Diinspirasikan dari dunia fantasi persis permainan berpapan berperanan fantasi atau RPG iaitu Dungeons & Dragons, siri Goblin Slayer! (ゴブリンスレイヤー) merupakan sebuah siri novel ringan yang bertemakan dark fantasy atau fantasi gelap, ditulis oleh Kumo Kagyu dan diilustrasikan oleh Noboru Kannatsuki di bawah terbitan SB Creative, dan kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris oleh Yen Press. Setakat ini terdapat 8 jilid yang telah diterbitkan sejak 15 Februari 2016 hingga sekarang.

Novel Ringan Goblin Slayer Jilid 1. Gambar diambil dari laman Amazon UK.

Siri ini kemudian telah dikembangkan menjadi manga oleh Kosuke Kurose terbitan Square Enix dan mula dikeluarkan di majalah Young Gangan pada 25 Mei 2016 hingga sekarang. Terkini, terdapat 5 jilin manga Goblin Slayer! yang telah dikeluarkan.

Pada 15 September 2017, Kento Eida telah mengarang manga Goblin Slayer Side Story: Year One terbitan Square Enix yang dikeluarkan di majalah Young Gangan. Siri tersebut masih berlangsung hingga sekarang, dimana ianya terdapat dua jilid yang sudah dikeluarkan.

Pada 15 Mac 2018, sebuah novel ringan Goblin Slayer Side Story: Year One yang dikarang Kumo Kagyu dan diilustrasikan oleh Shingo Adachi telah diterbitkan oleh SB Creative. Siri tersebut masih berlangsung hingga sekarang, dimana ianya terdapat hanya 1 jilid sahaja yang sudah dikeluarkan.

Manga Goblin Slayer: Brand New Day karya Masahiro Ikeno telah dikeluarkan di majalah Monthly Big Gangan terbitan Square Enix pada 25 Mei 2018 dan masih berlangsung hingga sekarang.

Siri anime Goblin Slayer! mula ditayangkan pada 7 Oktober 2018 oleh Studio White Fox arahan Takaharu Ozaki yang ditayangkan di siaran televisyen AT-X, Tokyo MX, Sun TV, dan BS11. Ianya mengandungi 12 episod dan setakat ini terdapat 4 episod yang telah disiarkan.

Latar Belakang Cerita

Logo Goblin Slayer. Gambar diambil dari laman Pinterest.

“Hitam, di dalam hitam, di dalam hitam, di dalam hitam.” – Berikut merupakan sebuah teka-teki dimana jawapannya menggambarkan latar belakang siri Goblin Slayer! yang agak gelap.

Di dalam sebuah dunia fantasi, watak pilihan dewa yang bergelar ‘hero’, bersama dengan rakan-rakan beliau yang gagah perkasa serta berani, pergi menjelajah dunia dalam usaha menentang Ketua Demon dan konco-konconya dari menakhluki dunia. Mereka berjumpa ramai orang, menyelesaikan puluhan atau ratusan quest yang sukar dan rumit dan menerima ganjaran lumayan daripadanya, dan lambat laun pasukan hero akan membuat perhitungan agung dengan Ketua Demon bagi menentukan nasibdunia ini.

Terdapat puluhan malah mungkin ratusan jenis makhluk yang mahu menghapuskan manusia, daripada makhluk yang amat kuat seperti naga, vampire, dan necromancer, makhluk yang gagah seperti gargoyle, troll, dan ogre, hinggalah makhluk yang lemah seperti slime, blob, dan goblin. Semestinya goblin makhluk yang lemah, namun mereka agak merbahaya. Mereka bergerak sebagai sebuah gerombolan bagi mencuri hasil tanaman, ternakan, dan gadis-gadis para petani bagi meneruskan hidup. Bagi orang kampung, mereka dilihat sebagai sebuahancaman dan perosak yang mampu menganggu gugat hidup mereka.

Apabila para goblin telah menyebabkan masalah yangterlalu besar untuk diselesaikan, maka mereka menghantar wakil ke pejabat Kesatuan bagi menghantar sebuah quest dalam pembasmian sarang goblin. Namun, setiap quest semestinya ada ganjaran. Apalah sangat ganjaran yang ditawarkan oleh para petani dari kampung. Mereka sendiri kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, apatah lagi menyediakan wang untuk ganjaran bagi quest yangdisediakan mereka. Disebabkan ganjaran yang diberi agak sedikit, quest yang melibatkan goblin dianggap senang dan kurang dipedulikan oleh para penjelajah berpangkat sederhana dan tinggi yang hanyamelihat ganjaran semata-mata.

Oleh itu quest berkenaan sarang goblin kebiasaaannya hanya diuruskan oleh para penjelajah yang baru mengenal dunia, dimana kebanyakan dari mereka gagal menunaikan quest tersebut, malah dibunuh atau dijadikan tawanan oleh goblin. Hanya segelintir sahaja yang dapat menumpaskan quest berkenaan sarang goblin. Akhirnya kampung yang dihuni para petani tersebut dimusnahkan dan para penduduk di situ dibunuh oleh goblin, dan menjadi sebuah kitarankejam yang tiada berpenghujung tanpa penyelesaian.

