Konsep mencipta manusia buatan oleh seorang manusia sebenar tanpa penglibatan Tuhan bukanlah suatu perkara yang janggal dalam norma masyarakat terdahulu. Sebagai contoh dalam ilmu hitam Yahudi iaitu ilmu Kabbalah, terdapat beberapa lagenda dan kisah yang menceritakan kewujudan makhluk kecil berupa manusia (homunculus) dan makhluk yang diperbuat daripada tanah liat (golem) menerusi amalan magis dan mistik, yang menggambarkan keupayaan manusia “berkongsi” kuasa Tuhan.

Penganut Kristian dan Yahudi pada ketika itu melarang perbuatan menghidupkan makhluk atas keupayaan sendiri, dan menganggap ia amalan syirik (blasphemy), melanggar batas kemanusiaan dan mempercayai ianya suatu perjanjian yang dibuat bersama Syaitan.

Sebelum kebangkitan ilmu sains, (iaitu zaman pra-sains), idea pembentukan manusia buatan (homunculus dan golem) sudah lama bertapak dalam amalan masyarakat lama. Menurut sejarah, masyarakat ketika itu sudahpun mempunyai teknologi mekanikal, iaitu pergerakan automatik yang menggunakan kuasa stim dan pergerakan pasir.

Pada ketika itu, patung mekanikal (puppetry) sudah lama diamalkan, seperti burung mekanikal, patung ukiran bergerak dan teater patung mekanikal kecil. Malah, selain dicipta sebagai suatu bentuk hiburan, patung-patung ini juga digunakan dalam ritual penyembahan mereka. Mereka mempercayai bahawa pembentukan manusia buatan oleh seorang manusia sebenar (puppetry) bukanlah untuk membentuk suatu bangsa manusia yang baru atau memberi “nyawa” kepada benda tidak hidup, akan tetapi sebaliknya merupakan penyediaan untuk kefahaman keagamaan Theurgy.

Theurgy adalah kefahaman agama yang mana mengamalkan ritual menyeru atau memanggil para Tuhan untuk memasuki dan bersemadi didalam jasad seseorang manusia demi mencapai henosis (kesempurnaan diri). Ia didirikan oleh aliran kefahaman NeoPlatonism pada era Zaman Pertengahan. Penggunaan patung (artificial intelligence) dalam amalan keagamaan ini seakan menjemput Tuhan mereka untuk bersemadi didalam jasad buatan ini. Seperti magnet yang menarik kuasa Tuhan, lebih kurang. Bahkan Pope Sylvester II pernah direkod berkomunikasi dengan suatu “kepala yang bergerak”.

Golem

Golem merupakan sebuah makhluk mistik dari kepercayaan Yahudi yang diciptakan oleh manusia melalui tanah liat atau lumpur, untuk melakukan tugasan dan melindungi tuannya. Golek tidak mempunyai bentuk tubuh yang spesifik, hanya digambarkan sebagai makhluk tidak berbentuk. Golem dipercayai boleh dikawal oleh penciptanya sendiri, atau diwariskan kepada orang lain. Golem mempunyai kekuatan luarbiasa melebihi kemampuan manusia, akan tetapi tidak mempunyai kecerdasan otak, sekadar patung kosong yang menurut perintah sahaja.

Sejarah kisah golem awalnya diceritakan didalam kitab Talmud secara singkat dan agak kabur, menceritakan kisah Adam pada awalnya diperbuat daripada lumpur dan tanah liat tanpa sebarang bentuk manusia, hanya untuk 12 jam pertama kewujudannya. Kemudiannya golem diceritakan pernah dicipta oleh Rava, seorang rabbi di Mahoza. Rava menghantar golemnya berjumpa Rav Zeira di Israel. Apabila ditanya soalan olehtakan Zeira kepada golem tersebut, ia tidak menyahut akibat dari ketidakupayaannya untuk bersuara. Lantas Zeira berkata, “Engkau diciptakan oleh yang berilmu, maka kembalilah engkau menjadi debu”.

