Moving Forward As One

Gladiator – Sejarah Sukan Berdarah Rom Dan Kehidupan Para Petarungnya

1,475

Sukan gladi.ator cukup sinonim dengan tamadun Rom Purba. Ia selalu menjadi cerminan bagi menggambarkan budaya hiburan tamadun berkenaan. Gladi.ator kebiasaannya dikaitkan dengan da.rah dan kega.na.san. Namun, apakah ia sekadar itu?

Artikel kali ini serba-serbi cuba menyentuh perihal sejarah sukan gladi.ator dan suasana kehidupan peta.rung-peta.rung yang terlibat di dalamnya.

Istilah ‘gladi.ator’ diambil daripada sebuah perkataan Latin, iaitu gladi.atores bagi merujuk kepada gla.dius – sejenis pe.dang pendek yang digunakan oleh mereka. Ramai sejarahwan berpandangan yang sukan ini boleh dijejak kembali akar awalnya pada tamadun Etruscan yang mendahului tamadun Rom.

IKLAN: The Patriots ada menganjurkan PESTA BUKU ALTERNATIF bertempat di SUNWAY PUTRA MALL dari jam 10 pagi sampai 10 malam bermula Jumaat hingga Ahad. Jangan lupa datang!

Selain berfungsi sebagai adat keagamaan, sukan glad.iator pada zaman itu juga diadakan bagi mengimarahkan hari kema.tian golongan berada, di mana ban.duan atau taha.nan pe.rang dipaksa berta.rung sehingga ma.ti. Keberanian dan ketangkasan peta.rung-peta.rung ini kononnya mencerminkan kemuliaan bangsawan-bangsawan yang telah pergi ke negeri abadi.

Tradisi sukan gladi.ator dipercayai berpanjangan selama lebih 650 tahun. Ia memenuhi kalendar sukan masyarakat Rom sejak tahun 105 SM hingga 404 Masehi. Dalam tempoh tersebut, tidak banyak perubahan berlaku, kecuali beberapa.

Pada mulanya, peta.rung-peta.rung gladi.ator terdiri daripada golongan ban.duan, taha.nan pe.rang, dan ham.ba sahaya. Namun sesudah Colosseum selesai dibina dan dibuka pada tahun 80 Masehi, peta.rung gladi.ator menjadi suatu kerjaya yang menguntungkan.

Disebabkan perubahan ini, banyak pusat latihan glad.iator dibuka bagi melatih peta.rung-peta.rung sukarela. Hadiah lumayan yang ditawarkan selalunya menjadi tumpuan, di samping kemasyhuran yang dijanjikan.

Kebiasaannya, peta.rung-peta.rung sukarela ini datang dari lingkungan pesara ten.tera dan mereka yang terdesak mencari jalan keluar dalam hidup. Kadangkala, bangsawan dan pahlawan handalan turut menyertai perta.rungan gladi.ator bagi memperagakan kemahiran masing-masing.

Gambaran reka bentuk Colosseum dan Ludus Magnus

Rome mempunyai beberapa buah pusat latihan gladi.ator yang unggul, termasuklah Ludus Magnus, Ludus Matutinus, Ludus Gallicus, dan Ludus Dacicus. Setiap pusat latihan ini mempunyai ejen-ejen tersendiri yang bertanggungjawab melamar mana-mana peta.rung berpotensi untuk mewakili nama mereka.

Di pusat-pusat latihan ini, para peta.rung diberi jaminan keselamatan namun hidup dalam pemen.ja.raan dan kongkongan. Mereka diberikan tiga kali hidangan setiap hari, di samping khidmat rawatan terbaik. Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan bercakap sewaktu masa makan dan dibe.leng.gu sepanjang berada di sana. Diet pemakanan mereka lazimnya terdri daripada protein dan karbohidrat, seperti bubur barli dan bijirin – tanpa hidangan a.rak, cuma air kosong.

Mengusahakan pusat gladi.ator bukanlah satu pelaburan yang kecil. Modal untuk melatih seseorang peta.rung gladi.ator cukup tinggi, justeru mereka digalakkan supaya bertahan selama mungkin di dalam gelanggang.

Kebanyakan mereka tidaklah berta.rung sehingga ma.ti. Sebilangan sejarahwan berpendapat hanya satu perlima (atau satu persepuluh) sahaja yang ma.ti dalam gelanggang. Rata-rata mereka berpeluang hidup sehingga usia pertengahan dua puluhan.

Bagaimanapun, untung nasib peta.rung-peta.rung gladi.ator di Colosseum adakalanya ditentukan oleh titah Maharaja itu sendiri – yang biasanya melibatkan undian (dan perju.dian) daripada penonton.

Di samping itu, sukan gladi.ator tidak hanya terhad kepada golongan lelaki. Ham.ba-ham.ba wanita juga turut dike.rah turun ke gelanggang dan berla.wan dengan peta.rung lain jantina. Pada zaman Maharaja Domitian, mereka diperintahkan mela.wan orang-orang kerdil sebagai modal hiburan maharaja.

Penglibatan kaum wanita di arena gladi.ator berpanjangan selama kurang lebih 200 tahun, sebelum ia diha.ramkan oleh Maharaja Septimius Severus (193-211 Masehi).

Di gelanggang, peta.rung-peta.rung gladi.ator dibekalkan dengan baju pelindung, perisai, dan sen.jata sesuai dengan kelas masing-masing. Setiap gladi.ator dibahagikan kepada empat kelas utama; iaitu Samnite, Thracian, Myrmillo, dan Retiarus.


Kelas-kelas gladi.ator serta kelengkapan sen.jata masing-masing

Peta.rung kelas Samnite selalunya dilengkapkan dengan pe.dang pendek (gla.dius), perisau berbentuk segi empat tepat (scutum), pelindung besi (ocrea), dan topi pelindung. Kelas Thracia pula digayakan dengan pe.dang pendek lengkung (sica) dan perisau bulat atau petak yang sangat kecil (parma).

Peta.rung kelas Myrmillo diberi julukan ‘nelayan’ kerana mengenakan topi pelindung berlambang ikan. Mereka turut diberikan sebilah pe.dang pendek dan perisai seperti peta.rung kelas Samnite. Cuma, baju pelindung mereka hanya menutupi lengan dan kaki sahaja.

Antara semua kelas peta.rung, kelas Retiarus merupakan yang paling terdedah tubuhnya. Mereka tidak dibekalkan dengan topi atau baju pelindung. Cukup sekadar landas bahu dan sebilah trident sebagai sen.jata. Apapun, bekalan paling ampuh buat seseorang peta.rung gladi.ator tidak lain adalah ketangkasan dan keberanian berhadapan dengan ma.ut.

Tahun 404 Masehi, sukan gladi.ator dibubarkan oleh Maharaja Honorius. Kesemua pusat latihan ditutup, lalu menamatkan kewujudan sebuah sukan yang telah lama merakyat dalam kalangan masyarakat Rom Purba.

TERJEMAHAN
Fiona Mccoss. (25 September 2020). The Real Lives of Roman Gladiators. Ancient Origins.

Ruangan komen telah ditutup.