Setelah beberapa bulan selepas gerhana bulan penuh berlaku pada 31 Januari 2018 yang lalu , awal pagi 28 Julai 2018 semalam, kita di Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh .

 

 

Apa yang menarik untuk fenomena gerhana kali ini adalah , ketika bulan berada dalam fasa gerhana penuh , ia mengambil masa sekitar

1 jam 42 minit dan 57 saat . Manakala , keseluruhan tempoh masa yang diambil jasad bulan untuk melintasi bayangan umbra bumi adalah sekitar 3 jam 54 minit dan 32 saat !

 

Ini bermakna , fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku pada 28 Julai ini merupakan gerhana bulan penuh yang terlama untuk abad ke 21 ( tahun 2001 sehingga 2100 ) .

..

 

Waktu bilakah gerhana bulan penuh akan bermula ?

 

Fasa – Fasa gerhana serta waktu ia

bermula mengikut waktu Malaysia

( GMT +8 ) :-

 

 

Permulaan Fasa Gerhana Penumbra :

– Jasad bulan mula memasuki bayangan penumbra bumi .

* 01:14 AM ( 28 Julai 2018 )

 

Permulaan Fasa Gerhana Separa :

– Jasad bulan mula memasuki bayangan umbra bumi .

* 02:24 AM ( 28 Julai 2018 )

 

Permulaan Fasa Gerhana Penuh :

–  Jasad bulan sepenuhnya memasuki bayangan umbra bumi .

* 03:30 AM ( 28 Julai 2018 )

 

Kemuncak Gerhana Bulan Penuh :

– Jasad bulan berada pada kedudukan paling dalam di dalam kawasan bayangan umbra bumi .

* 04:21 AM ( 28 Julai 2018 )

 

Fasa Gerhana Penuh Berakhir :

– Jasad bulan mula keluar daripada bayangan umbra bumi .

* jasad bulan kembali memasuki bayangan penumbra .

* 05:13 AM ( 28 Julai 2018 )

 

Fasa Gerhana Separa Berakhir :

– Jasad bulan sepenuhnya memasuki bayangan penumbra semula .

* 06:19 AM ( 28 Julai 2018 )

 

Fasa Gerhana Penumbra Berakhir :

– Jasad bulan sepenuhnya keluar daripada bayangan penumbra bumi .

* gerhana berakhir

* 07:28 AM ( 28 Julai 2018 )

..

Apakah faktor gerhana bulan penuh kali ini menjadi gerhana yang terlama abad ini ?

 

1) Jasad bulan memasuki titik paling tengah bayangan umbra bumi .

 

2) bulan berada pada kedudukan apogee .

 

Jika fenomena gerhana bulan penuh pada akhir Januari yang lalu berlaku ketika bulan berada pada kedudukan perigee iaitu kedudukan bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi , gerhana kali ini pula berlaku ketika bulan berada paling jauh dari bumi atau dikenali sebagai kedudukan apogee .

 

Bulan akan berada pada titik apogee beberapa jam sebelum gerhana bermula iaitu pada jam 01:44 PM ( 27 Julai 2018 ) dengan jarak sekitar 406223 km .

 

Keadaan bulan yang lebih jauh menyebabkan jasad bulan perlu mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi bayangan umbra bumi .

Jasad bulan memasuki titik paling tengah bayangan umbra bumi .

..

 

Kenapa bulan berwarna merah ketika gerhana ?

 

Kita sedia maklum bahawa Cahaya yang merambat dari matahari adalah berwarna putih . Tetapi , hakikatnya , ia terdiri daripada pelbagai warna sehingga kelihatan berwarna putih  .

 

Setiap warna dalam spektrum cahaya tampak mempunyai  panjang gelombang yang berbeza. Cahaya merah mempunyai panjang gelombang yang  paling panjang dan cahaya ungu mempunyai panjang gelombang yang paling pendek

 

Cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang pendek seperti ungu , biru dan hijau lebih mudah diserakkan oleh molekul – molekul di atmosfera berbanding cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang panjang seperti kuning , jingga dan merah .

