra.ng oleh tahanan lelaki atau pengawal kem sendiri.

Tanpa sebarang notis, sebahagian besar mang.sa akan ditahan secara rawak oleh polis rahsia NKVD di bawah perintah Stalin dan disumbat ke dalam kem buruh tanpa melalui proses perbicaraan mahu pun hak membela diri.

Kehidupan di Kem Gulag

Tahanan di kem Gulag dipaksa menjadi buruh dengan melakukan kerja-kerja berat untuk projek pembinaan, perlombongan dan perindustrian yang berskala besar. Jenis-jenis industri adalah bergantung kepada lokasi kem dan keperluan geografi tersebut. Para buruh paksa Gulag ini telah mengerahkan tenaga mereka dalam beberapa projek besar Soviet, termasuklah Terusan Moscow-Volga, Terusan Laut Putih-Baltik dan Lebuhraya Kolyma.

Yuriy Tyutyunnyk, seorang Jeneral Ukraine yang berpera.ng melawan Soviet dalam P.erang Ukraine -Soviet yang diizinkan tinggal di Soviet Ukraine selepas pera.ng, namun apabila dasar Soviet berubah pada 1929, dia ditangkap, dibawa ke Moscow, dihantar ke Gulag, dan dibunu.h.

Tahanan diberikan kelengkapan yang teruk, adakalanya rosak dan mereka tidak disediakan kelengkapan keselamatan. Sebilangan dari mereka ini menghabiskan masa pada setiap hari dengan menebang pokok atau menggali tanah ais beku dengan gergaji tangan dan kapak kecil. Manakala yang lain akan melombong arang batu atalu tembaga, dan ramai yang terpaksa menggali tanah dengan tangan kosong.

Pekerjaan ini sangat memenatkan sehingga ada tahanan yang sanggup memot.ong lengan mereka sendiri menggunakan kapak atau sengaja menced.erakan tangan mereka dengan meletakkannya pada dapur kayu bagi mengelakkan dari dikerah bekerja.

Tahanan kem sering menghadapi cuaca yang buruk, kadang-kala mereka menghadapi suhu sejuk di bawah sifar, catuan makanan yang ketat, dan masa kerja yang panjang. Sekiranya tahanan gagal menyempurnakan kuota kerja yang disediakan untuk mereka, mereka akan diberikan makanan yang jauh lebih sedikit berbanding orang lain.

Situasi kehidupan di dalam Gulag adalah amat sejuk, penuh sesak dan tiada kebersihan. Kegan.asan adalah perkara biasa di kalangan tahanan kem yang terdiri daripada penje.naya.h tegar dan tahanan politik. Dalam keadaan yang terdesak, ada tahanan yang akan mencuri makanan dan bekalan lain sesama mereka.

Seorang pelombong yang meninggal dunia semasa bekerja di kem Gulag dikebu.mikan rakan-rakannya di Pulau Vaygach, Soviet pada tahun 1931.

Kebanyakan tahanan buruh ma.ti akibat keletihan, sementara yang lain dise.ra.ng secara fizikal atau dite.mbak oleh pengawal kem. Sejarawan menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 10 peratus daripada keseluruhan populasi kem Gulag terbu.nuh pada setiap tahun.

Ahli Keluarga Tahanan Turut Dihuk.um

Dalam undang-undang Kesatuan Soviet era Stalin, terdapat satu istilah bernama “Ahli Keluarga Pengkhianat Tanah Air”, ia merupakan satu istilah yang disebut dalam Artikel 58 Kanun Jena.yah Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia (seperti yang dipinda dari istilah asli tahun 1927).

Artikel yang dipinda itu membahas pendakwaan jen.ay.ah terhadap isteri dan anak-anak (huku.man keturunan) semua individu yang ditangkap dan didakwa sebagai “pengkhianat Tanah Air” di Kesatuan Soviet semasa kempen pembersihan terhadap anti-Stalinis pada tahun 1930-an dan selepasnya.

Amalan menghu.kum secara automatik isteri dan anak-anak adalah elemen asas Pembersihan Besar-besaran Stalin. Ia memperkenalkan kategori baru tahanan Gulag iaitu ahli keluarga seseorang yang dianggap sebagai Pengkhianat Tanah Air, bahkan terdapat juga beberapa kem buruh Soviet yang dikhaskan untuk kategori ini. Ia mirip dengan tradisi penghap.usan seluruh keturunan dan ahli keluarga mana-mana pesalah yang menentang Maharaja semasa zaman pemerintahan imperialis China kuno, di mana seluruh keluarga dan saudara terdekat seorang pesalah akan diban.tai.