Akan tetapi kisah golem yang paling signifikan adalah berkenaan Golem Chelm yang dicipta oleh Rabbi Eliyahu (Elijah) dari Chelm. Dikhabarkan, seorang pengamal ilmu Kabbalah pernah ternampak Rabbi Eliyahu mencipta sebuah golem dan mengarahkannya melakukan tugasan berat bagi pihaknya. Pada dahi golem tersebu terdapat perkataanאמת  (Emet) yang membawa maksud Kebenaran.

Akan tetapi, lama-kelamaan golem tersebut menjadi semakin besar. Rabbi Eliyahu risau sekiranya golem ini menjadi terlampau besar, ia boleh memusnahkan dunia ini. Maka Rabbi Eliyahu bertindak memadamkan satu huruf pada perkataan Emet menjadi מת (Met) yang membawa maksud Kematian. Sejurus memadam huruf tersebut, golem itu berderai menjadi debu semula. Kisah ini juga direkodkan oleh Rabbi Jacob Emden.

Golem juga dikatakan boleh dikawal dengan meletakkan satu skrol kecil yang mengandungi beberapa huruf membentuk shem, iaitu nama-nama Tuhan Judaism kedalam mulut golem. Golem secara ringkasnya adalah makhluk yang diberi nyawa, tapi tidak roh.

ETIMOLOGI HOMUNCULUS DAN GOLEM

Homunculus berasal dari perkataan Latin homo (manusia) dan -culus (kata nama bagi sesuatu alatan atau pekakas). Gabungan kedua perkataan ini membentuk homunculus (homunculi jika banyak) yang bererti, manusia kerdil.

Golem pula diambil dari perkataan Hebrew, gólem, dan Yiddish, goylem yang membawa maksud objek tidak berbentuk (shapeless mass).

SAINS DISEBALIK HOMUNCULUS

Homunculi (homunculus) digambarkan sebagai jasad yang dibentuk oleh manusia melalui amalan magik. Homunculi, seperti yang direkodkan oleh Paracelsus (1493-1541), adalah seorang manusia yang dibentuk melalui sperma laki-laki tanpa menjalani proses mengawan bersama wanita mahupun melibatkan jasad seorang wanita (yang dipercayai adalah sumber sihir black magic, witchcraft). Menurut beliau lagi ;

Seorang homunculus boleh diciptakan dengan cara meletakkan sperma didalam sebuah bekas kaca kedap udara, dan ditanam didalam baja (najis) kuda selama 40 hari, nescaya ia akan mula hidup dan bergerak. Beberapa seketika, ia akan mula membentuk seperti bentuknya jasad manusia, akan tetapi ia masih lutcahaya dan tiada badan yang sebenar.

Jika ia kekal diberi Arcanum sanguinis hominis sehingga minggu ke 40, dan masih dibiarkan didalam baja kuda dengan suhu yang terkawal, ia akan tumbuh sepertimana tumbuhnya seorang kanak-kanak dari rahim wanita, lengkap dengan anggota. Akan tetapi ia bersaiz lebih kecil berbanding kanak-kanak biasa. Kami menggelarkannya homunculus. Ia boleh dibesarkan dan membesar, diajar dan belajar, membentuk logik, rasional dan mampu menjaga dirinya sendiri.

Ada yang berpendapat bahawa “Arcanum sanguinis hominis” bermaksud darah manusia, manakala ada yang berpendapat ianya adalah sperma manusia, selain ia mungkin merujuk kepada ovum wanita. Ada juga yang berpendapat bahawa Paracelsus sebenarnya sedang menerangkan tentang proses persenyawaan manusia diluar rahim (vitrofertilization), akan tetapi menggunakan konsep mistik dan magis untuk kefahaman masyarakat eranya.

Ini tidak jauh bezanya dengan amalan membentuk embryo melalui test tube yang digunapakai hari ini, dimana baja diibaratkan sebagai inkubator meregulasikan suhu, berlarutan sehingga 40 hari sepertimana diperlukan embryo didalam rahim, dan melibatkan dua gametes (sperma dan ovum).