Namun, terdapat sebuah watak, yang semestinya tidak dipilih oleh dewa, yang langsung tidak berminat untuk turut serta dengan hero dalam usaha melawan pihak yang cuba menakhluk dunia, malah hanya menumpuka nseluruh perhatiannya terhadap penghapusan secara keseluruhan terhadap goblin. Watak tersebut, persis gabungan The Punisher, Batman, dan Doomguy didalam dunia persis Dungeons & Dragon, merupakan seorang penjelajah yang mengabdikan hidupnya bagi menghapuskan segala goblin yang ada di dunia tanpa diskriminasi dan belas kasihan.

“Beliau menafikan segala hasil balingan dadu.”

Dengan persediaan lengkap, beserta dengan minda pragmatik dan pengetahuan yang luas berkenaan goblin, nasib tidak dapat mempengaruhi beliau dalam usaha pembantaian goblin. Cerita ini tidak mengisahkan tentang hero yang terpilih. Ianya mengisahkan tentang seorang pembunuh goblin yang dipanggil Goblin Slayer dan kempennya bagi membasmi goblin dari muka bumi dunia cerita ini.

Sinopsis

Di sebuah dunia fantasi, adventurer atau penjelajah yang datang dari segala ceruk dunia menyertai sebuah guild atau kesatuan bagi menyelesaikan sesebuah pencarian atau quest berbentuk kontrak yang mempunyai syarat tertentu dengan ganjaran setimpaldengan tahap kesusahan sesebuah pencarian.

Sebuah team atau pasukan anggota baru yang terdiri daripada Warrior, Fighter dan Wizard mengajak seorang Priestess atau Biarawati bagi menyertai pasukan mereka bagi menyelesaikan sebuah pencarian, iaitu menghapuskan segerombolan goblin yang bersembunyi di dalam sarangnya, sebuah gua sambil menyelamatkan para tawanan yang diculik goblin.

Para penjelajah greenhorn dengan masa depan yang cerah. Gambar diambil dari laman Anime Solution.

Semua penjelajah tahu yang kekuatan seekor goblin hanyalah sama seperti seorang kanak-kanak ‘ribena’. Semuanya berjalan lancar dan tiada masalah. Namun, oleh kerana persediaan yang kurang mencukupi dan kurang pengalaman dan pandangan enteng mereka terhadap goblin, mereka gagal menyelesaikan quest ini dengan jayanya.

Seluruh rakan seperjuangan baru Priestess dikalahkan. Dikelilingi segerombolan goblin, harapan untuk beliau selamat adalah hampir kosong. Namun, seorang penjelajah yang digelar Goblin Slayer sempat sampai sebelum si Biarawati mengalami nasib yang sama seperti rakan seperjuangannya.

Watak-Watak Utama

Goblin Slayer

Gambar diambil dari Goblin Slayer! Wiki

Watak utama lelaki bagi siri ini. Hanya menerima quest berkenaan goblin sahaja. Semua peralatan kelengkapan seperti pedang dan armor atau perisai yang dipakai beliau khusus untuk pertempuran melawan goblin. Seorang penjelajah yang berpangkat perak.

Watak utama perempuan bagi siri ini. Diselamatkan oleh Goblin Slayer dari dikalahkan oleh segerombolan goblin. Sejak itu beliau sentiasa mengikuti Goblin Slayer dalam menyelesaikan quest berkaitan goblin. Seorang penjelajah yang berpangkat porselin.

Cowgirl / Pengembala Perempuan

Kawan zaman kanak-kanak Goblin Slayer. Bekerja dan menetap bersama Goblin Slayer di ladang bapa saudaranya.

Guild Girl / Kerani Perempuan

Berkhidmat sebagai pegawai meja hadapan di pejabat Kesatuan dan bertugas mengedarkan quest kepada para penjelajah. Tertarik kepada Goblin Slayer atas sebab kesudian beliau menerima quest berkaitan goblin.

High Elf Archer / Pemanah High Elf

Datang ke pejabat Kesatuan di Frontier Town bersama Bomoh Dwarf dan Pendeta Biawak bagi mencari dan meminta bantuan Goblin Slayer dalam misi menghapuskan goblin. Seorang penjelajah berpangkat perak.

Dwarf Shaman / Bomoh Dwarf

Menyertai Pemanah Elf dan Pendeta Biaawak bagi sebuah quest penghapusan goblin. Seorang penjelajah berpangkat perak.

Lizard Priestess / Pendeta Biawak

Turut serta dalam perjumpaan bagi meminta bantuan Goblin Slayer bersama Pemanah Elf dan Bomoh Dwarf. Seorang penjelajah berpangkat perak.

Penerimaan dan Sambutan

Siri Goblin Slayer! telah mendapat tempat di hati para peminat genre ganas dan gelap seperti Berserk, Elfen Lied, dan Tokyo Ghoul, dan peminat novel ringan bergenre fantasi gelap. Nama khusus yang kebiasaannya diberi kepada watak-watak oleh seseorang pengarang tidak dilakukan di siri ini. Sebaliknya, nama yang memaparkan peranan mereka menjadi ganti, dan ia menarik para peminat bagi mengikuti siri ini.