Tahanan Gulag sedang bekerja di Soviet Rusia sekitar tahun 1936 atau 1937

Tahanan di Gulag dijatuhi huk.uman untuk beberapa tempoh dan jika mereka mampu bertahan sepanjang tempoh hukuman tersebut, mereka akan dibenarkan meninggalkan kem. Sebagai contoh, ahli keluarga tahanan yang didapati berlaku khianat akan menerima huku.man minima lima hingga lapan tahun kerja berat.

Sekiranya mereka bekerja keras dan melepasi had kuota mereka, sesetengah ahli keluarga tahanan ini adakalanya layak untuk dibebaskan lebih awal. Antara tahun 1934 dan 1953, sekitar 150,000 hingga 500,000 orang dibebaskan dari kem Gulag setiap tahun.

Berakhirnya Gulag

Sistem Gulag mula menjadi lemah sejurus selepas kema.tian Joseph Stalin pada tahun 1953. Dalam jangka masa beberapa hari saja, berjuta-juta tahanan didapati telah dibebaskan. Ia kerana pengganti Stalin, Nikita Khrushchev, adalah seorang pengkritik yang lantang terhadap sistem kem buruh paksa, kempen pembersihan dan sebahagian besar dasar-dasar Stalin.

Ma.yat para tahanan politik, yang dibun.uh oleh polis rahsia di Ternopil, Ukraine pada tahun 1941.

Akan tetapi, kem itu tidaklah hilang sepenuhnya, sebahagian besar sistemnya distruktur semula untuk dijadikan sebagai sebuah p.enj.ara bagi menempatkan para penje.nayah, aktivis demokratik dan nasionalis yang memperjuangkan agenda anti-Soviet pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Hanya pada tahun 1987 barulah pemimpin kelapan atau presiden terakhir Kesatuan Soviet merangkap setiausaha agung Parti Komunis Kesatuan Soviet iaitu Mikhail Gorbachev, yang juga merupakan  cucu kepada salah seorang mang.sa kezaliman Gulag, secara rasminya telah memulakan proses memansuhkan kem-kem tersebut.

Peninggalan Gulag

Keke.jaman sebenar sistem Gulag didedahkan agak lewat iaitu sebelum kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, ketika dokumen yabg disimpan di arkib negara mula dibuka. Tidak seperti kem konsentrasi Jerman di Eropah semasa Pe.ra.ng Dunia Kedua, tidak ada sebarang rakaman filem dan tidak ada banyak foto tentang kem Gulag yang tersedia untuk tontonan umum.

Menurut pihak Muzium Sejarah Gulag di Rusia, mereka mendakwa seorang penyelidik telah menemui perintah rahsia Moscow pada tahun 2014 yang memerintahkan beberapa dokumen terakhir mengenai tahanan era Soviet termasuklah kad pendaftaran tahanan agar dihap.uskan. Satu tindakan yang digambarkan sebagai “malap.etaka” bagi para sejarawan.

Pada tahun 1973, The Gulag Archipelago diterbitkan di Barat oleh sejarawan Rusia dan bekas tahanan Gulag yang berjaya terselamat, Aleksandr Solzhenitsyn (hanya beberapa salinan yang terdapat di pasaran gelap Kesatuan Soviet pada waktu itu). Buku berpengaruh itu menjelaskan secara terperinci tentang keke.jaman sistem Gulag dan kesannya terhadap kehidupan tahanan dan ahli keluarga mereka.

Solzhenitsyn dianugerahkan Hadiah Nobel Sastera pada tahun 1970. Dia diusir dari negara Kesatuan Soviet pada tahun 1974, tetapi akhirnya dia kembali ke negara Persekutuan Rusia pada tahun 1994. Selain Solzhenitsyn, beberapa penulis terkemuka yang lain juga pernah menjadi sebahagian daripada mang.sa penindasan Gulag, antaranya ialah Varlam Shalamov dan Osip Mandelstam. Bahkan, pelakon Rusia, Georgy Zhzhonov pernah menjadi buruh paksa Gulag selama 14 tahun di Kolyma.

Kereta api membawa bekalan yang tiba di kem Gulag di Siberia pada tahun 1920

Walaupun Gulag menyediakan sistem buruh paksa, kebanyakan sejarawan bersetuju bahawa kem tersebut sebenarnya tidak memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan ekonomi Soviet. Pakar percaya bahawa tanpa makanan dan bekalan yang mencukupi, buruh tidak ada keupayaan untuk memberikan hasil yang produktif.

Sejarah gelap sistem Gulag telah meninggalkan kesan dan parut yang berpanjangan terhadap generasi Rusia. Sehingga hari ini, sesetengah mang.sa Gulag masih merasa takut untuk menceritakan pengalaman buruk yang pernah mereka alami.

RUJUKAN:

Solzhenitsyn, Aleksandr. (19750). The Gulag Archipelago Two, Harper and Row.

Applebaum, Anne (August 2, 2012). The Camps Expand. Gulag: A History of the Soviet Camps. Penguin Books Limited

 

Ruangan komen telah ditutup.