Bagi Mahmut Yildiz, hari yang dilaluinya pada 1994 itu sama seperti hari-hari yang lain. Dia sibuk mengerjakan ladang apabila diberitahu oleh bapanya bahawa wujud susunan batu aneh yang tertanam di tanah mereka. Tanpa mereka sedar, batu-batu ini merupakan sebahagian daripada monumen tertua di dunia: Gobekli Tepe yang dibina kira-kira pada tahun 9000 SM, atau 11, 000 tahun yang lalu.

Rajah 1: Mahmut Yildiz. Sumber: Nimet Kirac/Middle East Eye

Apabila ia dibawa ke Muzium Sanliurfa, pada awalnya pihak muzium menyangka ini merupakan penemuan biasa. Sikap pesimis mereka difahami memandangkan pada tahun 60-an, ahli arkeologi Amerika Syarikat Peter Benedict menyangka batu megalitik yang berada di situ ialah batu nisan. Dan lapisan tanah di atas mendorongnya membuat kesimpulan bahawa itu merupakan perkuburan era Rom Timur/Byzantine di atas kawasan perkuburan era Neolitik.

Tetapi lain pula reaksi dua ahli arkeologi Jerman, Dr Klaus Schmidt dan Profesor Harold Hauptmann sebaik mendengar berita tersebut. Schmidt meminta pihak muzium memberikan maklumat lelaki yang menemui batu itu kepadanya. Ini kerana beliau dan rakannya percaya corak batu yang ditemui hampir sama dengan corak batu di tempat ekskavasi mereka, petempatan era Neolitik Nevali Cori.

Kerja ekskavasi membabitkan kerjasama Institut Arkeologi Jerman (GAI) dan Muzium Sanliurfa mendedahkan sesuatu yang hebat: batu-batu megalitik yang berukir dan disusun pada kedudukan tertentu. Sesetengah megalitik berukuran tinggi lima meter dan mempunyai berat sehingga 50 tan. Yildiz kemudiannya turut membantu usaha ekskavasi sebelum memegang peranan sebagai pengawal tapak ekskavasi.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Penemuan Gobekli Tepe mengundang kejutan dalam kalangan komuniti saintifik terutama komuniti sejarah. Bagi Schmidt, menerusi penemuan ini, ia mengesahkan bahawa ia sebenarnya didirikan pada Zaman Batu oleh kumpulan pemburu dan pengumpul ketika itu. Dan ia turut memecahkan mitos bahawasanya pertanian dan petempatan diusahakan terlebih dahulu sebelum pembinaan monumen besar berskala Gobekli Tepe atau Stonehenge.

Schmidt dan Hauptmann percaya aktiviti pertanian yang berlaku di wilayah sama tempat Gobekli Tepe ditemui merupakan hasil sampingan aktiviti di monumen berkenaan. Ia mungkin tercetus sebagai cara memberi makan kepada ramai orang yang berkumpul di tapak suci itu. Ini dibuktikan menerusi penemuan ribuan fragmen tu.la.ng haiwan seperti gazel, babi hutan, rusa, itik dan angsa.

Dalam tempoh sealaf selepas pembinaan Gobekli Tepe, peneroka kawasan berkenaan sudah berupaya menternak kibas, lembu dan babi. Dan 30 km dari tapak berkenaan, pengkaji arkeologi menemui bukti jenis gandum tertua di dunia yang diusahakan di sebuah petempatan pra-sejarah. Schmidt berpandangan mereka kumpulan peneroka ini datang dan membina monumen sebelum terlibat dalam aktiviti pertanian.

Yang menjadi kemusykilan ramai sebaik melihat batu-batu megalitik ini ialah bagaimana ia dapat dihasilkan. Schmidt percaya bagi para pengukir yang tiba di tapak berkenaan pada ketika itu, ia merupakan mimpi indah bagi mereka. Ini kerana batu-batu megalitik mudah diukir dan dibentuk menjadi tiang megalitik besar berbentuk T sebelum dibawa ke puncak dan diletakkan pada kedudukan yang dimahukan.

Rajah 2: Tiang-tiang megalitik berbentuk T. Sumber: Nimet Kirac/Middle East Eye

Selepas lingkaran batu ini siap, ia ditimbus dengan tanah sebelum satu lagi lingkaran dibuat di atasnya bertahun-tahun kemudian. Beberapa abad kemudian, ia membentuk kawasan bukit yang kita kenali hari ini.

Tetapi tujuan sebenar pembinaan monumen ini masih mengundang misteri dalam kalangan komuniti sejarah. Ini kerana tiada sebarang rekod bertulis tentang tujuan sebenar pembinaan Gobekli Tepe. Bagaimanapun, Ian Hodder dari Universiti Stanford percaya ukiran haiwan tertentu seperti labah-labah, singa dan ular dibuat sebagai cara menakluk ketakutan mereka terhadap haiwan-haiwan buas berkenaan.

Bagi Danielle Stordeur dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis percaya ukiran burung hering yang ditemui di Gobekli Tepe sama seperti ukiran sama yang ditemui di satu lagi tapak arkeologi di Syria. Mengikut sesetengah budaya tertentu, burung sebegini dikatakan akan membawa ma.ya.t manusia ke syurga. Tapak yang dikatakan sezaman dengan Gobekli Tepe itu terletak 50 batu dari monumen berkenaan.

Rajah 3: Ukiran burung hering pada megalitik Gobekli Tepe.

Bagi Schmidt pula, beliau percaya inilah lokasi di mana kultus kema.ti.an wujud dengan tujuan memberi kema.ti.an menenangkan kepada mereka yang menghadapi sakaratul maut. Yang pasti, beliau terus sibuk memantau proses ekskavasi sehingga kembali menemui Penciptanya pada tahun 2014. Kini, tugas pemantauan ekskavasi dan penyelidikan diambil alih oleh Lee Clare dari DAI.

Disebabkan potensinya sebagai tarikan pelancong di Sanliurfa, kebanyakan kerja di Gobekli Tepe kini ditumpukan kepada dokumentasi dan kajian lanjut tentang megalitik yang ada. Selepas Gobekli Tepe diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2018, Turki mengisytiharkan 2019 sebagai Tahun Melawat Gobekli Tepe.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Begitupun, wujud sedikit kebimbangan dalam diri Clare tentang usaha ini. Walaupun mengakui ia merupakan satu usaha yang baik, beliau merasa risau potensi risiko tapak ini dirosakkan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih banyak mekanisme keselamatan diletakkan bagi menjaga keselamatan tapak. Ini termasuk memasang kamera keselamatan dan tapak hanya boleh diakses oleh sebuah bas pelancong pada satu-satu masa. Mungkin ada menganggap pasukan arkeologi terlalu risau tentang tapak mereka tetapi bagi mereka, ia merupakan satu tinggalan sejarah kemanusiaan yang patut dijaga demi generasi mendatang.

RUJUKAN:

Curry, Andrew. (2008). Gobekli Tepe: The World’s First Temple?. Smithsonian Magazine. Diambil dari https://www.smithsonianmag.com/history/gobekli-tepe-the-worlds-first-temple-83613665/

Kirac, Nimet. (2019). The oldest monument on the planet: Now Gobeklitepe gets ready to welcome millions. Middle East Eye. Diambil dari https://www.middleeasteye.net/discover/what-is-the-oldest-monument-in-the-world-gobeklitepli-turkey-tourism


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.