Empayar Parsi merupakan sebuah empayar luas yang berpusat di Iran pada peta dunia hari ini. Empayar ini wujud sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi hingga abad ke-20 Masihi. Cyrus the Great merupakan pengasas Empayar Parsi sekitar 550 Sebelum Masihi. Empayar ini yang juga dikenali sebagai Empayar Achaemenid, merupakan hab kebudayaan, agama, sains, kesenian dan teknologi dunia yang bertahan sehingga 200 tahun sebelum empayar ini jatuh, diserang oleh tentera-tentera pimpinan Alexander the Great.

Pemimpin Terulung Empayar Parsi

Pada awalnya, Empayar Parsi muncul dari sebuah komuniti di kawasan tanah rata Iran. Masyarakat ini terdiri daripada suku-suku manusia yang separa nomad yang menjadikan penternakan kambing sebagai aktiviti utama komuniti ini. Komuniti ini dipimpin oleh Cyrus the Great.

Di bawah tampuk pemerintahan Cyrus, beliau berjaya menewaskan kerajaan-kerajaan sekitarnya termasuklah Media, Lydia dan Babylon. Kerajaan-kerajaan yang berjaya ditawan tersebut, diletakkan di bawah satu pusat pemerintahan dan menjadi titik tolak kepada pembukaan sebuah empayar yang juga dijuluki sebagai Empayar Achaemenid pada 550 Sebelum Masihi. Antara pencapaian terulung kepimpinan Cyrus ialah beliau berhasil menawan tiga tapak peradaban utama manusia purba seperti Mesopotamia, Lembah Nil dan Lembah Indus.

Puncak Kegemilangan

Raja Keempat Empayar Achaemenid, Darius the Great, telah memerintah empayar ini semasa di puncak kegemilangannya. Beliau telah memperkenal dan menyelaraskan urusan kewangan dan urusan sukat dan timbang di seluruh pelosok Empayar Parsi. Aramaic diperkenal sebagai bahasa rasmi empayar ini dan Darius juga telah membina jalan-jalan bagi menghubungkan kawasan-kawasan di bawah pemerintahannya.

Empayar Parsi yang dipimpin Darius the Great berjaya diperluas dari Semenanjung Balkan Eropah yang sebahagiannya dari negara Bulgaria, Romania dan Ukraine, hingga ke Lembah Indus di barat laut India dan ke selatan hingga ke Mesir.

Kawasan empayar yang luas telah mendorong orang-orang Parsi sebagai kumpulan manusia pertama yang membina laluan-laluan perhubungan utama antara tiga benua yang terdiri daripada Afrika, Asia dan Eropah. Mereka telah membina banyak jalan yang baru dan telah mengembangkan servis perkhidmatan pos pertama di dunia.

Masyarakat Parsi Purba telah mempersembahkan kesenian mereka dalam pelbagai bentuk termasuk dari kerja-kerja logam, ukiran-ukiran pada batu, aktiviti menenun dan seni bina. Antara penemuan awal kesenian masyarakat Parsi ialah Naqsh-e Rustam, kawasan perkuburan purba yang di pahat dari batu, yang menjadi tempat penyimpanan makam raja-raja Achaemenid. Mural-mural yang diukir pada batu-batu tersebut menggambarkan situasi-situasi siri kejayaan mereka di setiap pert3mpuran yang ditempuhi.

Selain itu, antara hasil kerja-kerja logam masyarakat Parsi juga telah ditemui pada tahun 1870. Sekumpulan penyeludup telah menemui pelbagai artifak emas dan perak di kawasan runtuhan berdekatan dengan Sungai Oxus, Tajikistan.

Antara artifak yang ditemui ialah sebuah kereta kuda emas yang bersaiz kecil, syiling-syiling dan gelang-gelang yang bermotifkan griffon, seekor haiwan mitos yang bersayap, berbadan singa dan berkepalakan helang . Haiwan ini telah diangkat sebagai simbolik kepada sebuah ibu kota Parsi Purba iaitu Persepolis.

Terdapat juga kawasan-kawasan pemerintahan Empayar Achaemenid yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco. Antaranya ialah Persepolis, ibu kota Parsi Purba yang terletak di selatan Iran. Tempat ini telah diiktiraf sejak tahun 1979 dan juga merupakan antara tapak arkeologi yang agung di seluruh dunia.

Tidak Selamanya Bertakhta

Sisi kejatuhan Empayar Parsi bermula setelah empayar ini diserang oleh Yunani. Walaupun serangan Yunani yang dipimpin oleh Xerxes 1 ini tidak berjaya pada 480 Sebelum Masihi, namun serangan ini telah memberi impak yang besar kepada ekonomi Parsi.

Empayar Parsi mula meningkatkan kos pertahanan di setiap kawasan pemerintahannya dan telah memerah keringat warga Parsi dengan kadar cukai yang tinggi bagi menampung pembiayaan tersebut.

Dinasti Achaemenid akhirnya tumbang setelah diserang oleh tentera Macedon yang dipimpin oleh Alexander the Great pada 330 Sebelum Masihi. Para penguasa seterusnya, berusaha untuk mengembalikan Empayar Parsi di perbatasan Achaemenia, walaupun mereka tidak pernah memperoleh kembali keluasan kerajaan seperti yang telah dicapai oleh Cyrus the Great.

RUJUKAN:

History.com Editors. (2018, January 25). Persian Empire. Retrieved October 07, 2020, from https://www.history.com/topics/ancient-middle-east/persian-empire


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.