Sering kali gerhana yang pernah berlaku pada bulan ramadan tahun 1401H/1981 dan 1402H/1982 dikaitkan dengan tanda kemunculan atau kelahiran imam Mahdi oleh sebahagian pihak .

Turut disertakan beberapa dalil bagi menguatkan dakwaan tersebut .

..

Contoh artikel yang sering di hebahkan :-

~> Tanda kemunculan Imam Mahdi:
Dua gerhana pada bulan ramadan

Gerhana bulan dan matahari pernah terjadi pada bulan Ramadan pada tahun 1981 dan 1982.

Jika kita melihat kepada dalil-dalil yang tertera seperti di bawah. maka tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi ini sudah terjadi .

Antara dalil – dalilnya :

Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan berlaku secara berturut-turut 2 gerhana pada bulan Ramadan..”
(Ibn Hajar Al haitami, Al Qaul Al Mukhtasar fi ‘alamat Al mahdi Al Muntazar)

Akan ada dua gerhana matahari di bulan Ramadan sebelum kedatangan Al Mahdi.”
(Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)

Telah sampai kepadaku bahwa sebelum Al Mahdi datang, bulan akan gerhana dua kali di bulan Ramadan.”
(Diriwayatkan dari Abu Nu’aym dalam al-Fitan)

Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadan dan gerhana bulan di akhirnya.”
(Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)

Maka jika kelahiran al-Mahdi pada tahun 1981, sedangkan umur al-Mahdi pada saat di baiah adalah berumur 40 tahun iaitu pada tahun 2021 Sebagaimana dijelaskan oleh Imam As Suyuthi, Abu Nua’im meriwayatkan dari Abi Umamah katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Al Mahdi daripada anak cucuku. Dia berumur 40 tahun, mukanya bagai bintang yang bersinar-sinar, di pipi sebelah kanannya terdapat tahi lalat hitam, dia memakai dua jubah Qatwaniyyah bagaikan pemuda Bani Israel. Dia mengeluarkan gedung-gedung dan menakluk negeri-negeri syirik.”
(Al-Hawi Lil-Fatawi) <~
..
..
..
Persoalannya :
Benarkah fenomena gerhana yang berlaku pada tahun 1981 dan 1982 tersebut merupakan tanda kemunculan Imam Mahdi ?

Apa keistimewaan gerhana pada tahun tersebut sehingga dikaitkan dengan tanda kemunculan imam Mahdi ?
..

Pertama sekali , ingin saya nyatakan di sini , tujuan artikel ringkas saya ini bukanlah untuk membahaskan tentang status hadis -hadis di atas samada palsu atau tidak .

Fokus utama saya adalah untuk cuba membawa anda semua memandang topik ini daripada perspektif falak atau astronomi .

..

Umum mengetahui, gerhana bulan dan matahari merupakan suatu fenomena alam yang sering kali berlaku .

Di dalam satu tahun , terdapat beberapa kali fenomena gerhana boleh berlaku .

Sebagai contoh, sepanjang tahun 2018 ini ,
Terdapat 5 kali gerhana iaitu 2 kali gerhana bulan dan juga 3 kali gerhana matahari .

Walaubagaimanapun , setiap fenomena gerhana tidak berlaku pada waktu dan tarikh yang sama pada setiap tahun .

Ia berlaku pada waktu dan tarikh yang berbeza .
..

Jadi, adakah pernah berlakunya fenomena gerhana bulan dan matahari pada bulan ramadan?

Ada yang beranggapan bahawa gerhana yang berlaku dua tahun berturut – turut pada bulan ramadan tahun 1981 dan 1982 merupakan suatu fenomena yang pertama kali berlaku dan merupakan tanda kemunculan imam Mahdi berdasarkan dalil – dalil yang mereka percaya .

Pada tahun 1981 :

– Gerhan bulan separa berlaku pada 17 Julai dan ia tidak kelihatan di malaysia

– Gerhana matahari penuh berlaku pada 31 Julai dan ia juga tidak kelihatan di malaysia .
..

Pada tahun 1982 :

– Gerhana bulan penuh berlaku pada 6 Julai dan ia tidak kelihatan di malaysia

– Gerhana matahari separa berlaku pada 21 Julai dan ia juga tidak kelihatan di malaysia .

..

Untuk pengetahun semua, gerhana – gerhana yang berlaku pada bulan ramadan yang saya senaraikan di atas bukanlah suatu fenomena yang pertama kali berlaku .

Sepanjang tempoh tahun 1900 sehingga tahun 2000.

Selain tahun 1981 dan 1982 , terdapat tahun – tahun lain yang menyaksikan fenomena gerhana bulan dan matahari berlaku pada bulan ramadan iaitu :

Tahun 1916 , 1917 , 1937 , 1938 , 1959 dan juga 1960 .

Jelas di sini menunjukkan bahawa fenomena gerhana bulan dan matahari yang berlaku pada bulan ramadan tahun 1981 dan 1982 bukanlah suatu fenomena yang pertama kali berlaku kerana catatan daripada ahli astronomi menunjukkan ia sudah sering kali berlaku sebelum ini.
..

Seterusnya , saya tertarik untuk memetik sebahagian dalil yang mereka turut selitkan di dalam artikel yang dihebahkan berkenaan gerhana pada tahun 1981 dan 1982 merupakan tanda kemunculan imam Mahdi .

Dalil tersebut :

“Gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadan dan gerhana bulan di akhirnya.”

(Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hal. 37)
..

Setakat hari ini, tiada satu pun catatan daripada mana – mana pihak yang menunjukkan pernah berlakunya gerhana matahari di pertengahan bulan ramadan dan gerhana bulan di akhir bulan

Gerhana matahari hanya berlaku di akhir bulan hijrah manakala gerhana bulan hanya berlaku di pertengahan bulan hijrah
..

Kesimpulan di sini ,

Dakwaan gerhana pada tahun 1981 dan 1982 merupakan tanda kemunculan imam Mahdi merupakan dakwaan yang penuh kecelaruan serta kekeliruan .

Pesanan saya, hindarkanlah diri daripada meramal sesuatu yang bukan urusan kita seperti meramal waktu kemunculan Imam Mahdi , Dajjal dan kiamat .

Fokus untuk memperbaiki diri serta tingkatkan amal ibadah kita .

Kiamat itu memang pasti . Bila ia akan berlaku hanya Allah yang mengetahui .

– Muhammad Syafiq


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Syafiq atau dikenali sebagai Syah, seorang 'Astrophile' yang mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan Sains terutamanya Astronomi dan juga Meteorologi. Beliau merupakan penulis yang lantang menentang golongan pseudosains dan juga pentaksub membuta tuli teori konspirasi di alam maya.

Comments are closed.