Gintama: Manifestasi South Park Versi Jepun

2095
views

Gintama merupakan satu siri komik dan anime Jepun yang berkisarkan negara Jepun yang telah dijajah oleh makhluk asing. Disebabkan penjajahan ini seolah wujud dua kasta iaitu manusia biasa yang bertaraf rendah dan juga makhluk asing yang mempunyai taraf yang lebih tinggi. Mungkin tema Gintama ini berbunyi seperti keanakkan. Namun hakikat sebenarnya ianya merupakan satu parodi mengenai era imperialisme Meiji yang telah mengharamkan samurai dan mengubah suasana politik Jepun. Siri itu memberi fokus pada waktak utama bernama Gin yang merupakan seorang samurai yang terpaksa membuat kerja sambilan disebabkan tidak lagi boleh berkerja sebagai samurai akibat pengharaman pekerjaan yang berkaitan pedang.

Jika saya ingin meletak Gintama dalam satu genre yang tepat boleh dikatakan Gintama ini lebih tepat jika diletakkan sebaris dengan animasi barat seperti South Park, American Dad dan juga the Simpson berbanding dengan animasi Jepun yang lain. Mengapakan saya berkata sedemikian?

Pada tahun 2014 seorang ahli politik Jepun bernama Ryutaro Nonomura telah membuat satu sidang akhbar berkenaan dengan kes korupsi beliau. Ryutara Nonomura ketika itu sedang berdepan dengan tuduhan memalsukan jumlah perbelanjaan perjalanan beliau. Beliau ketika itu dalam situasi normal yang sering berlaku dalam arena politik Jepun telah menangis dan membentak secara keterlaluan sambil menjawab soalan daripada wartawan. Tangisan “air mata buaya” ini dianggap normal dalam budaya politik Jepun.

Beberapa bulan kemudiannya pada awal tahun 2015 siri anime Gitama yang ketika itu baru bermula untuk musim ketiga telah memulakan episod 1 musim ketiga mereka dengan satu scene sidang akhbar. Gintama boleh dikatakan salah satu siri komik Jump yang bertahan amat lama siarannya dalam majalah Shounen Jump. Maka disebabkan itu episod 1 musim ketiga anime Gintama disambut unit editorial Jump dengan dengan satu sesi tontonan secara beramai. Sebaik sahaja mereka melihat scene tersebut boleh dikatakan arak yang sedang diminum mereka itu seolah tersembur dari mulut. Mana tidaknya sidang akhbar itu merupakan satu parodi yang mirip dengan sidang akhbar Ryutaro Nonomura! Anda boleh menonton sendiri perbandingan scene tersebut dengan sidang akhbar Nonomura di pautan dibawah:

Itu bukanlah kali pertama perkara seperti itu berlaku dalam Gintama. Gintama sebelum ini pernah secara sengaja membuat parodi mengejek unit editorial Jump (unit yang memantau prestasi dan kandungan komik mereka) dan juga studio Sunrise yang merupakan studio animasi untuk anime mereka. Malah bagi peminat tegar siri Gintama mereka sudah tahu disebabkan perkara itu Gintama hampir ditamatkan siaran komik dan juga anime buat berapa kali.

Ugutan-ugutan ini tidak pernah membuatkan kumpulan yang menghasilkan siri Gintama serik. Sewaktu musim pertama anime mereka ditamatkan mereka menyatakan bahawa tidak akan ada lagi episod akan datang Gintama atas isu-isu tertentu. Namun apabila memasuki siaran pada musim kedua mereka dengan sengajanya mengatakan dalam salah satu scene episod 1 musim kedua

“Kami datang balik, kami bergurau jer musim lepas tuh”.

Senang ceritanya peminat tegar Gintama seolah sudah boleh berkata:

“Korang nih tiap-tiap habis musim tipu kita orang kata last season, tup tup keluar episod baru pula -_- “

Gintama boleh dikatakan satu-satunya siri animasi Jepun yang kekal konsisten dalam parodi mereka. Namun ianya bukanlah tanpa masalah. Selain daripada diugut beberapa kali oleh Shonen Jump dan Sunrise Studio untuk ditamat siaran mereka juga pernah ditolak waktu siaran ke waktu siaran lewat malam disebabkan banyak lawak jenaka mereka menyentuh isu semasa Jepun selain bersifat dewasa. Malah mereka juga dalam setahun dua ini telah ditarik dari siaran website streaming seperti Crunchyroll disebabkan undang-undang negara Jepun yang amat ketat dalam media yang bersifat parodi.

Namun biarpun itu berlaku populariti GIntama terus mencanak selepas sekian lama. Malah satu filem “Live Action” Gintama dijangka akan keluar dalam tempoh tahun ini atau tahun depan. Dikatakan pelakon lelaki popular jepun Ogari Shun akan membawa watak Gin dalam filem tersebut. Anda mungkin lebih mengenali Ogari Shun sebagai Genji di dalam filem Crow Zero.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here