 

Cahaya ungu , biru dan hijau semasa memasuki atmosfera bumi akan terserak dan “terperangkap” , manakala cahaya kuning, jingga dan merah dengan mudah melepasi atmosfera dan bergerak menuju ke luar angkasa semula .

 

Ketika cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang panjang itu tadi seperti cahaya merah bergerak melalui atmosfera bumi menuju ke luar angkasa  , ia akan terbias  ke arah bayangan umbra bumi .

 

Jika ada objek langit yang berada di bahagian bayangan umbra bumi seperti bulan, cahaya yang terbias akan mengenai jasad bulan dan dipantulkan menuju ke sisi malam Bumi.

 

Jadi , pemerhati di bumi yang mencerap bulan semasa berlakunya gerhana bulan penuh akan dapat menyaksikan jasad bulan berubah berubah warna .

Bagaimana gerhana bulan penuh berlaku ?

 

Tiga ” ramuan ” utama untuk fenomena gerhana bulan penuh .

 

1) bulan mestilah dalam fasa purnama

 

2) kedudukan bulan , bumi dan matahari mestilah berada pada kedudukan satu garis lurus sempurna

 

3) keseluruhan jasad bulan memasuki bayangan umbra bumi .

..

 

Gerhana bulan penuh hanya boleh berlaku ketika fasa purnama dan hanya apabila bulan , bumi dan matahari berada pada satu garis lurus sempurna sehingga menyebabkan keseluruhan jasad bulan memasuki bayangan umbra bumi.

 

Apakah bayangan umbra bumi ?

 

Semasa cahaya matahari menerangi bumi , pada masa yang sama akan muncul bayangan bumi yang mengunjur ke luar angkasa.

 

Terdapat dua bahagian bayang iaitu umbra dan penumbra .

 

Umbra merupakan bayangan bumi bahagian tengah yang bersifat gelap .

 

Penumbra pula merupakan bayangan bumi

bahagian tepi yang bersifat kurang gelap berbanding dengan bayangan umbra .

 

Jika keseluruhan jasad bulan memasuki bayangan umbra, maka , gerhana bulan penuh akan berlaku.

 

Sekiranya hanya sebahagian jasad bulan memasuki bayangan umbra, maka ,  gerhana bulan separa yang akan berlaku .

 

Seterusnya , jika jasad bulan hanya memasuki bayangan penumbra sahaja, maka , gerhana bulan penumbra yang akan berlaku .

 

..

 

Kenapa tidak berlaku gerhana bulan penuh pada setiap fasa bulan purnama ?

 

Ia disebabkan orbit bulan condong

Sekitar 5 darjah berbanding dengan satah orbit bumi semasa mengelilingi matahari

Ini bermakna ,

bulan purnama tidak semestinya berlaku tepat pada satu garis lurus sempurna yang membolehkan berlakunya fenomena gerhana bulan penuh .

..

Selain fenomena gerhana bulan penuh terlama pada abad ke 21  yang menghiasi langit kita , akan berlaku juga fenomena istiqbal planet Marikh yang paling hampir dengan bumi sejak tahun 2003 !

..

 

Apakah maksud istiqbal planet Marikh ?

 

Istiqbal planet Marikh merujuk kepada fenomena apabila kedudukan Marikh berada bersetentangan dengan matahari .

 

Ketika istiqbal planet Marikh berlaku ,

Planet tersebut , Bumi dan juga Matahari akan berada dalam kedudukan satu garis lurus .

 

Kedudukan bumi akan berada di antara Marikh dan Matahari .

 

Contoh :

 

Marikh —–> Bumi —–> Matahari

..

 

Fenomena Istiqbal planet hanya berlaku kepada ‘superior planet’ iaitu planet yang berada di

bahagian luar orbit Bumi semasa mengelilingi matahari seperti Marikh , Musytari , Zuhal , Uranus dan Neptune .

..

..

Kedudukan marikh ketika istiqbal tahun ini

..

 

Fenomena Istiqbal planet hanya berlaku kepada ‘superior planet’ iaitu planet yang berada di

bahagian luar orbit Bumi semasa mengelilingi matahari seperti Marikh , Musytari , Zuhal , Uranus dan Neptune .