Amalan membentuk homunculus ini sebenarnya sudah dinyatakan dalam ilmu alchemy, suatu ilmu purba yang dibangunkan di Mesir. Alchemy asasnya merupakan ilmu spiritual yang mengkaji rahsia pembentukan alam semulajadi, melalui kesedaran spiritual dan kepercayaan bahawa diri si pengkaji dan alam adalah satu. Ilmu ini kemudiannya berubah mengikut zaman sehinggalah ia kini dikenali sebagai sains kimia.

SAINS DISEBALIK GOLEM

Kisah kewujudan golem banyak diimplementasi didalam karya fiksyen moden, seperti filem Frankenstein karya Mary Shelley atau tulisan bersiri The Lord Of The Rings, karya J.R.R. Tolkien.

Namun, adakah golem itu mampu dihidupkan secara saintifik?

Diteorikan bahawa ketika era agama Yahudi, golem hanya diciptakan daripada tanah liat dan lumpur. Ini kerana, besar kemungkinan pada ketika itu, masih tiada lagi mineral yang cukup kuat untuk dijadikan tubuh makhluk ini. Pendek kata, lumpur dan tanah liat merupakan bahan paling banyak dan paling kukuh yang boleh digunakan untuk membentuk sebuah golem.

Manakala imej yang sering ditunjukkan didalam filem moden pula menggambarkan golem tercipta daripada objek-objek keras seperti kerikil, batuan bukit, berlian, magma, atau batu besar seperti yang dipertontonkan dalam siri Supernatural.

Sebenarnya, imej golem sudahpun bertapak dalam dunia serba moden kita ini. Walaupun tidak diciptakan menggunakan batuan dan tanah liat, manusia sudahpun mencipta golem menggunakan besi, alloy dan campuran bahan metalik. Ya, kita tidak memanggilnya sebagai golem. Akan tetapi, kita menggelarkannya sebagai robot.

Robot dicirikan sebagai makhluk ciptaan manusia yang diberi nyawa tetapi tiada roh. Robot acapkali ditugaskan untuk melindungi pemilik dan ahli keluarganya, habitatnya (rumah, bangunan, negara), dan diberikan tugasan-tugasan untuk dilengkapkan oleh tuannya.

Robot tidak berakal, dan tidak mampu bertutur (berkomunikasi). Ia perlu dikawal oleh manusia untuk beroperasi. Ia mempunyai keupayaan luarbiasa melebihi kemampuan manusia. Sama seperti golem, bukan? Sebagai contoh, anda boleh lihat penciptaan robot terbaru di Tokyo, Robot Kurata.

Berkenaan penggunaan tulisan untuk mengaktifkan, mengawal dan mematikan golem, ini juga digunapakai ketika mengendalikan robot. Walaupun tidak menggunakan nama Tuhan, tulisan-tulisan ini boleh diibaratkan seperti memasukkan kod atau data bagi menghidupkan, mengawal, dan mematikan robot-robot ini. Data dan kod ini dicipta dalam bentuk kata kunci, analog dan lain-lain bentuk, dan ia mempunyai “kuasa” tersendiri, sama seperti penggunaan nama Tuhan.

Bahkan, terdapat suatu konferens bertajuk Beyond Artificial Intelligence telah dijalankan di Czech Republic pada tahun 2013 berkenaan pembuatan/penciptaan artificial intelligence berdasarkan pembentukan golem. Sebuah kertas kerja telah dihantar, bertajuk “Artificial Golem Intelligence”.

PENUTUP

Ringkasnya, pembentukan homunculus dan penciptaan golem sebenarnya selari dengan pembentukan embryo daripada proses vitrofertilization dan penciptaan robot pada masa kini.

#AC


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Mengapa sistem huruf moden perlu disusun bermula dari A hingga Z walhal tiada satu pun syarat yang mewajibkan sedemikian?" Seorang jururawat lelaki yang gemar melihat hidup dari sisi dan perspektif tidak lazim dan janggal. Kadangkala sehingga mencabar kefahaman terhadap diri sendiri.

Comments are closed.