Hari ini dalam sejarah. Syarikat teknologi Google hari ini membuat pengunguman dan pada masa yang sama mengeluarkan kertas kajian berkenaan dengan keupayaan Komputer Kuantum mereka yang didakwa mampu berfungsi dengan lebih laju berbanding dengan komputer-komputer lain dalam dunia ini, hatta superkomputer sekalipun.

Sebelum pergi lebih jauh, ayuh kita lihat apa itu Komputer Kuantum, dan apa bezanya jika dibandingkan dengan komputer biasa.

Komputer biasa, atau komputer klasikal, berfungsi dengan menggunakan bit yang terdiri dari gabungan 0 dan 1. Gabungan-gabungan bit ini kemudiannya membentuk byte, dan byte-byte ini membentuk data-data yang pelbagai, seperti audio, gambar dan sebagainya.

Komputer Kuantum, sama seperti komputer biasa, turut beroperasi menggunakan bit. Namun, beza komputer kuantum dengan komputer kuantum adalah, kalau komputer biasa menggunakan bit 0 atau 1, bit kuantum pula merupakan bit yang terdiri dari 0, 1 dan gabungan bit 0 dan 1 secara serentak.

Hal ini dipanggil sebagai Superposisi Kuantum, di mana satu entiti mampu berada dalam dua keadaan berbeza pada masa yang sama. Ia hanya boleh berlaku dalam keadaan yang amat terkawal, keadaan di mana Koherens Kuantum (keadaan kuantum tu) mampu dikekalkan.

Berbalik kepada komputer klasikal yang digunakan sekarang, salah satu fungsi komputer pada zaman sekarang adalah untuk fungsi membuat pengiraan. Proses pengiraan yang terjadi pada processor komputer kita akan memakan memori komputer dan ruang komputer kita, jadi semakin kompleks pengiraan yang ingin kita lakukan, semakin banyak ruang dan memori yang terpaksa digunakan.

Di sinilah apa yang dipanggil “Quantum Supremacy” terjadi.

Menurut Google, komputer mereka telahpun berjaya melakukan proses kira-kira yang kalau dibuat pada superkomputer, akan memakan masa selama beribu-ribu tahun. Dengan teknologi Komputer Kuantum ini,yang diberi nama processor Sycamore, pihak Google berjaya untuk melakukan proses kira-kira tersebut dalam masa lebih kurang 200 saat!

Laju gila!

Hal ini kemudiannya menimbulkan perbalahan dan rasa tidak puas hati dari satu lagi pihak, iaitu IBM yang merupakan peneraju teknologi Supercomputer dan Quantum Computer yang lebih awal dari Google.

Oleh sebab Google mendakwa bahawa kira-kira tersebut akan memakan masa selama beribu tahun, pihak IBM, sebab mereka yang ada superkomputer paling pantas setakat ini, namanya Summit, IBM mendakwa bahawa pengiraan oleh superkomputer mereka memakan masa dalam 2.5 hari, bukan beribu tahun seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak Google.

Buat masa sekarang, pihak Google dan IBM masih lagi belum menunjukkan tanda mereka mahu mengalah dalam perdebatan Quantum Supremacy ini, namun untuk kita peminat teknologi dan sains, ini merupakan masa yang amat mengujakan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Universe in a Nutshell, salah satu video yang membuka minda pemikir muda ini untuk mula meminati fizik. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, dia kini sedang berusaha untuk merakyatkan sains kepada pelajarnya dan masyarakat umum. Minat utamanya adalah fizik moden, termasuk relativiti dan teori kuantum, di samping falsafah, ekonomi dan tasawuf

Comments are closed.