Gula-Gula Getah Berusia 10, 000 Tahun Ditemui!

482

Pada tahun 1990, ahli arkeologi menemui beberapa cebisan getah di tapak penggalian manusia zaman Mesolitik di Huseby Klev, Sweden. Tetapi memandangkan pada waktu ini belum ada alatan moden untuk menganalisis data DNA manusia pada getah tersebut, maka ia menjadi sebuah misteri.

Teori pada waktu ini menyatakan, getah ini kemungkinan diambil daripada kulit kayu pokok Birch dan digunakan sebagai bahan perekat pada Zaman Batu. Cebisan ini disimpan beberapa lama waktunya oleh ahli arkeologi sebelum ia diambil oleh generasi selanjutnya.

Tetapi misteri ini terpecahkan pada tanggal 15 Mei 2019, apabila sekumpulan penyelidik dari Universiti Stockholm berjaya memecahkan misteri getah tersebut. Per Persson dan Mikael Maininen yang bertanggungjawab untuk ‘membedah’ misteri disebalik cebisan getah Huseby Klev.

Mereka membuka balik kertas kajian dan berusaha mengetahui apakah yang ada di dalam cebisan getah Birch yang kalau dipandangan mata umum hanyalah sebuah kotoran.

Penyelidikan ini direkodkan di dalam sebuah jurnal bertajuk ‘Communications Biology’ yang membincangkan diantara hubungan budaya dan genetik manusia . Selain mengetahui ia cebisan gula-gula getah yang dikunyah, para penyelidik menemui DNA manusia pra-sejarah Scandinavia yang menetap dikawasan tersebut pada 10,000 tahun yang lalu.

Dengan penemuan DNA ini, maka para penyelidik mampu mengetahui hubungan dekat manusia prasejarah di Huseby Klev dengan manusia prasejarah Mesolitik zaman Ais di benua Eropah. Salah seorang penyelidik dalam kajian ini, Emrah Kirdök, menyatakan yang analisis DNA manusia yang ada pada cebisan gula-gula getah ini menyamai dengan DNA manusia pemburu yang tinggal di barat Scandinavia berbanding dengan puak pemburu yang menetap di timur.

Penemuan gula-gula getah prasejarah ini bukan sahaja meletakkannya sebagai pemegang DNA manusia paling tua di atas dunia, bahkan ia dapat memberikan petunjuk bagaimana cara sosial masyarakat, penyakit yang dihidapi oleh mereka dan makanan yang dijamah oleh manusia pada waktu tersebut. Selain mengetahui disebalik dalaman manusia, penyelidik juga mampu membawa kajian ini dengan jauh dengan mengetahui alatan apa yang digunakan untuk mengestrak bahan daripada kulit kayu pokok.

Gula-gula getah bukan sahaja dijadikan sebagai snek ringan oleh manusia zaman parsejarah, tetapi ia juga wujud pada zaman Yunani. Pada zaman Yunani, masyarakat mereka mengunyah Mastiche yang mana diekstrak daripada pokok Mastic. Pada abad ke-2 M, masyarakat yang menetap di benua Amerika Tengah dan peradaban Maya mengunyah Sapodilla yang diekstrak daripada pokok Sapodilla.

Snek ringan ini pertama kali dikomersialkan dan dijual kepada umum oleh John Bacon Curtis pada tahun 1848. Daripada waktu inilah, iaitu dari tahun 1848 sehingga ke tahun 1960, gula-gula getah diubah pemprosesannya, dipertingkatkan bahannya, ditambah pelbagai perasa dan dibungkus dengan pelbagai variasi sehinggalah ke hari ini, gula-gula getah menjadi satu-satunya snek ringan yang murah yang mudah didapatkan dimana-mana sahaja di seluruh dunia.

Siapa sangka disebalik sisa kunyahan kotor, merupakan kunci kepada para penyelidik menyelami dunia manusia prasejarah?

RUJUKAN:

Ancient DNA from mastics solidifies connection between material culture and genetics of mesolithic hunter–gatherers in Scandinavia, Universiti Stockholm oleh Natalija Kashuba, Emrah Kırdök, Hege Damlien, Mikael A. Manninen, Bengt Nordqvist, Per Persson dan Anders Götherström.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.