Golden Horde: Empayar Monggol Yang Beragama Islam

4,869

Kejatuhan Empayar Mongol sebenarnya telah bermula awal lagi iaitu sebaik saja kem*tian pemerintah teragung yang menyatukan seluruh bangsa Mongol, Genghis Khan, pada tahun 1227.

Empayar Mongol, dengan empat kali ganda lebih besar berbanding keluasan wilayah yang pernah ditakl*k Alexander The Great dan dua kali lebih besar dari keluasan Empayar Rom, ia membentang sejauh dari Laut Kaspia hingga ke Laut Jepun.

Menjelang tahun 1300, keturunannya telah melipatgandakan keluasan wilayah penakl*kan Mongol, ia melalui penakl*kan seluruh China, Korea, Tibet, Pakistan, sebahagian besar Turki, Russia, Ukraine dan separuh Poland, jika dikira, ia meliputi satu perenam jisim tanah di seluruh dunia.

Sebelum kem*tiannya, Genghis telah membahagikan kerajaannya di antara empat orang puteranya, dengan memberikan wilayah takl*kan barat dan semua tanah di sebelah barat Danau Balkhash di Asia Tengah, melintasi Ural sejauh Danube dan ke utara Laut Kaspia hingga ke Moscow dan seterusnya, kepada anak sulungnya, Jochi.

Setelah kem*tian Jochi pada tahun 1225, empayarnya yang kemudian akan dikenali sebagai Golden Horde (Zolotája Ordá) diwariskan kepada puteranya, Batu, yang mendirikan ibu kotanya di Sarai yang hari ini merupakan sebahagian daripada Russia, pada tahun 1242.

Batu telah berjaya meluaskan Empayar Mongol dalam siri kempen penjar*han dan menakl*ki Kiev pada tahun 1240. Setelah penakl*kan Rus, dia menubuhkan Empayar Golden Horde di sektor barat laut Empayar Mongol.

Demografi Golden Horde adalah gabungan etnik Turki dan Mongol dengan yang kemudiannya akan terdiri daripada majoriti golongan bangsawan.

Nama “Golden Horde” bukanlah nama yang popular dan ia pertama kali muncul di wilayah lindungan Slavik sebagai nama kehormat. Nama sebenarnya adalah Kipchak Khanate. Tetapi mengapa “emas”?

Ia bukan kerana harta karun dan emas yang mereka rampas dalam penakl*kan, melainkan hanya merujuk pada budaya nomad mereka, ia berkaitan dengan khemah berwarna emas yang mereka dirikan di tengah padang rumput yang kosong.

Pada kemuncak kekuasaannya sekitar tahun 1310 wilayah pemerintahan khanate itu melebihi 6 juta kilometer persegi termasuk sebahagian besar Eropah Timur dan membentang luas hingga ke bahagian Siberia. Di selatan empayar ia menyebar hingga ke Laut Hitam.

DEMOKRASI MONGOL

Ketika Batu Khan meninggal dunia pada tahun 1255, beliau digantikan sementara oleh puteranya Sartaq Khan dan Ulaghchi, sebelum adiknya Berke mengambil alih pemerintahan pada tahun 1257.

Berke adalah pemerintah yang berkemampuan dan berjaya mengekalkan kestabilan pentadbiran Golden Horde selaku wilayah khanate barat Empayar Mongol.

Semasa pemerintahan Berke Khan, bangsa Mongol akhirnya menundukkan pemberontakan Danylo dari Halych dan membuat ser*ngan kedua terhadap Poland dan Lithuania, yang dipimpin oleh Panglima Burundai (Lublin, Zawichost, Sandomierz, Kraków dan Bytom dij*rah) pada tahun 1259.

Malahan pada tahun 1265 lagi mereka melancarkan serbuan ke atas Bulgaria dan Thrace di Byzantine. Kaisar Michael VIII dari Empayar Byzantine bahkan terpaksa mengirimkan kain yang berharga kepada pemerintahan Golden Horde sebagai simbol penghormatan semenjak itu.

Berke Khan memeluk agama Islam di kota Bukhara pada tahun 1252. Ketika dia berada di Saray-Jük, Berke telah bertemu dengan rombongan kabilah pedagang dari Bukhara dan bertanyakan tentang kepercayaan mereka.

Berke akhirnya diyakinkan untuk memeluk Islam oleh pengembara kabilah dan menjadi seorang Muslim. Berke kemudian turut memujuk salah seorang saudaranya, Tukh-timur untuk memeluk Islam juga.

Pada tahun 1248 Batu mengirim Berke, bersama saudaranya Tukh-timur, ke Mongolia untuk mengiktiraf kedaulatan Möngke Khan yang bakal menaiki takhta Khan Agung. Ketika dia tiba, dia menjemput keluarga Chagatai dan Ogedei beberapa kali namun ditolak.

Itulah sebabnya Berke mengambil keputusan untuk melaksanakan proses kurultai pada tahun 1251 dan Möngke dinobatkan secara sah kerana Berke telah mengatur segalanya mengikut peraturan yang sangat ketat.