Novel ringan ini telah berjaya merebut tempat ke-5 bagi edisi 2017 Kono Light Novel ga Sugoi! oleh Takarajimasha. Manakala jilid pertama manga ini mencapai kedudukan ke-39 bagi carta kedudukan mingguan manga oleh Oricon, dan berjaya menjual sebanyak 20,360 salinan pada minggu pertama jualan. Manga Goblin Slayer! pula telah mendapat undi 8/10 di laman MyAnimeList.

Bagi siri anime, kebanyakan peminat menganggap Goblin Slayer merupakan anime yang paling ganas dan gelap antara semua anime yang dikeluarkan pada musim luruh 2018. Walaupun ianya tidak seberat Berserk, ia tetap diminati kerana keunikannya yang tersendiri, seperti obsessi watak utama terhadap goblin tanpa mempedulikan ancaman yang lebih besar, iaitu makhluk-makhluk lain terhadap penduduk dunia seperti Ketua Demon dan konco-konconya.

Rumusan

Siri Goblin Slayer! menawarkan pendedahan dan pendekatan yang agak berbeza dari mana-mana novel ringan Jepun yang memaparkan tema RPG, penjelajahan, dan harem, seperti penggunaan nama bagi memaparkan peranan bagi sesebuah watak, dan jalan cerita yang menampilkan watak utama sebagai seorang yang amat pragmatik, dan hanya menerima quest berkaitan goblin sahaja.

Siri ini bukan untuk dibaca atau ditonton oleh golongan bawah umur dan yang lemah semangat, kerana ia menggunakan pendekatan yang agak ganas dan grafik berbanding kebanyakan siri-siri lain yang mempunyai tema yang mesra penonton. Kebanyakan peminat berhujah yang siri ini merupakan salah sebuah dari beberapa siri yang menerapkan deconstruction terhadap genre fantasi.

Jika anda suka kepada genre fantasi gelap dimana watak utamanya memfokuskan terhadap sesuatu selain dari ancaman-ancaman utama dan berat seperti Ketua Demon dan isu berat seperti kemiskinan, Goblin Slayer merupakan siri yang anda patut ikuti.

Rujukan

1. Kagyuu, K., & Kannatsuki, N. (2016). Goblin Slayer. Tokyo, Japan: SB Creative.

2. Hodgkins, C. (2016, Mei 15). Yen Press Licenses Goblin Slayer! Dark Fantasy Light Novel, Manga Series. Diambil pada 6 November 2018 dari https://www.animenewsnetwork.com/news/2016-05-15/yen-press-licenses-goblin-slayer-dark-fantasy-light-novel-manga-series/.102118https://myanimelist.net/anime/37349/Goblin_Slayer

3. Pineda, R.A. (2016, November 24). Kono Light Novel ga Sugoi! 2017’s Series Ranking. Diambil pada 6 November 2018 dari https://www.animenewsnetwork.com/news/2016-11-23/kono-light-novel-ga-sugoi-2017-series-ranking/.109073

4. Ressler, K. (2016, September 22). Japanese Comic Ranking, September 12-18. Diambil pada 6 November 2018 dari https://www.animenewsnetwork.com/news/2016-09-21/japanese-comic-ranking-september-12-18/.106747

5. Natrass, J. J. (2018, Februari 18). Manga fantasy Goblin Slayer gets an anime series but fans are already worried the censors will ruin it. Diambil pada 7 November 2018 dari https://metro.co.uk/2018/02/18/manga-fantasy-goblin-slayer-gets-an-anime-series-but-fans-are-already-worried-the-censors-will-ruin-it-7322022/?ito=cbshare

6. Valdez, N. (2018, Oktober 8). ‘Goblin Slayer’ Reveals Major Censorship Changes. Diambil pada 7 November 2018 dari https://comicbook.com/anime/2018/10/08/goblin-slayer-anime-censorship-changes/

7. Goblin Slayer. (2018, Oktober 7). Diambil pada 6 November 2018 dari https://www.animenewsnetwork.com/preview-guide/2018/fall/goblin-slayer/.137819

8. Goblin Slayer. (2018, Oktober 14). Diambil pada 6 November 2018 dari https://knowyourmeme.com/memes/subcultures/goblin-slayer

9. Goblin Slayer. (n.d.). Diambil pada 6 November 2018 dari https://myanimelist.net/manga/95311/Goblin_Slayer

10. Light Novel / Goblin Slayer. (n.d.). Diambil pada 6 November 2018 dari https://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/LightNovel/GoblinSlayer

11. Pelbagai pautan. (n.d.). Diambil pada 6 November 2018 dari http://goblin-slayer.wikia.com


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A guy who somehow doesn't really follow latest trends and news, except the important ones. Loves unpopular stuffs, and memes. Graduates of Diploma in Biomedical Electronics Engineering. Nothing to see here.

Comments are closed.