..

 

Untuk papengetahuan ,

Fenomena Istiqbal planet Marikh merupakan sesuatu fenomena yang berlaku setiap 2 tahun 2 bulan .

 

Keadaan ini berlaku disebabkan Marikh mengambil masa sekitar 687 hari untuk melengkapkan 1 kali kitaran mengelilingi  Matahari , manakala Bumi hanya mengambil masa sekitar 365 hari .

 

Ini bermakna , bumi perlu mengelilingi Matahari 2 kali lebih untuk menyamai 1 kali Marikh mengelilingi matahari .

 

Jadi , dalam tempoh sekitar 2 tahun 2 bulan akan berlakunya istiqbal planet marikh . .

 

Kali terakhir fenomena istiqbal planet Marikh berlaku pada : 22 Mei 2016 .

..

 

ISTIQBAL MARIKH YANG BERBEZA:

 

Ketika istiqbal ” Superior Planet ” yang lain menandakan kedudukan planet tersebut berada  paling hampir dengan bumi , Berbeza pula dengan istiqbal planet Marikh .

..

 

Ketika berada pada kedudukan istiqbal ,

Adakalanya Marikh berada pada kedudukan berhampiran dengan bumi

( Marikh berada hampir dengan titik perihelion ) ,

Adakalanya Marikh berada pada kedudukan berjauhan dengan bumi

( Marikh berada hampir dengan titik aphelion )

 

Ini disebabkan orbit Marikh yang lebih bujur berbanding bumi .

 

Marikh berada pada kedudukan paling hampir atau paling terjauhnya dari bumi ketika istiqbal setiap kitaran 15 hingga 17 tahun .

 

Selain itu ,

Keadaan orbit Marikh tersebut juga menyebabkan tarikh ketika Istiqbal tidak sama dengan tarikh Marikh berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi .

 

Marikh akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi pada : 31 Julai 2018

..

 

Yang Menariknya ,

 

Istiqbal planet Marikh pada tahun ini berlaku ketika planet Marikh berada hampir dengan titik perhelion planet tersebut dan ia berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi sejak fenomena istiqbal planet Marikh yang berlaku pada tahun 2003 !

 

Sebagai berbandingan ,

Ketika berlakunya fenomena istiqbal planet Marikh pada tahun 2003 , Marikh berada pada jarak sekitar 55.76 juta Kilometer .

..

 

Maknanya , dalam tempoh masa dari tahun 2003 sehingga 2018 , tiada fenomena istiqbal planet Marikh yang berada pada jarak sekitar 55.76 juta Kilometer atau kurang daripada

60 juta kilometer kecuali istiqbal planet Marikh pada tahun ini yang berada pada jarak sekitar

57.59 juta kilometer !

 

 

 

Disebabkan jarak yang begitu hampir ini , ia menyebabkan planet Marikh berkali ganda lebih terang daripada hari – hari yang lain serta menjadi objek ketiga paling terang di langit malam selepas Bulan dan planet Zuhrah .

 

.,

 

Waktu bilakah kita dapat menyaksikan fenomena ini ?

 

Fenomena istiqbal Planet Marikh boleh disaksikan sekitar waktu MAGHRIB pada 27 Julai 2018 sehingga SUBUH

( 28 Julai 2018 ) .

 

Marikh akan mula kelihatan terbit sekitar arah tenggara ketika matahari terbenam di ufuk . Ia akan berada pada kedudukan tertingginya di langit menjelang tengah malam dan terbenam di ufuk ketika matahari terbit di timur .

..

 

Bagaimana untuk kita mengenali planet Marikh  ?

 

– Marikh berada berhampiran buruj Capricornus .

– Marikh akan kelihatan seperti bintang yang berwarna merah tetapi tidak berkelip apabila dilihat dengan mata kasar .

– pada waktu Maghrib ( 27 Julai 2018 ) sehingga waktu Subuh ( 28 Julai 2018 ) ,

Kedudukan Marikh akan berada bersebelahan bulan .

..