Kurultai adalah satu proses pemilihan di mana semua Ketua-ketua Mongol akan bersidang untuk memilih Khan Agung yang baru. Kurultai seringkali berlaku tetapi tidak selalunya diadakan di ibu kota Empayar Mongol.

Ia merupakan waktu untuk memberikan semua posisi kepemimpinan ruang kritikan serta kesempatan untuk menentukan arah tuju dan wawasan yang akan dilaksanakan di bawah Khan dan kepemimpinan baru nanti.

FASA PERPECAHAN

Setelah lebih dari satu abad selepas kem*tian Genghis Khan, Empayar Mongol mula berpecah kepada beberapa kerajaan dari puncak kegemilangannya yang tertinggi hingga menjadi kerajaan-kerajaan kecil.

Pertikaian yang besar berlaku antara keturunannya lalu menyebabkan legasi Empayar Mongol dipecah menjadi empat khanate yang berbeza, yang masing-masing diperintah oleh Khan-khan yang berbeza.

Empayar Mongol berubah sekali lagi, dari sebidang tanah yang huru-hara lagi gersang kemudian disatukan dalam satu sempadan berkat ketakutan yang ditimbulkan oleh Genghis Khan sendiri terhadap wilayah-wilayah takl*kannya.

Akhirnya bangsa Mongol berpecah kembali tetapi kali ini jauh lebih kecil daripada wilayah yang asal sebelum Genghis Khan bangkit. Empayar Golden Horde juga tidak selamanya bertuah, namun mereka digantikan oleh puluhan khanate yang bakal melahirkan identiti bangsa baharu seperti Kazakh Khanate, Crimean Khanate, dan Uzbek Khanate.

Walau bagaimanapun, semua khanate itu berjaya meneruskan kelangsungan hayat mereka untuk sepanjang tahun yang mendatang; mereka melaksanakan dasar-dasar yang memastikan keselamatan para pedagang asing terjamin di Laluan Sutera, dan mereka mengekalkan hubungan diplom*tik dengan tamadun yang berdekatan.

Sementara itu Kublai Khan, Khan Agung itu berjaya menggulingkan Dinasti Song yang memerintah seluruh tanah besar China lalu menubuhkan Dinasti Yuan.

Di Ilkhanate Parsi pula, hak-hak yang diberikan kepada para penduduk yang ditakl*k dan keterbukaan mereka untuk berasimilasi dengan budaya dan agama di Parsi membawa kedamaian dan kemakmuran sementara pada zaman itu.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Walaupun bangsa Mongol pasca kebangkitan lebih teruk perpecahannya berbanding daripada zaman Genghis Khan, orang Mongol mula berkembang sebagai masyarakat yang lebih maju dan terbuka untuk berhubung dengan dunia luar berbanding era sebelumnya.

Namun, setiap pemerintahan khanate mula menghadapi cabaran secara bebas, yang pertama adalah Ilkhanate Parsi. Tabiat Ilkhan yang suka berbelanja besar telah membebankan perbendaharaan kerajaan; eksploitasi terhadap golongan petani menyebabkan berlaku pemberontakan dan penurunan nilai pendapatan negara.

Cubaan untuk memaksa rakyat jelata supaya beralih kepada penggunaan wang kertas sebagai ganti duit syiling logam menyebabkan para peniaga menutup kedai, ia sekaligus mengakhiri budaya perdagangan di Parsi sepenuhnya. Menjelang tahun 1335, Ilkhanate runtuh dan menjadi kerajaan-kerajaan tempatan yang kecil kerana kekurangan pewaris.

Berbalik kepada Golden Horde, pentadbiran mereka mengalami kekacauan politik dalaman yang ganas bermula pada tahun 1359, sebelum disatukan kembali secara berperingkat (1381–1395) di bawah pemerintahan Tokhtamysh.

Justeru, tidak lama kemudian setelah pencerobohan Timur, pengasas Empayar Timurid, pada tahun 1396, Empayar Golden Horde berpecah belah menjadi Tatar Khanate yang lebih kecil yang terus kehilangan pengaruh dan kuasa.

Pada awal abad ke-15, saki baki Golden Horde sudah tiada pengaruh lagi, namun menjelang tahun 1466, ia dikenali dengan nama baharu sebagai “Great Horde”. Di wilayah mereka inilah lahirnya pelbagai kerajaan khanate yang berbahasa Turkik.

Konflik dalaman ini memungkinkan negara utara Muscovy membebaskan dirinya dari “Tatar Yoke” di Great Stand Sungai Ugra pada tahun 1480. Khanate Crimea dan Kazakh Khanate, sisa-sisa terakhir dari Golden Horden, masing-masing berjaya bertahan hingga tahun 1783 dan 1847.

HUBUNGAN DENGAN UTHMANIYYAH

Hubungan antara Empayar Golden Horde dan Khanate Tatar yang lain di utara dan timur laut Hitam serta dengan Empayar Uthmaniyyah ada kepentingannya, walaupun tidak sebegitu dekat.

