Di negeri Shaanxi, China, terdapat pokok unik tumbuh membesar di tokong Buddha Gu Guanyin. Uniknya pokok ini adalah ia ditanam oleh Maharaja Li Shimin yang memerintah Dinasti Tang pada tahun 629 hingga 649.

Ya, pokok ini sekarang berusia 1,400 tahun. Setelah China menjadi sebuah negara bernama People’s Republic of China, tokong tersebut menjadi kunjungan pelancong tempatan dan luar negara kerana bukan saja pokok ini mempunyai usia yang panjang. Sebaliknya adalah daun kipasnya yang cantik.Apabila masuk musim luruh, daun-daun tersebut bertukar menjadi kuning keemasan dan gugur ke lantai tokong. Daun-daun berguguran ini membentuk permaidani emas yang luas, mencantikkan lagi tokong Buddha itu. Maka, inilah sebabnya tokong Gu Guanyin menjadi tarikan pelancong seantero dunia.

Apakah spesis pokok yang mempunyai usia beribu-ribu tahun dan mempunyai daun kuning keemasan?

Pokok unik itu sebenarnya adalah pokok spesis Ginkgo biloba, juga dipanggil sebagai pokok gingko dan pokok rambut gadis sunti (maidenhair tree). Pokok ini hanya satu-satunya pokok purba dari kumpulan Ginkgophyta yang masih hidup sehingga kini, iaitu dari 270 juta tahun dulu.

Dahulu, pokok gingko mempunyai pelbagai jenis spesis dan bertebaran di seluruh dunia. Namun populasi pokok gingko menurun sehingga pada 2 juta tahun dulu, spesis Ginkgo biloba menjadi pokok purba terakhir hanya ditemui di China.

Spesis pokok ini kemudian ditanam secara meluas dan menjadi pokok liar tumbuh di selatan China. Pokok ini juga ditanam di Amerika Utara selama 200 tahun dan Eropah pada 300 tahun.

Spesis Ginkgo biloba bersaiz besar yang tumbuh sehingga ketinggian 20-35 meter, namun ada spesis pokok ini mampu mencapai ketinggian 50 meter. Rupa pokok ini seperti mahkota yang cabangnya melengkung ke atas dan mempunyai akar yang menjalar sangat dalam untuk menahan tiupan angin dan timbunan salji.

Rahsia pokok gingko berumur panjang adalah keupayaannya untuk menghalang sebarang jangkitan berlaku, dan pohon yang anti-serangan serangga, menjadikan pokok ini mampu hidup melebihi 2,500 tahun.

Daun kipas ginkgo yang bertukar menjadi kuning-keemasan ketika masuk musim luruh.

Daun pokok Ginkgo biloba ini unik berbanding daun pokok besar yang lain. Rupanya berbentuk kipas dengan urat daun meluas ke hujung daun, tidak seperti urat daun pokok yang mempunyai ‘tulang belakang’ di tengah daun. Daun pokok ginkgo adalah hijau namun ia bertukar kepada kuning keemasan saat musim luruh berlaku. Daun tersebut kemudian bertahan beberapa hari (biasanya 15 hari) sehingga gugur.

Satu lagi keunikan pokok Ginkgo biloba adalah sistem pembiakannya yang berbeza dengan spesis pokok kini. Pokok ginkgo adalah dioecious, bermaksud pokok yang mempunyai jantina yang terpisah, berbeza pokok yang bunganya mempunyai kedua-dua jantina.
Dalam pokok ini, ia mempunyai ‘pokok jantan’ dan ‘pokok betina’ di setiap cabang pokok. ‘Pokok jantan’ mempunyai kon debunga (pollen cone) yang terdiri dari sporofil (sporophylls), kapsul yang isinya adalah mikro-sperma.

Manakala ‘pokok betina’ pula tidak mempunyai kon debunga. Ia mempunyai dua buah ovul yang terbentuk di hujung tangkai di mana apabila disenyawa, ia menbentuk biji benih. Bijinya berwarna kuning-keperangan, lembut, dan berbentuk seperti buah. Apabila buah ini gugur, ia mengeluarkan bau tengik atau bau muntah.

Agen pendebungaan pokok purba ini bukanlah serangga atau angin. Agennya adalah air bagi memudahkan mikro-sperm dari ‘pokok jantan’ bergerak ke ovul ‘pokok betina’.
Pokok ginkgo yang sekarang meliar setelah menempuhi kesukaran hampir pupus, ia mempunyai khasiat tersendiri untuk kegunaan manusia.

Buah pokok ginkgo.

Buah ginkgo menjadi makanan tradisi orang Cina sama ada menjadi bahan dalam resepi bubur congee dan lauk dalam sajian sami Buddha. Ia mempunyai khasiatnya terutamanya menaikkan nafsu syahwat.

China juga telah menggunakan buah ginkgo ini untuk tujuan perubatan bermula abad ke-15 Masihi. Jerman pula mula tahun 1965 menggunakan buah ini untuk merawat penyakit Alzheimer’s.

Di Tokyo, Jepun menjadikan daun kipas pokok ginkgo sebagai simbol ibu kota tersebut. Di Hiroshima, 6 batang pokok purba ini terselamat dari letupan bom atom pada tahun 1945, ketika Perang Dunia Kedua. Sehingga kini, keenam-enam pokok tersebut masih tumbuh dengan sihat.

RUJUKAN:

Lyme, C. (14 November 2019). An ocean of golden leaves: 1,400-year-old Ginkgo tree planted in a temple by a Chinese emperor stuns the internet with its breath-taking autumn foliage. Mail Online. Retrieved from 16 September 2020. https://www.dailymail.co.uk/news/article-7681487/1-400-year-old-Ginkgo-tree-planted-Chinese-emperor-perfect-autumn-foliage.html

Mustoe, G.E. (2002). “Eocene Ginkgo leaf fossils from the Pacific Northwest”. Canadian Journal of Botany. 80 (10): 1078–1087.

Raven, Peter H.; Ray F. Evert; Susan E. Eichhorn (2005). Biology of Plants (7th ed.). New York: W. H. Freeman and Company. pp. 429–430.

Royer, Dana L.; Hickey, Leo J.; Wing, Scott L. (2003). “Ecological conservatism in the ‘living fossil’ Ginkgo”. Paleobiology. 29 (1): 84–104.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.