Ramai cadangkan aku tonton filem ini. Dia orang kata, bila tonton filem ini, teringat ke aku.

Aku tak tahu-lah apa kaitan tema dalam filem ini dengan aku.

Filem ini, kisah pasal budak genius matematik 7 tahun, Mary Adler. Fokus utama filem ini bukan nak sembang sangat kegeniusan Mary. Tapi macam mana seorang kanak-kanak genius seharusnya hidup.

Mary ini selain genius dalam matematik, dia pun agak matang dalam pemikirannya.

Kalau kita ada adik ataupun anak yang mempunyai kebolehan luar biasa dalam akademik, bagaimana arah tuju yang kita nak bimbing pada mereka?

Apa yang aku dapat daripada filem ini, pada awalnya Mary tidak selesa dan tak mampu nak adaptasi dengan suasana normal. Tak mampu nak adaptasi dengan pengetahuan kanak-kanak dan mentaliti kanak-kanak.

Dia mahukan suasana yang matang. Susana pengetahuan universiti. Jadi, cikgunya mencadangkan Mary dihantar ke sekolah yang mengumpulkan kanak-kanak luar biasa.

Tapi, Frank Adler, pakcik dia sendiri tak mahu. Dia cuba didik Mary untuk jadi kanak-kanak normal. Bagi dia, sepandai mana pun kanak-kanak dalam akademik, dia perlukan kehidupan kanak-kanak.

Frank Adler, seorang bekas pensyarah falsafah, mengambil keputusan ini selepas melihat kehidupan kakaknya, seorang pakar matematik juga, juga ibu kepada Mary, mati bunuh diri.

Puncanya tak diketahui, tapi sepanjang filem, Diane Adler seperti dikawal oleh ibunya, juga pakar matematik, untuk berkecimpung dalam dunia akademik dan tiada kehidupan yang normal.

Dalam dunia realiti pun, pemikiran sebegini bukan benda pelik. Ada ibu bapa nak anak-anaknya ada kehidupan yang normal macam kanak-kanak lain dan tak mahu dihantar ke sekolah pelik-pelik.

Aku tak tahu, tapi kemungkinan suasananya telalu akademik dan tak normal untuk kanak-kanak. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh biasakan dengan benda macam itu, ada yang tidak.

Setakat pengalaman aku, sekolah-sekolah pandai dan kelas-kelas pandai selalunya diberikan inisiatif dan diperuntukkan program akademik yang banyak. Aku sendiri, masa duduk kelas sains dulu, macam-macam program akademik yang diperuntukkan untuk kami.

Malangnya, kelas-kelas belakang tak dibuat. Benda ini macam makin jauhkan jurang antara budak pandai dan budak bodoh. Yang dah pandai ini, aku tak nampak keperluan untuk dipandaikan lagi.

Sepatutnya, budak-budak yang tak pandai lagi inilah yang perlu diberikan perhatian lebih dan diberikan inisiatif. Budak-budak pandai ini pula, eloklah sosial mereka normal, tapi sistem pengajaran mereka dinaik taraf.

Janganlah disesakkan dengan akademik sepanjang-masa. Aku fikir, ada pro dan kontra juga. Itu pun bergantung apa yang budak itu mahukan.

Masyarakat tak sepatutnya bagi tekanan pada kanak-kanak ini. Bagi mereka pilihan. Seeloknya, bagi mereka kehidupan kanak-kanak dan akademik. Seimbangkan.

Akhir filem ini, Frank seimbangkan dua benda itu. Frank hantar Mary ke kolej setiap pagi, untuk belajar silibus universiti. Kemudian dihantar ke sekolah biasa. Dua-dua kehidupan dia dapat. Kehidupan akademik dan kehidupan kanak-kanak.

Adi Putra ini antara contoh kanak-kanak yang berbakat, tapi kehidupannya macam serabut setakat aku baca kerana disesakkan dengan akademik sepanjang masa, tanpa ada kehidupan seperti kanak-kanak lain.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

1 Comment

  1. assalamualaikum bang,nama sya amin.Kalau tak keberatan boleh ke abang ajarkan sya buat blog mcm abang ni?

Leave A Reply