Golden Horde memerintah princedom Russia dari abad ke-13, setelah panglima Mongol yang terkenal, Subutay menjatuhkan mereka. Di sana, kawalan ke atas padang rumput berlangsung selama kira-kira 250 tahun, hingga tahun 1509 ketika Ivan III melanggar mereka dan mematahkan kekuasaan mereka terhadap Russia.

Uthmaniyyah bangkit tidak lama kemudian, pada awal abad ke-13, di Anatolia, dan menjadi salah satu kuasa penting sekitar tahun 1345. Namun Uthmaniyyah ‘jatuh’ seketika kerana per*ng saudara pada tahun 1402 akibat kekalahan dalam Per*ng Ankara di tangan Empayar Timurid.

Uthmaniyyah bangkit kembali menjadi kuasa besar dunia pada tahun 1453 selaku kerajaan Islam yang terkuat selepas menamatkan hayat Empayar Rom Timur atau Byzantium dengan menakl*k Konstantinopel.

Mereka mengukuhkan kedudukan mereka  di tanah Arab dan Mesir pada tahun 1520. Selepas itu, mereka menumpukan tenaga mereka untuk meluaskan sempadan mereka hingga ke Eropah.

Pada masa yang sama, Golden Horde sedang merosot, tetapi masih memiliki kekuatan. Mereka menjalinkan hubungan dengan Uthmaniyyah dan membekalkan unit tentera upahan dalam usaha Uthmaniyyah untuk menawan kerajaan Hungary, Bulgaria, Romania dan Austria.

Setelah kemaraan Uthmaniyyah ke Eropah tertangguh pada tahun 1560-an, mereka beralih ke strategi pertahanan dalam menentang Russia, Poland dan Empayar Rom Suci.

Dalam tempoh 150 tahun itu, hingga akhir abad ke-17, Golden Horde, dan penggantinya seperti Crimean Khanate, Kazan Khanate dan Astrakhan Khanate, menjadi kerajaan proksi dan tentera untuk agenda Turki Uthmaniyyah di Eropah.

Tatar menjadi tentera upahan yang disewa dengan persetujuan Uthmaniyyah untuk bersaing dengan kerajaan Eropah di Eropah tengah, termasuk Poland, Austria dan pelbagai kerajaan lain lagi dalam per*ng selama 30 tahun.

Tatar juga terus memberi tekanan terhadap kerajaan-kerajaan Kristian yang sedang bangkit di Eropah tengah, dengan melakukan pencerobohan ke atas tanah mereka dan mengawal sempadan wilayah luas tanpa penduduk di sekitar wilayah Turki.

Mangsa utama strategi ini adalah Ukraine, Hungary dan Romania, di mana sebahagian besar tanah mereka menjadi rebutan dan mengalami pertemp*ran yang berterusan selama lebih dari dua abad.

Uthmaniyyah mengawasi aktiviti Tatar, merestui penyertaan mereka dalam per*ng dengan Eropah dan sekiranya keadaan tidak memihak Uthmaniyyah, tentera Tatar akan dihantar untuk membantu mereka sebagai pasukan sokongan.

Dalam berpuluh-puluh pertemp*ran penting pada abad ke-16 dan ke-17, tentera Uthmaniyyah bersama-sama dengan Tatar dari Golden Horde telah bertemp*r melawan tentera Kristian.

Pada tempoh ini, para khan akan bersumpah setia kepada Sultan dan secara teknikal, Khan adalah subjek kepada Sultan.

Secara beransur-ansur Rudsia mendominasi dan memenangi pertemp*ran utama dengan berbagai khanate dan mengambil alih tanah mereka, memaksa mereka untuk menjadi rakyat Russia dan menjadi jarum propaganda supaya hubungan Tatar dengan Uthmaniyyah menjadi keruh.

Kecenderungan ini tercetus semasa Per*ng Turki-Russia Besar pertama (1683-1700) yang berakhir dengan kemenangan Russia dan menamatkan hubungan antara Uthmaniyyah dengan Tatar dan sebarant wilayah tuntutan Turki di tanah mereka dirampas dari Uthmaniyyah.

Hubungan antara Golden Horde dan Uthmaniyyah mungkin memiliki dua sebab utama iaitu hubungan persaudaraan sesama antara negara-negara Islam, dan mungkin Uthmaniyyah ada kepentingan untuk membiarkan pertemp*ran antara Tatar dengan negara-negara Kristian berterusan dan menjauhkan mereka dari kepentingan Turki.

Strategi ini berfungsi dengan baik selama hampir dua abad, walaupun kebangkitan Uthmaniyyah bermula ketika kejatuhan Golden Horde yang sudah berada di pertengahan jalan pada waktu itu.

Tanpa ikatan hubungan ini, orang-orang Tatar mungkin akan tunduk pada pemerintahan Russia lebih awal daripada yang telah pun terjadi dalam sejarah.

RUJUKAN:

  1. Ancient History – Golden Horde : https://www.ancient.eu/Golden_Horde/
  2. Scientists Finally Know What Stopped Mongol Hordes From Conquering Europe : https://www.sciencealert.com/scientists-finally-know-what-stopped-mongol-hordes-from-conquering-europe
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.