Grand Design Penjajahan British Ke Atas Negara Umat Islam

7,995

Bila aku baca sejarah penjajahan British di negeri-negeri umat Islam, aku dapat trace satu pattern muslihat yang hampir sama mereka gunakan untuk membelit setiap kerajaan umat Islam. Grand Design mereka adalah Pecah dan Perintah dengan cara adu domba, perang saudara serta perjanjian-perjanjian licik yang menjeratkan.

Kadang tu penstrukturan semula demografi turut dilaksanakan dengan melibatkan kaum-kaum pendatang bahkan sampai wujud “Two Nation State Theory”. Kaum majoriti dilemahkan, kaum minoriti menjadi dominan.

Aku lihat macam mana mereka mencipta masalah dan mereka juga yang “tolong” selesaikan masalah itu secara “separa siap”. Lalu “masalah separa siap” itu ditinggalkan kepada pemerintah tempatan pasca kemerdekaan.

Taktik “Grand Design” ini dilakukan British di Hijaz dan Palestin. Dan taktik ini juga yang menyebabkan jatuhnya Khalifah Turki Uthmaniyyah, Kesultanan Mughal dan Kesultanan Mesir. Taktik sama juga berlaku di Alam Melayu.

Para Sultan diperdaya, dipaksa bersekongkol dengan penjajah, dijadikan benteng British bagi menghadapi penentangan rakyat sendiri. Para Sultan terbelit dengan perjanjian-perjanjian bak, “Ditelan mati ibu, diluah mati bapa”.

Rakyat mula bangkit di zaman “Tajdid wa Islah” beralasankan reformasi dan modenisasi. Mereka menentang British. Mereka juga menentang para Sultan yang dituduh bersubahat dengan British. Ke semua negeri umat Islam berusaha menjatuhkan Raja masing-masing. Begitu juga di Alam Melayu.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Ada gerakan rakyat tempatan dari kalangan umat Melayu sendiri yang nak jatuhkan para Sultan. Namun, muslihat ini dapat dihidu oleh para ulama Kaum Tua yang telah banyak menyaksikan makar British di Mekah. Jadi mereka berjuang menentang British bagai, “Menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak”.

Time tu Mekah merupakan pusat strategi dan kajian geo-politik umat Islam dalam kalangan para ulama. Mereka berkumpul di sana dan merancang gerakan-gerakan Jihad yang Syarie. Selain para ulama Arab dan Afrika, para ulama India dan Nusantara juga aktif di sana sebelum pulang melancarkan agenda di tanah air. Namun, British dapat hidu dan ada antara gerakan ini dapat disekat. Malah pusat ni kemudiannya dihapuskan pula. Umat Islam bagai “Anak ayam kehilangan ibu” selepas payung Uthmaniyyah dimusnahkan.

Dalam banyak-banyak negeri umat Islam yang dijajah British, Tanah Melayu yang paling bernasib baik. Golongan ulama Kaum Tua mengajak umat Melayu melawan British tetapi tetap mempertahankan Institusi Raja Melayu kerana mereka tahu apa yang British caturkan selama ratusan tahun penjajahan.

Umat Melayu ketika itu telah hampir kehilangan Raja buat selama-lamanya sepertimana negeri umat Islam yang lain. Raja-Raja Melayu dah sign dah pun surat dengan British untuk turun takhta dan serahkan kepada “kerajaan rakyat”. Tapi sebahagian besar umat Melayu atas nasihat para ulama Kaum Tua berusaha memperjuangkan agar Raja-Raja dikembalikan takhta mereka.

Ada siapa yang kenal dan tahu peranan Syeikh Abdullah Fahim dalam kemerdekaan negara kita? Beliau antara saki-baki batch terakhir ulama Kaum Tua yang berjuang sebelum negera kita mencapai kemerdekaan. Beliau mewarisi perjuangan ulama Kaum Tua yang telah dilaksanakan sejak sekian lama oleh batch terawal. Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, walaupun Institusi Raja Melayu dapat dikekalkan hasil usaha para ulama Kaum Tua, namun jasa-jasa mereka kini bagai dipadam dari sejarah!

* Gambar ialah Sultan Bahadur Shah Zafar. Pemerintah Islam terakhir di India yang mana Kesultanan Mughal ini pernah menjadi empayar terkaya di dunia mengatasi Utmaniyyah sendiri bahkan mengalahkan kekayaan Raja Perancis. Namun di hujung usia, baginda terlantar sakit hingga mangkat secara sedih dalam buangan di Burma. Harta kekayaan Empayar Islam Mughal dirompak licin.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.