Setakat artikel ini ditulis, wabak Covid-19 mempunyai sejuta kes positif penyakit berkenaan dengan 52,000 orang lagi m4ti. Di sesetengah negara, peningkatan kes Covid-19 disumbang oleh perkumpulan kumpulan keagamaan seperti Shincheonji (Korea Selatan) dan perkumpulan tabligh Sri Petaling (Malaysia).

Di negara haram Israel, Tel Aviv mengalami pening kepala teramat berikutan kebanyakan peningkatan kes Covid-19 disumbang oleh komuniti Ultra-Konservatif atau Haredim. Israel pada hari ini merupakan negara yang ke-18 yang terkesan dek wabak. Dan kebanyakan hospital besar rejim melaporkan 60% kes datangnya dari komuniti yang membentuk 12% komposisi rakyat Israel.

Kenapa puak-puak Haredim yang menjadi penyumbang utama? Apabila virus mula-mula menular di kalangan Haredi, puak-puak ni ingkar arahan social distancing dan masih bersembahyang ramai-ramai di synagoue. Yeshiva (sekolah agama) bukak macam biasa. “Tak mengaji (bitul Torah) lebih bahaya daripada virus” kata rabbi diaorang. Makin ramai kena jangkit jadinya.

Dengan lebih 6,000 kes positif Covid-19 dan 31 kes kem4tian, komuniti Haredim akhirnya akur dengan perintah kerajaan untuk duduk diam di rumah. Keakuran ini dicapai selepas ketua rabbi mereka sendiri yang mengeluarkan arahan kepada seluruh anggota komuniti untuk berada di rumah dan tidak keluar ke mana-mana.

Dan memandangkan kebanyakan anggota komuniti Haredim tidak mempunyai akses kepada televisyen atau telefon pintar, pengumuman untuk mereka kekal di rumah dibuat melalui sukarelawan yang memandu sekitar kawasan kejiranan mereka. Mesejnya mudah: kekal di rumah dan tidak berkumpul serta laporkan siapa yang tidak patuh kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

Nak tahu apa gelaran yang diberi kepada mana-mana anggota Haredim yang keluar dan melanggar perintah berkurung rejim? PEMBUNVH! Gelaran itu diberi kerana mereka yang keluar dan melanggar arahan dianggap merancang pembunuhan melalui penyebaran wabak.

Situasi ini memeningkan kepala bukan saja rejim Tel Aviv tetapi juga komuniti Haredim itu sendiri. Ini kerana menerusi perintah berkurung, mereka dilihat melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan apa yang diajar dalam kitab mereka.

Selain itu, antara punca peningkatan kes membabitkan kelompok Haredi ialah faktor kemiskinan. Ini kerana dalam rumah yang mempunyai tiga bilik, ia boleh dihuni antara tujuh hingga lapan orang pada satu-satu masa. Untuk mengelak penyebaran Covid-19, rejim menyediakan hotel-hotel untuk menempatkan ahli keluarga yang sihat dari dijangkiti penyakit berkenaan.

Krisis penularan Covid-19 turut mendedahkan hubungan renggang antara rejim dengan komuniti Haredim. Bagi komuniti ini, walaupun negara haram Israel ialah sebuah negara Yahudi tetapi dari segi amalan, ia sama sekali berbeza dengan amalan mereka.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah anggota kabinet Benjamin Netanyahu. Menteri Kesihatan Yaakov Litzman ialah seorang penganut Yahudi Ultra-Konservatif dan cuba mewujudkan kompromi dengan komuniti berkenaan.

Misalnya, beliau cuba meminta rabbi-rabbi Haredim untuk tidak membenarkan anggota komuniti mereka yang dikuarantin dari menghadiri perkumpulan saumaah awam untuk cuti Purim. Tetapi pada masa sama, Litzman terus membenarkan perkumpulan doa diteruskan di sebalik pertambahan kes Covid-19 di Israel.

Akibatnya, Litzman kini disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan. Selain berita Menteri Kesihatan Israel positif Covid-19, akhbar-akhbar komuniti Haredim turut menunjukkan gambar bilangan anggota komuniti itu mati di luar negara termasuk New York dan Paris.

Selepas berita-berita inilah, barulah Rabbi Chaim Kanievsky, seorang rabbi Haredim terkenal menyeru pengikut ajaran itu untuk kekal di rumah. Manakala Datuk Bandar Bnei Brak yang berfahaman Haredim turut menyeru penduduk agar kekal di rumah selepas isterinya disahkan positif Covid-19.

Di sebalik pelbagai langkah yang diambil, masih ramai yang bersikap skeptik dan terus mencabar rejim. Justeru, rejim Zionis bukan sekadar menguatkuasakan sekatan jalan raya dan menggunakan dron pengawasan tetapi juga menggunakan bom tangan kejutan untuk menyuraikan penduduk untuk pulang.

Ya, taktik sama yang digunakan untuk jiran mereka, penduduk Palestin kini digunakan kepada penduduk berfahaman Haredim. Jika kantoi, memang nasib AS$1,000 melayang sebagai denda kerana enggan mematuhi perintah berkurung.

Justeru, tidak hairanlah bila penduduk berfahaman Haredim ini melihat kelibat tentera dan polis rejim yang menguatkuasakan perintah berkurung, terma ini yang keluar dari lidah mereka: NAZI!

RUJUKAN:

Estrin, Daniel dan Sockol, Sami. (2020). Israel Faces Challenges In Fighting Coronavirus In Ultra-Orthodox Communities. NPR. https://www.npr.org/2020/04/01/825260941/israel-faces-challenges-in-fighting-coronavirus-in-ultra-orthodox-communities


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.