Simulasi kedudukan bulan dan Marikh sekitar waktu Maghrib 27 Julai 2018

..

Selain gerhana bulan ,  Marikh menjadi tumpuan utama  penggemar astronomi untuk berastrofotografi dan mencerap permukaan Marikh menggunakan teleskop .

..

 

Seterusnya , antara aktiviti lain yang boleh kita lakukan adalah menilai warna serta kecerahan jasad bulan semasa kemuncak gerhana bulan penuh dengan menggunakan Skala Danjon .

..

..

 

Apakah skala danjon ? :

 

Skala Danjon merupakan suatu skala yang diperkenalkan oleh seorang ahli astronomi Perancis iaity Andre-Louis Danjon bagi menganggarkan kecerahan atau warna jasad bulan ketika gerhana bulan berlaku .

 

Skala berkenaan diklasifikasikan kepada 5 jenis iaitu L0 , L1 , L2 , L3 dan L4 .

 

L0 :

Gerhana yang berlaku pada skala L0 adalah gerhana yang sangat gelap. Secara praktikalnya jasad bulan hampir atau tidak kelihatan . Ia kebiasaannya berlaku ketika pertengahan proses gerhana .

 

L1 :

Bulan kelihatan berwarna kelabu gelap atau keperangan. Ketika ini, ciri-ciri pada permukaan bulan seperti kawah dan mare amat sukar dilihat .

 

L2 :

Jasad bulan berwarna merah gelap atau karat pekat , dimana bahagian tengah bayangan umbra bumi adalah gelap dan bahagian pinggirannya pula lebih cerah .

 

 

L3 :

Jasad Bulan berwarna merah bata . Pinggiran bayangan umbra bumi kebiasaannya berwarna kuning atau lebih cerah .

 

L4 :

Jasad bulan berwana jingga terang atau merah tembaga . Pinggiran bayangan umbra bumi berwarna kebiruan atau lebih cerah .

..

..

 

Ramai yang beranggapan bahawa setiap kali kemuncak fasa gerhana penuh berlaku iaitu apabila bulan memasuki kawasan paling dalam bayangan umbra bumi , jasad bulan akan sentiasa berubah menjadi warna kemerah – merahan .

 

Hakikatnya , untuk pengetahuan semua ,

Warna bulan ketika fasa gerhana penuh tidak semestinya menjadi warna kemerah – merahan . Ia boleh berbeza – beza pada setiap kali fenomena gerhana berlaku .

 

Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor atmosfera bumi samada dipenuhi dengan debu – debu atau habuk yang terampai atau bebas daripada segala pencemaran .

 

Semakin banyak debu – debu yang terampai di atmosfera contohnya , semakin gelap jasad bulan semasa kemuncak fasa gerhana penuh .

..

Bilakah gerhana bulan penuh dan istiqbal planet Marikh akan  akan berlaku lagi ?

 

Gerhana bulan penuh yang seterusnya akan berlaku pada 21 Januari 2019 .

 

Walaubagaimanapun , gerhana tersebut tidak dapat disaksikan di Malaysia .

 

Manakala , istiqbal planet Marikh akan berlaku lagi pada 13 Oktober 2020 .

..

 

Jadi , jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dua fenomena menarik ini .

 

Sekian .

 

 

Selamat mencerap .

 

” Majulah Falak Untuk Ummah ”

 

Rujukan :

 

– Fred Espenak and Jean Meeus . Five Millennium Canon of Lunar Eclipses: -1999 to +3000 (2000 BCE to 3000 CE )

– Falakonline.net

– Fred Espenak. Moon at perigee and apogee 2001 to 2100

– angkasa.gov.my

– Jean Meeus . Astronomical Algorithms

– Martin J. Powell .The Naked Eye Planets

in the Night Sky (and how to identify them)

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Syafiq atau dikenali sebagai Syah, seorang 'Astrophile' yang mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan Sains terutamanya Astronomi dan juga Meteorologi. Beliau merupakan penulis yang lantang menentang golongan pseudosains dan juga pentaksub membuta tuli teori konspirasi di alam maya.

Comments are closed.